Riwayat:
Muslim
Hadith:
Daripada
Saad bin Abi Waqas RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yang bersifat taqwa, kaya (jiwa) serta
tidak menonjolkan diri.”
(Hadith
Riwayat Muslim)
Yang
dimaksudkan dengan kaya di sini ialah kaya jiwa bukan kaya harta seperti hadith
yang telah lalu.
Huraian Hadith:
1. Hadith ini menunjukkan kelebihan “‘uzlah”
iaitu mengasingkan diri daripada manusia dan hidup bersendirian timbulnya
fitnah dalam masyarakat dan tidak mampu diubah atau ditegur dan dibaiki. Tetapi
jika masih ada peluang untuk menyuruh membuat makruf dan mencegah daripada
kemungkaran maka hidup dalam masyarakat adalah lebih baik.
2. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang
maka ia dikasihi oleh Allah SWT. Pertama : bertaqwa. Kedua : Kaya jiwa. Ketiga
: Tidak menonjolkan diri.
3. Setiap umat Islam hendaklah memperbaiki dirinya
dari semasa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut di atas secara
berperingkat-peringkat.
Sumber
: Kitab Riyadhus Salihin
Sumber: JAKIM
No comments:
Post a Comment