Thursday, May 16, 2013

PENGHAPUS DOSA (1) : ZIKIR SEMASA MENDENGAR AZAN, JANGAN TINGGAL SOLAT, NIKMAT AHLI KUBUR

Tazkirah Jumaat
12 April 2013 (1 Jamadil Akhir 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
PENGHAPUS DOSA  (1) : ZIKIR SEMASA MENDENGAR AZAN


“Sesiapa yang menyebut ketika mendengar azan ;



maka diampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Muslim). Pengajaran:  Amalkannya setiap kali mendengar azan berkumandang disamping kita menjawab setiap lafaz muazzin.


JANGAN TINGGAL SOLAT

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.

Huraian Hadith:

1. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

2. Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.

3. Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

4. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.

https://www.facebook.com/harlina399


NIKMAT AHLI KUBUR
Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar ke kuburan, kemudian mengerjakan solat dua rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang. Selepas solat, tiba-tiba dia mengantuk dan melihat penghuni kubur keluar bercakap dengannya.

“Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan olehku. Padahal dua rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan seisinya ini.” kata salah seorang ahli kubur.

“Kuburan siapa saja yang ada di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim.” jawab ahli kubur.

“Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan itu.” jawab ahli kubur sambil menunjuk pada sebuah kuburan yang ada di situ.

Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.

Harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah. Tiba-tiba ahli kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam keadaan gembira.

“Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?” tanya Mutraf.

“Mereka mengatakan bahawa diriku demikian.” jawabnya.

“Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang paling mulia?”

Ahli kubur yang masih muda belia itu menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi telah banyak mengerjakan ibadah haji dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap kali aku ditimpa musibah. Aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah yang menyebabkan aku memperolehi kumuliaan tersebut.”

https://www.facebook.com/harlina399

No comments: