Tazkirah Jumaat
29 Mac 2013 (17 Jamadil Awal 1434H)
SELAWAT FATIH
Selawat Fatih ini mampu membukakan asrar (rahsia) ajaib yang menghairankan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya seratus kali setiap hari. Ramai yang mempertikaikan selawat ini tetapi mengejar sesuatu fadhilat itu tidak salah.
Sememangnya naluri manusia inginkan sesuatu sebagai imbuhan, umpamanya pahala dan fadhilat membaca sesuatu selawat. Itulah hikmah diwujudkan fadhilat.
Rasulullah SAW bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.
KELEBIHAN DAN FADHILAT SELAWAT FATIH:
Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersenidiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :
1. Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.
2. Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
3. Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
4. Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.
5. Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.
6. Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari,
7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.
8. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.
9. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.
10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,
1) Baca surah al-Qadr,
2) Baca al-Zalzalah,
3) Baca al-Kafirun,
4) Baca Ma-’uzatain.
Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih. Oleh kerana banyaknya fadhilat Selawat Fatih ini, maka marilah kita amalkan membacanya secara istiqamah. Wallahu A’alam Bissowab
http://www.facebook.com/harlina399
1 comment:
terima kasih atas tazkirah tersebut, banyak yang saya belajar dari tazkirah ini..
Post a Comment