Tazkirah Jumaat
23 Dis 2011 (27 Muharram 1433H)
MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (2)
(Oleh: Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli)
Diriwayatkan oleh Abi Abdullah Jabir bin Abdullah al Ansari r.a, bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W katanya:
Yang bermaksud “Bagaimana pendapatmu jika saya melakukan solat fardhu, berpuasa pada bulan ramadhan, menghalalkan yang halal dan mngharamkan yang haram serta tidak menambahkan selain itu sedikit pun, adakah saya masuk syurga?” Nabi menjawab: “Ya”!
(Riwayat Ahmad dan Muslim no.15)
Huraian dan inti sari hadis:
Makna “mengharamkan yang haram” adalah “menjauhinya”. Makna “ menghalalkan yang halal” adalah melaksanakannya dengan penuh keyakinan akan kehalalannya.”
Sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW ini bernama Nukman bin Qauqal. Pengarang kitab al-Mufhim mengatakan secara umum bahawa Nabi SAW tidak mengatakan dalam hadis ini sesuatu yang bersifat tathawwu’(Sunnah). Hal ini menunjukkan bahawa secara umum boleh meninggalkan yang sunnah.
Orang Islam hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran asas agama Islam seperti Solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Melakukan yang sunat akan menambah kesempurnaan Islam dan menghampiri diri dengan Allah.
Tiga Kategori Orang Yang meninggalkan Sunah
1. Orang yang meninggalkan yang sunnah dan tidak mahu melakukannya sedikit pun.Maka dia tidak memperoleh keuntungan yang besar dan pahala yang banyak.
2. Orang yang terus-menerus meninggalkan hal-hal yang sunah. Maka dia telah berkurang agamanya dan berkurang pula nilai kesungguhannya dalam beragama.
3. Orang yang meninggalkan yang sunah kerana sikap meremehkannya. Maka dia merupakan orang yang fasiq dan patut dicela.
Sumber: Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria(2011) Hadis 40 Iman Nawawi, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
KAIFIAT BACAAN SURAH YAASIN UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG HILANG (Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din)
Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
4. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
5. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50
No comments:
Post a Comment