1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku
sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali
sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali
pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas
solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua
masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya
Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari,
dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau
sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti
yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam
dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam
Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di
akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu
kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan
orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan
fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana
hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari
menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat
kita menghadap kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap
selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada
sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali
setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta
bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan
mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara
rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang
melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang
akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7
Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui
Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali
sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80
kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2
kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap
hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka
baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas
rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat
saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun
dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat
mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali
setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat
yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti
dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku
sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali
pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani
Credit to: myfacebook
No comments:
Post a Comment