Friday, February 1, 2013

DOA AGAR BANYAK BERZIKIR, SYUKUR DAN TAAT, KELEBIHAN HADIR SOLAH JUMAAT, AHLI AL-QURAN IALAH AHLI ALLAH


Tazkirah Jumaat
1 Feb 2013 (20 Rabiul Awal 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
DOA AGAR BANYAK BERZIKIR, SYUKUR DAN TAAT


Maksudnya: “Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu (mengingati Allah), bersyukur kepada-Mu, dan memperelokkan ibadah kepada-Mu.” (Hadis Riwayat Abu Daud no. 1522, dianggap sebagai sahih oleh al-Hakim I/273), dan disetujui oleh az-Zahabi)

Keterangan: Antara wasiat Nabi S.A.W  kepada  Muaz r.a ialah agar dapat mengamalkan doa ini setiap selesai solat. Walaubagaimanapun, untuk sampai kepada peringkat khusyuk dan gembira dalam beribadah, seseorang itu memerlukan mujahadah atau kesungguhan. (Sumber: Doa & Zikir Harian, Ust. Dr. Hj. Zahazan  Mohamed)


KELEBIHAN HADIR SOLAH JUMAAT

Nabi s.a.w bersabda: “Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid – Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” (Abu Hurairah r.a).

Hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari RA bahawasanya Abu Hurairah r.a telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang mandi pada Jumaat seperti mandi janabat (mandi dengan membersihkan seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi untuk (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka ganjarannya sama seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, ganjarannya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, ganjarannya pula seperti orang yang berkorban seekor biri-­biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah. (Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid)

Malaikat Turut Solah dan Hadiah Pahala Solah Jumaat

Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa Allah mencipta sebuah menara diperbuat daripada perak putih, di sebelah Albaitul-Ma’mur. Tinggi menara itu sejauh perjalanan lima ratus tahun. Pada tiap-tiap Jumaat naiklah Jibril ke atas menara itu dan berkumandanglah azan, lalu Israfil naik ke mimbar dan berkhutbah dan Mikail mengimami malaikat.

Selepas mereka selesai mengerjakan solat, berkatalah Jibril: “Pahala yang aku peroleh daripada azanku diberikan kepada muazin di muka bumi.”

Israfil berkata: “Pahala yang aku peroleh daripada khutbahku, kuberikan kepada khatib di muka bumi.”

Dan malaikat berkata: “Pahala yang ku peroleh sebab sudah melakukan solat Jumaat di belakang imam, kami berikan kepada seluruh umat Muhammad yang mengerjakan solat Jumaat di belakang imam.”

Kemudian Allah berfirman: “Wahai malaikat-Ku, kalian sudah memperlihatkan kemurahan hati demikian rupa, maka demi keagungan-Ku dan kebesaran-Ku, Aku nyatakan hari ini Ku ampuni dosa semua hamba-Ku yang mengerjakan solat Jumaat dalam memenuhi perintah-Ku dan tuntutan kekasih-Ku, Muhammad.” Ada keterangan menyatakan ada malaikat bertugas sebagai penjaga masjid pada Jumaat, adalah sebagai berikut:

Rasulullah S.A.W bersabda: “Tatkala Jumaat datang, Allah mengutus malaikatnya turun ke bumi membawa kalam daripada emas dan kertas daripada perak. “Catat nama mereka yang berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat siapa yang masuk ke masjid.” Ketika mereka selesai mengerjakan solat Jumaat, malaikat itu kembali ke langit, lalu melaporkannya kepada Allah: “Wahai Tuhan kami, kami sudah mencatat siapa yang masuk masjid dan bersolat Jumaat.” Lalu Allah berfirman: “Hai malaikat-Ku, demi kemuliaan-Ku dan demi kebesaran-Ku, sudah Aku ampuni segala dosa mereka.” (Raunaqul-Majalis)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/01/25/kelebihan-hadir-solah-jumaat/


AHLI AL-QURAN IALAH AHLI ALLAH

 “Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda berkata: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah dan golongan pilihanNya.” (HR. Ibn Majah)

Keterangan:

“Ahli al-Quran”: Golongan yang menghafal al-Quran, banyak membaca al-Quran dan beramal dengannya.

“Ahli Allah”: Para wali Allah dan golongan yang mendapat pilihan yang istimewa daripada Allah.

(Syarah Sunan Ibn majah)

http://ustaznaim.blogspot.com/2012/11/ahli-al-quran-ialah-ahli-allah.html

No comments: