1 Memperbanyakkan Beristighfar
Nabi Nuh
berkata kepada kaumnya,
Firman Allah SWT
maksudnya : “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah
Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat
(melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan
mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu
sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 –
12)
Sabda Nabi
S.A.W,
” Barangsiapa memperbanyak
istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala
masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat
Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a)
2 Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan
Pastikan
solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu berjemaah
secara konsisten di masjid.
Firman
Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :
“Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup
kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu
Hurairah r.a)
3 Hindari Dosa
Ini amalan
untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak
mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.
Nabi SAW
bersabda maksudnya :
“Tidak bertambah
umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak
qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya
seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa
dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
4 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa
Janganlah
hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti
kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak
membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.
Sabda
Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :
“Apabila hamba itu
meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah
) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5 Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah
Kepada Anas Bin Malik
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Maksudnya:
Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya
dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah
amalannya dan ampunkan untuknya.
Jika anda
mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan sila gantikan
dhomir yang bersesuaian.
6 Banyakkan Bersedekah
Amalan
bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan
kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan
bahkan harta mereka semakin bertambah. Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu
hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.
Mungkin
kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini
menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.
“Perumpamaan
(nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan
Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada
tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang
Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al
Baqarah: 261)
7 Membantu Mereka Yang Lemah
Bantulah
mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang
kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi
“Tidaklah kamu
diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di
kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Nabi SAW
bersabda maksudnya
“Carilah untukku
orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang
lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)
8 Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka
Apabila
kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan
kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah akan akan kabulkan
pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud
“Siapa yang
menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis
Riwayat Muslim)
9 Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia
Bagi mereka
yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi.
Semakin besar networking kita semakin besar juga peluang-peluang perniagaan
dapat diwujudkan.
Nabi SAW
bersabda
“Barang siapa ingin
dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi
sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)
10 Muliakan Tetamu Yang Bertandang
Apabila ada
tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan
muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik
mungkin.
Nabi SAW
berwasiat kepada Saidina Ali,
“Wahai Ali !
Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan
hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut
singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu
lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh
ditengah lautan.”
11 Solat Dhuha
Apabila
bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan
untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi,
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas
mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti
akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Hadis Riwayat
al-Hakim dan Thabrani)
12 Sentiasa Bersyukur
Bersyukur
apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita
lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.
Firman
Allah SWT,
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya
Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)
13 Tidak Putus Berdoa Kepada Allah
Tidak kira
sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah.
Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok
sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada
hambaNya.
Pada suatu
hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu
Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
“Wahai
Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat,
kenapa?”
Jawab Abu
Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”
Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah
akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah
menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”
Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:
“Ya Allah,
aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung
denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat
pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan
penindasan orang.”
Kata Abu
Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan
melangsaikan hutangku.”
(Hadis
Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)
14 Bertawakal Kepada Allah
Amalan
untuk murah rezeki yang
terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya
kepada Allah. Firman Allah,
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya
Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)
Pesanan
kami kesemua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh,
tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam
pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja