Tazkirah Jumaat
20 Ogos 2010 (10 Ramadhan 1431H)
20 Ogos 2010 (10 Ramadhan 1431H)
FADHILAT ASMAUL HUSNA
67. Al-Wahid – Mendapat apa yang dikehendakiNya.
“Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…
68. As-Somad – Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
“Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa. Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya. Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.
BANYAK GANJARAN PAHALA BUAT HAMBA SOLEH
Keberkatan Ramadan tidak dapat dinafikan kerana banyak hadis yang menerangkan keistimewaan bulan diwajibkan berpuasa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa. (Surah Al-Baqarah, ayat 183)
Daripada Ubadah Bin Somit meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadan hampir menjelang yang bermaksud: Sudah datang kepadamu bulan Ramadan, di mana Allah melimpahkan dalamnya dengan keberkatan, rahmat, me-ngampuni dosa kamu, memakbulkan doa, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperoleh kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.
Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila sudah tibanya Ramadan, dibuka pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Kita juga dianugerahkan keampunan dan ganjaran pahala yang banyak hasil daripada ibadat yang dilakukan pada Ramadan.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban)
Abu Hurairah berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda mengenai Ramadan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikan (Ramadan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosanya yang lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai', Ahmad dan Baihaqi)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sembahyang difardukan kepada sembahyang sebelumnya adalah penebus dosa antara kedua-duanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya adalah penebus dosa antara kedua-duanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadan) adalah kafarah apa antara kedua-duanya melainkan tiga golongan; syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Berkata Abu Hurairah: Aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Adapun syirik dengan Allah sudah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda SAW bersabda: Adapun engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jemaah (Islam). (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, Baihaqi)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SoalJawabAgama_Banyakganjaranpahalabuathambasoleh/Article
AMALAN SEDEKAH PALING AFDHAL PADA BULAN RAMADHAN
AMALAN bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari).
Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).
Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka.
Menyentuh aspek bersedekah, Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan.
Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)
Jadi berasaskan kepada hadis itu dapat disimpulkan bahawa kita sebagai umat Islam sangat dituntut dalam membudayakan amalan bersedekah, lebih-lebih semasa menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat itu.
http://pustakaalghazali.wordpress.com/2009/09/10/amalan-sedekah-paling-afdhal-pada-bulan-ramadhan/
KUTIPAN DANA UNTUK GAZA
Tabung 1 untuk RM1, tabung 3 untuk RM3 hingga tabung 10 untuk RM10 SMSkan ke 32776. Dermalah dengan ikhlas atas nama kemanusiaan dan ajak keluarga dan kawan-kawan untuk menyumbang sama. Mungkin satu sen sumbangan anda dapat menyelamatkan nyawa anak Palestin. [ ]
No comments:
Post a Comment