Thursday, June 19, 2014

TAZKIRH JUMAAT 20 Jun 2014 / 22 Sya’ban 1435 : ASMAUL HUSNA : 29. AL-ADL, YANG MAHA ADIL, DI AMBANG PINTU RAMADHAN

Tazkirah Jumaat
20 Jun 2014 / 22 Sya’ban 1435

ASMAUL HUSNA : 29. AL-ADL, YANG MAHA ADIL

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan” (Qs. An Nahl 90)

Al-‘Adl, berasal dari tiga suku kata ‘a-da-la, yang berarti lurus dan sama. Seorang yang adil, menurut definisi ini adalah mereka yang lurus, tidak plin-plan, dan sikapnya senantiasa menggunakan ukuran yang sama, bukan standar ganda. Ketika berhadapan dengan suatu masalah, orang yang adil bersikap obyektif, tidak berpihak pada salah satu yang bersengketa.

Allah Maha Adil. Dia menempatkan semua manusia pada posisi yang sama dan sederajat. Tidak ada yang ditinggikan hanya karena keturunan, kekayaan, atau karena jabatannya. Dekat jauhnya posisi seseorang dengan Allah hanya diukur dari seberapa besar mereka berusaha meningkatkan taqwanya. Semakin tinggi taqwanya, semakin tinggi pula posisinya, semakin mulia dan dimuliakan oleh Allah SWT. Begitupun sebaliknya.

Dia berfirman: “Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi Allah adalah yang paling besar, dalam, dan tinggi taqwanya.”

Sebagian dari keadilan-Nya, Dia hanya menghukum dan memberi saksi kepada mereka yang terlibat langsung dalam perbuatan maksiat atau dosa. Tidak dikenal oleh-Nya istilah dosa turunan, juga tidak ada hukum karma. Di hadapan-Nya masing-masing individu akan mempertanggungjawabkan dirinya sendiri.

Lebih dari itu, keadilan-Nya selalu disertai dengan sifat kasih sayang. Dia memberi pahala sejak seseorang berniat berbuat baik dan melipatgandakan pahalanya jika kemudian direalisasikan dalam amal perbuatan. Sebaliknya, Dia tidak langsung memberi catatan dosa selagi masih berupa niat berbuat jahat. Sebuah dosa baru dicatat apabila seseorang telah benar-benar berlaku jahat.

Adil juga berarti menempatkan sesuatu pada tempat yang semestinya. Lawan kata adil adalah Dzalim atau aniaya. Seseorang yang menempatkan sesuatu tidak pada tempat yang semestinya disebut dzalim atau berbuat aniaya.

Untuk memahami keadilan Allah, mari kita jelajahi benda-benda angkasa. Adakah di antara benda-benda itu yang ditempatkan semau-Nya? Semua tertata rapi, masing-masing menempati posisi yang pas dengan tingkat presisi yang sempurna. Bayangkan jika tidak presisi, tentu akan timbul benturan antara yang satu dengan lainnya. Sudah bisa diduga, berapa umur dunia ini.

Perhatikan firman-Nya: “Maka apakah mereka tidak melihat langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun.” (Qs. Qaf: 6)

Lalu perhatikan diri kita sendiri, betapa Allah dengan sifat Adil-Nya telah menempatkan seluruh anggota tubuh kita pada tempat yang semestinya. Dia telah menempatkan hidung, mata, telinga, kepala, tangan, dan kaki pada tempat yang pas. Bayangkan jika tempat masing-masing anggota tubuh kita tidak pada posisinya seperti sekarang ini. Duh, Maha Adil Engkau Ya Allah. “Dan pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Qs. Adz-Dzariyat: 21)

Lalu, masih sangsikah kita terhadap keadilan-Nya? Teladani keadilan-Nya dengan cara berbuat adil terhadap diri sendiri, terhadap keluarga, masyarakat, dan kepada semua.

http://esq-news.com/2011/berita/10/13/al-adl-yang-maha-adil.html


DI AMBANG PINTU RAMADHAN

Hari ini kita sudah memasuki hari ke 23 bulan Sya’ban dan ini bererti tinggal 8 atau 9 hari lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Betapa ramai orang yang sebelumnya sihat walafiat, namun tidak mampu menemui bulan Ramadhan kerana telah dipanggil oleh Yang Maha Kuasa. Betapa ramai orang yang diberikan panjang umur hingga bulan Ramadhan tiba, namun tidak dapat menjalankan ibadah dan aktiviti pada bulan Ramadhan tersebut oleh kerana sakit, keadaan fizikal yang lemah dan lain-lainnya tetapi yang lebih menyedihkan lagi betapa ramai orang yang diberikan kesempatan hidup, umur panjang dan kesihatan serta kemampuan namun tidak mendapatkan keberkatan, kebaikan dan ampunan Allah swt sepert yang disebutkan dalam khutbah Nabi saw:

“Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini”.

Sudahkah kita berusaha menyambut Ramadhan sebagai tetamu yang istimewa?

Ibarat seorang pegawai tinggi kerajaan dari negara lain yang berkunjung ke negara kita, maka sudah semestinya persiapan diadakan jauh sebelum hari kedatangannya. Mulai dari persiapan sambutan oleh sekelompok pasukan angkatan tentera darat mahupun udara, persiapan acara untuk para tetamu sehingga kepada acara penutupan. Semuanya mesti dipersiapkan dengan baik agar tidak meninggalkan kesan buruk di mata para tetamu.

Ramadhan adalah tetamu agung yang Allah telah memuliakannya di banding bulan-bulan lainnya. Ayat dan hadist tentang beberapa kemuliaan Ramadhan tentu sudah biasa kita baca dan dengar melalui pembacaan dan ceramah-ceramah agama. Salah satunya adalah hadis berikut :

Dari Ubadah bin Ash-Shamit, bahwa Rasulullah saw (pada suatu hari, ketika Ramadhan telah tiba) bersabda: “Ramadhan telah datang kepada kamu, bulan yang penuh berkah, pada bulan itu Allah swt memberikan naungan-Nya kepada kamu. Dia turunkan Rahmat-Nya, Dia hapuskan kesalahan-kesalahan , dan Dia kabulkan do’a. pada bulan itu Allah swt akan melihat kamu berlumba melakukan kebaikan. Para malaikat berbangga dengan kamu, dan perlihatkanlah kebaikan diri kamu kepada Allah. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah swt”. (HR At-Thabarani)

Ya Allah, selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan akan datang dan pertemukan kami dengan bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan. Salam Ramadhan El- Mubarak.

http://badarsdar.wordpress.com/2009/08/14/di-ambang-pintu-ramadhan/

TAZKIRAH JUMAAT 13 Jun 2014 / 15 Sya’ban 1435 : HATI UMAT ISLAM BERKARAT JIKA MENINGGALKAN ZIKIR

Tazkirah Jumaat
13 Jun 2014 / 15 Sya’ban 1435

HATI UMAT ISLAM BERKARAT JIKA MENINGGALKAN ZIKIR

Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup

ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.

Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: "Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?"

Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah dan menginsafi diri tidak lebih sebagai seorang hamba sangat lemah yang selama ini menerima nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.

Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.

Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tidak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti mana ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah.

Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan dilarang oleh-Nya dikira sebagai orang yang berzikir.

Zikir terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zikir hati, lidah dan anggota. Zikir hati memikirkan keagungan dan kebesaran Allah di bumi, langit dan seluruh kejadian makhluk-Nya. Zikir lidah pula melantunkan puji-puji kepada Allah, mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, menyeru masyarakat ke arah ajaran Islam, menerangkan kebaikan syarak, menjelaskan hikmah pada perintah dan larangan Allah, memberi nasihat kepada sesama Islam.

Sementara zikir anggota pula menggunakan anggota badan untuk melakukan amalan ketaatan, sama ada dalam bentuk melakukan segala suruhan atau meninggalkan segala larangan Allah. Orang yang lupa atau lalai kepada Allah, hatinya selalu dirundung resah gelisah, tenggelam dalam kebimbangan dan sengaja meletakkan dirinya di tempat mengundang kemurkaan Allah lantaran tidak rasa bersalah terhadap kemungkaran dilakukan. Lupa kepada Allah menandakan hati seseorang itu sudah berkarat dengan sifat mazmumah yang sangat keji. Orang beriman tidak akan membiarkan hatinya berkarat dan penuh dengan kekotoran, ia akan sentiasa menggilap hatinya dengan berzikir kepada Allah.

Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: "Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih."

Sesungguhnya seseorang yang lalai daripada mengingati Allah bermakna dirinya dihinggapi penyakit sombong, lupa asal kejadian diri sebagai makhluk lemah yang diciptakan semata-mata supaya mengabdikan diri kepada-Nya dan mewarisi sifat orang munafik.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan, apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan, tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali sedikit sekali." (Surah an-Nisa, ayat 142)

Setiap mukmin sewajarnya menjadikan zikir sebagai sesuatu yang tidak terpisah daripada kehidupan seharian kerana banyak keistimewaan bakal diterima oleh orang yang sentiasa berzikir. Kitab Tanbih al-Ghafilin menyatakan lima kelebihan dan faedah berzikir, iaitu mendapat keredaan Allah, menambahkan kesungguhan melaksanakan ketaatan, terkawal daripada hasutan syaitan, melembutkan hati dan mencegah daripada melakukan maksiat. Orang yang memperbanyakkan zikir, dosanya akan diampuni sekali gus mendapat ganjaran pahala besar seperti firman yang bermaksud: "Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Aku sudah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Orang yang selalu ingat kepada Allah jiwanya menjadi bening dan tenang, sekalipun sedang menghadapi banyak permasalahan hidup, ujian, musibah dan seumpamanya. Firman Allah yang bermaksud: "Ingatnya, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." (Surah al-Ra'ad, ayat 28)

Sesungguhnya dengan selalu ingat kepada Allah, akhlak diri menjadi indah dan menarik, sekali gus menjadi cermin bagusnya nilai ajaran Islam dan hebatnya orang mukmin pada mata orang bukan Islam seperti pernah ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jangan jadikan sibuk dengan urusan kehidupan di dunia sebagai alasan lupa kepada Allah. Sungguh Allah melarang keras seseorang memiliki sifat lalai seperti ditegaskan firman yang bermaksud: "Janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."  (Surah al-A'raf, ayat 205)

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2009/04/hati-umat-islam-berkarat-jika.html

TAZKIRAH JUMAAT 6 Jun 2014 / 8 Sya’ban 1435 : 12 KEAJAIBAN SHALAT TAHAJUD

Tazkirah Jumaat
6 Jun 2014 / 8 Sya’ban 1435

12 KEAJAIBAN SHALAT TAHAJUD

“Jika matahari sudah terbenam, aku gembira dengan datangnya malam dan manusia tidur karena inilah saat hanya ada Allah dan aku.”

Sejarah telah mencatat bahwa Rasulullah Saw dan para sahabat selalu melaksanakan shalat tahajud. shalat tahajud adalah shalat yang sangat mulia. Keajaiban melaksanakan shalat tahajud telah tercatat dalam alquran. Ada beberapa keajaiban shalat tahajud berikut ini.

1. Shalat Tahajud sebagai tiket masuk surga ...

Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Amal yang menolong di akhirat ...

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman surga dan di mata air-mata air, seraya mengambil apa yang Allah berikan kepada mereka. Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya (di dunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah).” (QS. Az Zariyat: 15-18)

Ayat di atas menunjukkan bahwa orang yang senantiasa bertahajud Insya Allah akan mendapatkan balasan yang sangat nikmat di akhirat kelak.

3. Pembersih penyakit hati dan jasmani ...

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah shalat malam, karena sesungguhnya shalat malam itu adalah kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kamu, (shalat malam dapat) mendekatkan kamu kepada tuhanmu, (shalat malam adalah) sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

4. Sarana meraih kemuliaan ...

Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, karena engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, karena engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahwa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah shalat waktu malam dan ketidakbutuhannya di muliakan orang lain.” (HR. Al Baihaqi)

5. Jalan mendapatkan rahmat Allah ...

Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan shalat dna membangunkan istrinya. Jika sang istri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

6. Sarana Pengabulan permohonan ...

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan shalat tahajud dengan ikhlas. Rasulullah Saw Bersabda, “Dari Jabir berkata, bahwa nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

7. Penghapus dosa dan kesalahan ...

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

8. Jalan mendapat tempat yang terpuji ...

Allah berfirman, “Dan pada sebagian malam bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Isra’:79)

9. Pelepas ikatan setan ...

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Setan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di shalat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

10. Waktu utama untuk berdoa ...

Amru Ibn ‘Abasah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah! Malam apakah yang paling di dengar?”, Rasulullah Saw menjawab, “Tengah malam terakhir, maka shalat lah sebanyak yang engkau inginkan, sesungguhnya shalatwaktu tersebut adalah maktubah masyudah (waktu yang apabila bermunajat maka Allah menyaksikannya dan apabila berdoa maka didengar doanya)” (HR. Abu Daud)

11. Meraih kesehatan jasmani ...

“Hendaklah kalian bangun malam. Sebab hal itu merupakan kebiasaan orang-orang saleh sbelum kalian. Wahana pendekatan diri pada Allah Swt, penghapus dosa, dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (HR. At-Tarmidzi)

12. Penjaga kesehatan rohani ...

Allah SWT menegaskan bahwa orang yang shalat tahajud akan selalu mempunyai sifat rendah hati dan ramah. Ketenangan yang merupakan refleksi ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan sehari-hari di masyarakat. Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Keajaiban shalat tahajud sudah terbukti, maka bertahajudlah!. Mungkin masih banyak lagi keajaiban shalat tahajud yang mungkin terlewat dari tulisan ini. Shalat tahajud benar-benar dahsyat dalam meraih kebaikan dunia akhirat ..

https://www.facebook.com/kata2hikmah.new/

TAZKIRAH JUMAAT : 30 Mei 2014 / 1 Sya’ban 1435 : IBADAH DIBULAN SYA'BAN MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN

Tazkirah Jumaat
30 Mei 2014 / 1 Sya’ban 1435

IBADAH DIBULAN SYA'BAN MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN 

Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. 1 Sya’ban 1435H jatuh pada hari ini 30 Mei 2014. Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada  bulan Sya‘ban

Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

i. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

ii. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

iii. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

 Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain,  hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan   dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri  kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketikaaku berpuasa”. (HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan  membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan  membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan”   (HR Bukhari)

Daripada Abu mas’ud al Ansari r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, dia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya.” (Riwayat Muslim)

http://www.islam.gov.my/en/ibadah-dibulan-syaban-menyambut-kedatangan-ramadhan-cahaya-ogos-2006

GANJARAN KEBAIKAN, SEDEQAH, SOLAT TAHAJUD DAPAT PERKUKUH IMAN, ELAK PERBUATAN KHIANAT, DOA MUSTAJAB BAGI ORANG BERIMAN

Tazkirah Jumaat
23 Mei 2014 / 23 Rejab 1435

GANJARAN KEBAIKAN

Daripada Abu mas’ud al Ansari r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, dia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya.” (Riwayat Muslim)

Pengajaran:

Tunjukkan teladan yang baik supaya teladan itu diikuti oleh orang yang melihatnya.

(Sumber: Buat diri ku yang mudah lupa 101 rekreasi hati, Zahazan Mohamad, Nik Wafdi Nik Jaafar)

Kiriman Ustaz Mohamad Razi Bin Hj. Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur


SEDEQAH

KEUNTUNGAN 'MEMBERI' :

1. Ketinggian martabat dan darjat pemberi sedeqah.

2. Memadamkan kemarahan Allah taala.

3. Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.

4. Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.

5. Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda

6. Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa

7. Sedeqah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeqi.

8. Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.

9. Bukti kebenaran iman.

10. Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat tepuji.

11. Pintu segala amalan kebaikan.

12. Berada di bawah naungan sedeqahnya pada hari qiamat.

BENTUK SEDEQAH YANG TERBAIK

1. Sedeqah yang disembunyikan.

2. Amalan sedeqah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak.

3. Amalan sedeqah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib

4. Sedeqah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.

5. Pemberian sedeqah kepada jiran tetangga

6. Sedeqah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan Allah.

7. Sedeqah di jalan jihad pada jalan Allah sama ada jihad menentang orang kafir mahupun orang munafiq.

8. Sedeqah jariah/ sedeqah yang berterusan.

9. Pada waktu yang tepat dan terpilih

https://www.facebook.com/DrZaharuddin

SOLAT TAHAJUD DAPAT PERKUKUH IMAN, ELAK PERBUATAN KHIANAT

DARIPADA Abdullah, katanya: "Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya." Hadis riwayat al-Bukhari.

Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.

Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.

Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.”

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://agamaberitaharian.blogspot.com/


DOA MUSTAJAB BAGI ORANG BERIMAN

DARIPADA Abdullah ibn Abbas, Rasulullah SAW pernah berdoa: "Ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau.

Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Doa mustajab bagi orang mukmin. Oleh itu hendaklah berdoa kepada Allah dengan menyerahkan diri penuh keimanan dan bertawakal kepadanya serta memuji sifat-Nya.

Setiap hamba Allah hendaklah meletakkan sepenuh harapan kepada-Nya supaya diterima doanya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://agamaberitaharian.blogspot.com/

PENUNTUT ILMU IBARAT SEORANG MUJAHID, DOSANYA DIAMPUN DAN REZEKINYA DIJAMIN, TIADA PERASAAN BERSALAH TINGGALKAN SOLAT

Tazkirah Jumaat
16 Mei 2014 / 16 Rejab 1435

PENUNTUT ILMU IBARAT SEORANG MUJAHID, DOSANYA DIAMPUN DAN REZEKINYA DIJAMIN

Daripada Anas Radhiallahuanhu; beliau berkata, bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam “Sesiapa yang keluar mencari ilmu, maka dia sebenarnya berjihad di jalan Allah.”

(Riwayat Tirmizi)

Daripada Sakhbarah Radhiallahuanhu; bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang mencari ilmu, maka yang demikian itu akan menghapuskan segala dosanya yang lalu.”

(Riwayat Tirmizi)

Dan daripada Ziyad bin Harits as-Shudai Radhiallahuanhu, bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa mencari ilmu maka Allah akan menjamin untuk mencukupkan rezekinya.”

(Riwayat al-Khatib)

Keterangan :

Sungguh beruntung orang yang belajar ilmu agama. Setiap hari amalnya dihitung seperti pahala orang yang berjihad atau berperang di jalan Allah Subhanahu wataala. Dia memperoleh pahala yang besar yang tidak terhingga. Di samping itu, rezekinya juga sentiasa dijamin oleh-Nya. Cuba bayangkan masih adakah lagi orang lain yang lebih baik daripada itu? Atau masih adakah cita-cita yang lebih tinggi daripada pemberian ini? Sudah tentu tidak. Maka jadikanlah diri mu sebagai penuntut ilmu yang hakiki, supaya kamu memperolehi segala kelebihan yang disebutkan dalam hadis tersebut.

(Sumber: 40 Hadis kelebihan ilmu dan ulama, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam)

Kiriman Ustaz Mohamad Razi Bin Hj. Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur


TIADA PERASAAN BERSALAH TINGGALKAN SOLAT

Melihat fenomena zaman kini, begitu ramai orang yang bukan hanya daripada kalangan muda, tetapi juga sudah berumur di negara Muslim yang mengabaikan solat. Adakah masih ada pada zaman moden ini orang yang bersedih hati dan menangis melihat anak serta keluarga tidak solat?

Anas bin Malik ialah sahabat Rasulullah SAW yang terakhir wafat. Beliau mempunyai usia yang panjang (99 tahun) sehingga mengetahui ada orang mengabaikan solat selepas sekian lama Rasulullah SAW wafat.

Az-Zuhri berkata, “Saya datang kepada Anas bin Malik di Damsyik, kebetulan beliau sedang menangis. Lalu saya bertanya: Mengapa engkau menangis? Dia menjawab: Aku tidak tahu apa lagi amal yang aku dapati pada zaman Nabi Muhammad yang masih diambil berat orang sekarang selain solat itu pun sudah disia-siakan mereka.”

Ibu bapa tak hirau anak abai solat

Kenyataannya, apa yang berlaku dalam kebanyakan masyarakat kini bukan hanya sekadar tidak peduli, bersedih dan menangis, malah mereka (ibu bapa) tidak menghiraukan anak membiarkan waktu solat berlalu begitu saja tanpa melaksanakannya.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang satu generasi sesudah 60 tahun, mereka melalaikan solat dan menurut hawa nafsu, maka orang ini akan menemui kecelakaan dan kerugian. Kemudian datang lagi satu generasi, mereka membaca al-Quran, tetapi hanya di mulut saja (tidak masuk ke hati), dan semua membaca al-Quran, orang Mukmin, munafik, jahat dan fasik (tidak dapat lagi dibezakan mana orang mukmin sejati dan mana orang yang berpura-pura beriman).” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tiadaperasaanbersalahtinggalkansolat/Article

HIDUP LEBIH TENANG, INSAF DIRI BILA INGATKAN MATI

Kebanyakan Muslim hari ini tidak lagi menghiraukan urusan mengingati mati sehingga ada beranggapan kematian tidak penting. Lebih parah lagi, apabila lahir keadaan masyarakat seperti sudah tidak mahu mempelajari hakikat kematian dan aspek keimanan yang lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasuk ke syurga, menanglah dia. Tidaklah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Ali-Imran, ayat 185). Mengingati mati bukan saja menimbulkan rasa sesal di atas dosa dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang, tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

Nabi Muhammad SAW apabila ditanya siapakah yang paling bijak, lantas Baginda menjawab: “Orang yang bijak ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh kematian.”

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/

Selamat Hari Guru :
Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

TUJUAN BERNIAGA DALAM ISLAM, RAHSIA KENAPA DIULANG 7 KALI PADA AYAT KE 58 ....

Tazkirah Jumaat
9 Mei 2014 / 9 Rejab 1435

TUJUAN BERNIAGA DALAM ISLAM

Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga:-

1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.

2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.

3. Mengajar kita bertolak ansur.

4. Mengajar kita melariskan barang – pandai bercakap,pandai menyampaikan.

5. melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah.Sabar bila orang marah dengan kita.

6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.

7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.

8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.

9. Jujur dan amanah.

10. Boleh kita berzakat.

11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )

12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam. Sifat Yang Perlu Pada Seorang Peniaga.

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:

1. Peramah dan mesra dengan orang.

2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.

3. Berlapang dada dengan karenah manusia.

4. Bersifat sabar.

5. Menunaikan janji.

6. Cepat melayan orang.

7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.

8. Jujur dan amanah.

9. Pemurah dan menolong orang.

10. Bersifat benar.

11. Rajin dan cergas.

12. Cermat berbelanja.

13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.

14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.

15. Menjaga barang dan kebersihan.

16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.

17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.

18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.

19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan mendesak.

20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.

21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.

22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan

https://www.facebook.com/pages/Islamic-Articles/


RAHSIA KENAPA DIULANG 7 KALI PADA AYAT KE 58 ....

RAHSIA AYAT KE 58 SURAH YASSIN

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' (“Salam” sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang) diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7. YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

https://www.facebook.com/pages/Islamic-Articles/

DOA-DOA SELEPAS WUDUK, BANYAK HIKMAH, PAHALA KEKAL WUDUK

Tazkirah Jumaat
2 Mei 2014 / 2 Rejab 1435

DOA-DOA SELEPAS WUDUK



Maksudnya: “ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah yang maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. (Riwayat Muslim)


Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku dalam kalangan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dalam kalangan orang (yang selalu) bersuci.”

(Riwayat at-Tirmizi no.55, Sahih at-Tirmizi no. 48)

Keterangan dan petua beramal: 

Lanjutan daripada hadis riwayat al-Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda: “Barang siapa yang membaca doa itu (selepas berwuduk), nescaya dibukakan kelapan-lapan pintu syurga itu baginya, untuk dipilih dari manakah dia akan memasukinya.”

Justeru, mudah-mudahan kita dapat beramal dengan lafaz yang pendek diatas, bagi memperolehi ganjaran tersebut. Alangkah baiknya, jika dapat gantungkan doa ini dan khasiatnya di tempat-tempat wuduk agar diamalkan orang lain selain kita. Natijahnya apa yang dilakukan oleh orang lain, kita turut beroleh manfaat kerana Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Setiap orang yang menganjurkan kebaikan itu akan mendapat pahala orang melakukan kebaikan itu, tanpa kurang sedikit pun.”

(Sumber: Doa dan zikir harian, Ust. Hj. Zahazan Mohamed), Kiriman : Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur.


BANYAK HIKMAH, PAHALA KEKAL WUDUK

UMUMNYA kita beranggapan wuduk wajib apabila hendak mendirikan solat saja atau dengan lain perkataan, berwuduk itu hanya pada saat kita akan menunaikan sembahyang, tanpa wuduk sudah tentu tidak boleh menunaikan solat.

Bagaimanapun tidak ada pula yang dapat merasakan wuduk perlu menjadi suatu daripada kebiasaan, kerana kita kurang mengetahui bahawa mengekalkan wuduk mempunyai banyak hikmah dan pahala tersembunyi.

Menurut riwayat yang sahih, Nabi Muhammad SAW adalah contoh nabi yang paling banyak mengambil wuduk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Khalifah Umar al-Khattab pun sering berwuduk sebelum melangkah untuk memulakan perjalanan. Sebaik saja dilantik menjadi khalifah, Umar al-Khattab terus mengambil wuduk lalu mendirikan solat sunat dua rakaat. Saidina Abu Bakar seorang khalifah Islam yang terbilang pernah ditanya seseorang mengenai perbuatannya mengambil wuduk pada saat akan menunggangi unta, lalu Saidina Abu Bakar menjawab: “Dengan berwuduk ketika akan melakukan perjalanan, dengan izin Allah kita akan terhindar daripada sebarang musibah dan kemalangan.”

Banyak riwayat serta hadis yang menerangkan betapa besarnya fadilat dan keberkatan wuduk, sehingga kita perlu mengakui pentingnya mengekalkan wuduk dan tidak hanya menjadikannya kewajipan untuk menunaikan solat.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang berwuduk dan dalam melakukan wuduknya itu dia berserah semata-mata hanya kepada Allah, lalu dia pula mematuhi segala rukun tertibnya yang betul, maka nescaya akan keluarlah segala dosa-dosanya daripada seluruh jasad hatta sekalipun dosa yang ada tersangkut pada celah kukunya pun akan mengalir jatuh bersama air wuduk itu.” (Hadis riwayat Muslim dan an-Nasai)

Tidak dinafikan cabaran bagi kita untuk bangun pagi dan berwuduk bagi menunaikan solat Subuh kerana lebih enak meneruskan tidur tetapi Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang berwuduk dengan cara sempurna di awal pagi yang dingin maka pahala baginya dua kali ganda.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Demikian besar dan pentingnya wuduk daripada kaca mata Islam tetapi sehingga ini mungkin tidak ramai antara kita yang mahu mengambil faedah dan keberkatan daripadanya, padahal kebiasaan mengekalkan diri dalam keadaan berwuduk bukan sesuatu yang sukar dilakukan.

Pernah terjadi satu peristiwa di mana Saidina Ali, menantu kepada Nabi Muhammad SAW pada ketika beliau sedang mengambil wuduk, tiba-tiba datang seorang Quraisy yang berniat hendak mencuri barangan diletakkannya di pinggir tiang masjid. Tetapi dengan tidak semena-mena apabila terpandang Saidina Ali sedang mengambil wuduk, si Quraisy itu menjadi gementar lalu tidak jadi hendak mengambil barangan Saidina Ali, sebaliknya dia terus beredar pulang meninggalkan masjid. Keesokan harinya si Quraisy itu datang menemui Saidina Ali lalu mengakui niat jahatnya semalam dan bermohon untuk memeluk Islam.

Demikianlah beberapa petikan riwayat, kisah serta hadis yang memperkatakan mengenai hikmah dan fadilat terkandung dalam wuduk, yang meskipun kelihatan amat kecil tetapi sebenarnya sangat berperanan lebih-lebih lagi bagi umat Islam.

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2008/01/banyak-hikmah-pahala-kekal-wuduk.html

KELEBIHAN BULAN REJAB, ISTIGHFAR REJAB, ANTARA RUPA DAN HATI

Tazkirah Jumaat
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435

KELEBIHAN BULAN REJAB

Kita akan menyambut bulan Rejab yang penuh dengan kemuliaan dan kelebihan tidak lama lagi. 1 Rejab 1435H jatuh pada 1 Mei 2014 (Khamis). Marilah kita bersama-sama untuk merebut peluang keemasan ini untuk beramal semoga kehidupan kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Rejablah masanya bulan menabur benih. Amalan pada Rejab dapat menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini dilipat-gandakan.

1. Rejab adalah bulan Allah, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat.

2. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

3. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

4. Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.

5. Seseorang yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakannya dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

6. Rejab adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu bercucuk-tanam dan keluarnya daun.

Rasulullah SAW bersabda: “Rejab adalah bulan bertanam, maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu kamu (dengan beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal.”

AMALAN

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.

Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat.

Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.

2. Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.

3. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir.

4. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah.

5. Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.

6. Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/06/04/kelebihan-bulan-rejab/

ISTIGHFAR REJAB

Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.

ANTARA RUPA DAN HATI

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi  Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.” (Riwayat Muslim)

Pengajaran: Jika hati dan jiwa bersih dan tidak berpenyakit, maka dengan sendirinya wajah menjadi berseri-seri.

(Sumber: Buat diri ku yang musah lupa 101 rekreasi hati oleh  Zahazan Mohamed, Nik wafdi Nik Jaafar)

Kiriman : Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur

Tazkirah Jumaat 18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435

akan diupload kemudian..