Friday, April 11, 2014

DOA 'SENJATA' MUSLIM BANTU ELAK MUSIBAH, MOHON KEINGINAN

Tazkirah Jumaat
11 April 2014 / 11 Jamadil Akhir 1435

DOA 'SENJATA' MUSLIM BANTU ELAK MUSIBAH, MOHON KEINGINAN

KEHIDUPAN di dunia penuh dengan pelbagai dugaan, ujian dan cabaran. Suka duka dan pahit getir menjadi asam garam kehidupan manusia sepanjang hayatnya. Dustalah jika ada yang berani berkata hidupnya sentiasa bahagia tanpa sebarang masalah. Sebagai khalifah di bumi ini, manusia sentiasa diuji Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepada-Nya. Apakah kita ini seorang yang bersikap sabar dan kental hatinya atau mudah goyah imannya apabila diuji dengan pelbagai dugaan.

Ujian Allah SWT kepada hamba-Nya meliputi semua peringkat usia dan golongan, tidak kira tua muda, miskin kaya mahu pun pemimpin terkenal atau rakyat biasa. Semuanya tidak terkecuali daripada mendapat ujian Allah SWT. Dalam apa keadaan sekali pun, sama ada diuji atau tidak, kita patut memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT yang tidak pernah putus memberi rahmat serta nikmat.

Justeru, hendaklah selalu berdoa kepada Allah SWT supaya kita terus diberi rahmat, nikmat serta pertolongan Allah SWT terutama apabila berhadapan dengan ujian hidup. Ibnul Qayyim berkata, doa adalah saranan paling kuat untuk mencegah musibah dan mencapai apa diinginkan.

Berdoa adalah suara pengharapan, pergantungan dan pertolongan seorang hamba kepada Pencitpanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hanya kepada Engkau yang kami abadikan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan." (Surah al-Fatihah, ayat 5)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) berdoa kepada yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu akan jadilah engkau dari orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Surah Yunus, ayat 106)

Doa adalah satu bentuk ibadah kepada Allah SWT. Menurut al-Asqari, doa adalah permohonan kepada Allah SWT supaya Dia mendatangkan sesuatu yang bermanfaat dan menjauhkan daripada segala bentuk kemudaratan. Kebiasaannya kita hanya berdoa apabila ditimpa kesusahan atau menghadapi masalah. Memang pun di saat itu kita amat perlukan pertolongan daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong, yakni merasa mereka boleh menyelesaikan sendiri masalah tanpa mengharapkan pertolongan Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Memang pun Allah SWT cukup menyukai hamba-Nya yang berdoa apabila ditimpa kesusahan atau mendapat musibah, akan tetapi ada di kalangan hamba Allah SWT yang lupa diri setelah terlepas daripada kesusahan atau musibah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Apabila manusia ditimpa kesempitan, dia berdoa kepada Tuhan-Nya, dalam keadaan bersungguh-sungguh untuk kembali kepada-Nya. Kemudian apabila dia dianugerahi dengan nikmat daripada-Nya, dia lupa doa yang dipohon kepada Tuhannya sebelum itu dan dia menjadikan untuk Allah gandingan untuk menyesatkan (manusia) daripada jalan-Nya." (Surah al-Zumar, ayat 8)

Membicarakan soal doa, dalam catatan sejarah Islam ada kisah daripada Anas, diriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW menziarahi seorang lelaki Muslim yang keadaan tubuhnya sangat lemah.

Rasulullah SAW bertanya: "Pernahkah engkau memohon sesuatu dalam doamu? Lelaki Muslim itu menjawab: Ya. Saya sering berdoa: Ya Allah, apa pun hukuman yang hendak Engkau timpakan kepadaku di akhirat, maka segerakanlah menimpakan kepadaku di dunia."

Rasulullah SAW berkata, "Subhanallah! Engkau takkan kuasa menanggungnya. Alangkah baiknya jika engkau berdoa: Ya Allah, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan pula di akhirat, serta jauhkan kami dari seksa neraka." Kemudian Baginda SAW mendoakan lelaki itu sehingga Allah SWT memberikan kesembuhan kepadanya.

Kisah itu jelas menunjukkan keberkatan doa yang dipohon. Adalah dianjurkan berdoa untuk memohon kebaikan bukan keburukan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.

Satu hakikat yang perlu kita fahami ialah apabila hari ini kita berdoa memohon disembuhkan penyakit misalnya, tidak semestinya esok atau lusa Allah makbulkan permintaan itu. Ada yang memakan masa panjang. Apa pun kita perlu bersabar kerana doa orang mukmin dimakbulkan Allah.

Lambat atau cepat Allah makbulkan doa kita itu adalah dalam ketentuan-Nya. Kita hendaklah bersangka baik kepada ketentuan Allah. Janganlah kita berhenti daripada berdoa walau pun hidup tidak berada dalam kesusahan atau dibelit masalah. Semasa senang jangan lupa berdoa kepada Allah serta mensyukuri nikmat-Nya. Jika senang, berdoalah supaya Allah murahkan lagi rezeki yang halal dan berkat di masa depan sementara yang bahagia memohon dipanjangkan kebahagiaan itu. Mereka yang sihat berdoalah supaya sentiasa diberikan kesihatan.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu, wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa." (Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain)

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melainkan berdoa." (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2008/11/doa-senjata-muslim-bantu-elak-musibah.html

ULUL ALBAB: PINTU TAUBAT LEBIH BERHARGA DARIPADA EMAS

Tazkirah Jumaat
4 April 2014 / 4 Jamadil Akhir 1435

ULUL ALBAB: PINTU TAUBAT LEBIH BERHARGA DARIPADA EMAS

Umat Islam tidak boleh mudah putus asa beristighfar mohon ampun jika ingkar larangan.

KETIKA pengikut Nabi Isa as, al-Hawariyyun memohon kepada Baginda supaya Allah berkenan menurunkan kepada mereka hidangan dari langit, maka Allah menerima doa Nabi Isa dengan firman-Nya bermaksud: "Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang kepada kamu, kemudian sesiapa antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun daripada sekalian makhluk." (Surah al-Maidah: 115).

Maksud ayat di atas dan tiga ayat sebelumnya ialah ada keinginan, permohonan dan jawapannya. Tetapi jawapan itu bersyarat yakni "kemudian sesiapa antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun daripada sekalian makhluk."

Perkara ini juga pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW yang diriwayatkan bahawa orang musyrik Makkah meminta kepada Baginda supaya Allah menjadikan Bukit Safa emas.

Jika berlaku, mereka mempercayai Baginda dan memeluk Islam. Baginda terlalu gembira dengan permohonan dan niat orang musyrik itu sehingga bersabda: "Benarkah demikian?" yang dijawab oleh mereka: "Benar!"

Apabila Baginda bersiap untuk berdoa agar Bukit Safa menjadi emas oleh Allah, tiba-tiba Malaikat Jibril AS turun menghampiri Baginda seraya berbisik: "Mahukah tuan Bukit Safa itu dijadikan emas tetapi sesudah itu mereka kufur dan ingkar seperti al-Hawariyyun, kemudian mereka diseksa dengan azab sengsara yang tidak pernah Allah seksakan seseorang pun daripada sekalian makhluk atau tuan lebih memilih untuk diberikan pintu keampunan dan taubat?

Mendengar bisikan Jibril itu, Baginda mengurungkan niatnya untuk berdoa dan membiarkan musyrik seperti sedia ada.

Baginda memilih pintu keampunan dan taubat kerana berasa kasihan jika berlaku ke atas mereka seperti nasib segelintir al-Hawariyyun yang diubah menjadi babi dan kera di dunia kerana mengingkari janji mereka dan di akhirat kelak azab sengsara yang maha pedih sedang menunggu. Kisah ini diceritakan Ibn Katsir dalam kitab tafsirnya ketika membahas ayat Surah al-Maidah ini.

Baginda memilih pintu keampunan dan taubat yang lebih fleksibel daripada bukit emas yang kaku dan statik. Baginda lebih mengutamakan kebanyakan umat daripada segelintir umat yang hanya menginginkan bukit emas.

Sifat ini memang sudah direkodkan dalam al-Quran yang maksudnya: "Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman." (Surah al-Taubah: 128)

Pilihan Baginda Rasulullah SAW didasarkan salah satu sifat Allah SWT iaitu al-Ghaffar (Maha Pengampun) dan al-Tawwab (Maha Penerima Taubat.

Satu ayat dalam al-Quran yang membuat hati kita terharu dan syukur serta gembira apabila membacanya, bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Zumar: 53).

Dalam ayat ini Allah menyapa orang yang melampaui batas dengan kata-kata: "Ya 'ibadi' (wahai hamba-Ku). Tujuannya ialah menyatukan hati hamba-Nya dan menyentuh perasaan mereka agar mendengarkan ayat berkenaan dengan baik.

Seberapa pun besar dosa seseorang Allah menjanjikan keampunan jika mahu beristighfar. Keampunan Allah menyebabkan terhapusnya dosa yang menyebabkan terhindar daripada azab di dunia dan akhirat.

Siapa yang mahu beristighfar ketika melakukan perbuatan dosa maka dosanya terhapus meskipun puluhan kali dia lakukan tiap harinya. Dia terbebas daripada sifat orang yang terus menerus dalam dosa. Ini menunjukkan betapa besar dan luasnya rahmat Allah kepada hamba-Nya. Celakalah seorang hamba yang mengetahui luasnya rahmat Allah, namun dia tidak berusaha untuk meraihnya sehingga terhalang daripada rahmat-Nya.

Semoga istighfar menjadi amalan rutin seperti dilakukan Nabi kita. Baginda dalam sehari lebih 70 kali beristighfar. Dalam hadis lain diriwayatkan maksudnya: "Iblis berkata kepada Tuhannya, "Dengan keagungan dan kebesaran-Mu, aku tidak akan berhenti menyesatkan anak Adam selama mereka masih bernyawa." Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Dengan keagungan dan kebesaran-Ku, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar". (Hadis riwayat Ahmad). Wallahu alam.

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2009/06/ulul-albab-pintu-taubat-lebih-berharga.html

28. ASMAUL HUSNA : AL HAKAM, الحكم YANG MEMILIKI MUTLAK SIFAT MAHA MENETAPKAN HUKUM, MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W : BERSYUKUR DENGAN NIKMAT,

Tazkirah Jumaat
28 Mac 2014 (26 Jamadil Awal 1435)


28. ASMAUL HUSNA : AL HAKAM, الحكم YANG MEMILIKI MUTLAK SIFAT MAHA MENETAPKAN HUKUM

“Maka patutkah aku mencari hukum selain daripada Allah, padahal Dialah yang menurunkan kitab (Al-Qur’an) kepadamu dengan terperinci?” (Al-An’am: 114)

Al-Hakam berasal dari akar kata ha-ka-ma. Dari akar kata itu bisa berubah menjadi haakim dan hukm. Semua kata yang berasal dari pengembangan akar kata ha-ka-ma mempunyai makna yang sama, yaitu menghalangi. Itulah sebabnya, hukum dapat diartikan sebagai perangkat yang dapat menghalangi atau membatasi seseorang atau sekelompok orang dari tindakan yang melanggar.

Pengertian pertama Al-Hakam adalah bahwa Allah-lah yang Maha Memutuskan dan Menetapkan semua perkara. Segala yang terjadi di kolong langit dan di atas bumi adalah ketetapan-Nya. Kapan selembar daun mengering, kapan terlepas dari tangkainya, dan kapan pula jatuhnya ke bumi, Dia-lah yang menetapkan. Tiada Tuhan selain Allah, yang menetapkan segala sesuatu berdasar hukum-Nya.

Pengertian kedua, melalui Asma-Nya ini Allah menetapkan bahwa setiap individu manusia akan memperoleh apa yang telah diusahakannya. Setiap individu menanggung sendiri dosa dan pahalanya. Anak tidak menanggung dosa bapaknya, demikian juga sebaliknya. Islam tidak mengenal dosa warisan, sebagaimana firman-Nya: “Dan bahwa setiap manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusakannya, dan bahwa usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepada-nya).” (An-Najm: 39-40).

Pengertian ketiga, sebagai Al-Hakam, Allah telah menetapkan kepastian hukum bagi hamba-Nya. Bagi yang berbakti akan diganjar dengan kebahagiaan, sebaliknya bagi yang durhaka akan dihukum dengan kesengsaraan. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam surga yanag penuh kenikmatan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka.” (Al-Infithar: 13 dan 14)

Pengertian keempat, Allah adalah Hakim Agung. Sebagai Hakim Agung, Allah tidak membutuhkan sesuatu, malah sebaliknya segala sesuatu membutuhkan-Nya. Dia tidak bisa dirayu, disogok, dan disuap. Di pengadilan Allah, semua perkara diputus dengan seadil-adilnya. Semua alat bukti dapat dihadirkan, bahkan Allah sendiri yang akan menjadi saksinya. Jangankan perbuatan yang terlihat, niat yang tersembunyi sekalipun dapat dilihat Allah swt. Di hadapan Allah, mana mungkin kita mengingkari atau sekadar menyembunyikannya?

Pengertian kelima, setiap keputusan yang keluar dari-Nya pastilah merupakan keputusan dan adil dan bijaksana. Allah tidak pernah mendzalimi hamba-Nya, tapi hamba-Nya lah yang berbuat dzalim terhadap dirinya sendiri. Apa pun keputusan-Nya harus kita terima. “Boleh jadi sesuatu yang tidak kamu sukai menjadi lebih baik bagi kamu, dan bisa jadi apa yang kamu sukai itu menjadi jelek bagi kamu.” (Al-Baqarah: 216)

Sebagai hambanya Al-Hakam, kita hanya boleh berbaik sangka terhadap apa yang telah diputuskan kepada kita sampai saat ini, juga terhadap apa yang akan diputuskan kelak pada kita di akherat nanti. Kita rela dan bersyukur atas keputusanNya di dunia ini, dan kita senantiasa berharap keputusan terbaik buat kita di akherat kelak. (Hamim Thohari)

Asmaul Husna dan Khasiat Membacanya

“Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

http://esq-news.com/2011/berita/09/08/al-hakam-yang-menetapkan-hukum.html


MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W : BERSYUKUR DENGAN NIKMAT

Dari Nu’man bin Basyir RA sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur, dan sesiapa yang tidak bersyukur yang sedikit nescaya dia tidak bersyukur yang banyak, dan siapa yang yang tidak bersyukur  kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah.” – Riwayat Ahmad dalam Musnad (4/278) Hadis ini adalah hadis Hasan.

TIGA ASPEK SYUKUR:

1. Syukur dengan hati

Menyedari dan meyakini bahawa semua nikmat dan kurnia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya.

2. Syukur dengan lisan

Memuji Allah sebanyak-banyaknya. Ungkapan terima kasih ini boleh diungkapkan dengan kata-kata ‘alhamdulillah’.

3. Bersyukur dengan perbuatan

Taat beribadat kepada-Nya dan menggunakan kurniaan itu dengan kebaikan. Solat seseorang itu merupakan bukti rasa syukur kita pada Allah SWT. Begitu juga dengan puasa dan zakat seseorang itu.

Sumber: majalah I (April 2012)

Kiriman : Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli, Bentong,  Pahang Darul Makmur

PROGRAM CERAMAH BAHAYA AJARAN SYIAH, 27. AL BASHIIR (البصير) MAHA MELIHAT, FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA "YA BASHIIR!", KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH PADA BADAN KITA

Tazkirah Jumaat
21 Mac 2014 (19 Jamadil Awal 1435)

PROGRAM CERAMAH BAHAYA AJARAN SYIAH

Anjuran JHEAINS dengan kerjasama Masjid Jamek Kundasang.

Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Jamek Kundasang

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir


27. AL BASHIIR (البصير) MAHA MELIHAT

Al-Bashir berasal dari kata ba-sha-ra, yang arti harfiahnya adalah “melihat”. Dalam pengertian yang lebih luas, bashara bisa berarti ilmu atau kejelasan. Nabi Yusuf, sebagaimana dikutip dalam al-Qur’an, senantiasa melakukan dakwah kepada para terpidana dan petugas di lingkungan penjara dengan mengatakan: “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan bukti yang sangat jelas dan nyata (bashirah),” (QS. Yusuf: 108)

Arti lain, seperti yang sering dipakai oleh kaum sufi, adalah mata hati atau mata batin. Ada pula yang menyebutnya dengan indera keenam. Apa pun namanya, seseorang yang telah memiliki bashirah akan mampu melihat hal-hal yang ghaib. Ketika melihat sesuatu, ia tidak hanya melihat dengan mata kepalanya saja, tetapi menggunakan mata batinnya yang dapat menembus batas ruang dan waktu.

Bashirah dalam pengertian yang kedua tersebut hanya diberikan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang senantiasa berusaha mendekat atau melakukan taqarrub kepada Allah. Salah satu hamba-Nya yang jelas-jelas telah memiliki bashirah adalah Muhammad saw, sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Qur’an: “Telah diperlihatkan sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.” (Al-Israa: 1).

“Tanda-tanda Kami” dalam ayat di atas tidak lain adalah sesuatu yang ghaib, terselubung, atau tersembunyi. Nabi Muhammad diberi kesempatan untuk menyaksikan peristiwa ghaib melalui mata batinnya. Tirai yang menyelubungi alam ghaib dibuka sehingga tidak ada lagi pembatas yang mengantarai Rasulullah saw dengan alam ghaib. Dengan begitu, peristiwa masa lalu, sekarang, dan yang akan datang, tertampang jelas di hadapannya.

Bashirah itu tidak hanya diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saja, tapi dalam batas-batas tertentu juga dikaruniakan kepada para hamba-Nya yang senantiasa taqarrub kepada-Nya. Dalam hadits Qudsi Allah berfirman:

“Dan seorang hamba-Ku senantiasa mendekat kepada-Ku dengan melakukan ibadah-ibadah sunnat sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah yang menjadi pendengarannya, penglihatannya, dan sebagai tangan yang digunakannya, serta kaki yang dijalankannya. Apabila ia memohon kepada-Ku pasti Ku-kabulkan. Jika meminta perlindungan, maka pasti Aku lindungi.” (HR. Bukhari)

Sebagai hamba Al-Bashir, kita harus menyadari bahwa seluruh aktifitas kita dilihat dan diawasi Allah. Bagi-Nya, tiada tempat yang tersembunyi. Dengan kesadaran itu, kita akan selalu memilih aktifitas yang baik dan mendatangkan manfaat. Sebaliknya, kita akan berusaha dengan sungguh-sungguh menghindari segala aktifitas yang sia-sia dan mendatangkan mudharat, baik bagi diri sendiri maupun bagi orang lain.

Ketika terbersit keinginan untuk berbuat maksiat, sekecil apa pun, kita segera menyadari bahwa Allah (Al-Bashir) sedang mengawasi kita. Timbul rasa malu, kemudian ada dorongan dalam diri untuk segera meninggalkannya.

Keberuntungan seorang hamba dari ism ini menghendaki dua syarat. Pertama, ia harus mengetahui bahwa Allah SWT telah menciptakan baginya sepasang mata guna melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya yang terdapat di alam semesta ini dan melihat keajaiban-keajaiban keraajaan langit.

Ia harus menggunakan pandangannya itu untuk mengambil pelajaran dari apa yang dilihatnya. Kedua, haruslah ia mengetahui pula bahwa ia selalu berada dalam penglihatan Allah SWT. Karena itu ia tidak boleh meremehkan pandangan Allah tersebut. Alangkah lancang dan meruginya orang yang mengetahui bahwa Allah melihatnya, namun dikerjakannya juga perbuatan maksiat. Dan kalau ia mengira bahwa Allah tidak melihatnya, maka alangkah kufurnya ia.

http://esq-news.com/2011/berita/08/03/al-bashir-yang-maha-melihat.html

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA "YA BASHIIR!"

"Ya Baashir!" Barangsiapa membaca ism ini sesudah mengerjakan solat Jumaat sebanyak seratus kali, niscaya Allah akan membukakan baginya pandangan mata batinnya dan ditunjuki-Nya kepada perkataan dan perbuatan yang baik.


KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH PADA BADAN KITA

1. Telinga manusia boleh mengesan ratusan ribu jenis bunyi yang berbeza.

2. 80% daripada diri kita adalah air.

3. Setiap jam, mata kita mampu memproses 36000 bit informasi.

4. Berat kulit manusia dewasa secara purata adalah kira-kira 4-5 KG.

5. Luas permukaan paru-paru manusia adalah sama dengan luas permukaan gelanggang tenis…

6. Ketika mata kita berkedip, kita sebenarnya memejamkan mata selama 0.3 saat. [ ]

26. AS-SAMII' (السميع) MAHA MENDENGAR, FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA "YA SAMII'!", KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH PADA BADAN KITA

Tazkirah Jumaat
14 Mac 2014 (12 Jamadil Awal 1435)


26. AS-SAMII' (السميع) MAHA MENDENGAR

As-Samii' berati tiada apa pun yang dapat didengar terlepas dan pendengaran-Nya meski tersembunyi atau gaib, rahsia atau bisikan-bisikan.

Allah As-samii’ mendengar dan mengabulkan permintaan hamba-hambaNya, mendengar      keluhan serta puji-pujian kepadaNya. Allah juga mendengar setiap rahsia yang disembunyi oleh hamba-hambaNya. Dia mendengar suara lidah dan suara hati dan menghitungnya.

Hamba Allah As-Samii’ akan sentiasa berhati-hati dalam      bicaranya dan tindakannya kerana Allah mendengar  semuanya, tiada suatu pun dapat lari dari pendengaranNya.

Hamba Allah As-Samii’ menjadi pendengar yang baik kepada pandangan dan teguran orang di  sekitarnya dan juga keluhan hati mereka.

Ada dua hikmah yang dapat diambil dengan asma As-Samii' ini.

1) dengan mengetahui bahwa Allah Swt. maha mendengar, kita harus menjaga lidah kita.

2) bahwa Dia hanya menciptakan pendengaran agar kita mendengarkan firman Allah Swt. dan kitab-Nya sehingga manusia dapat menerima manfaat petunjuk menuju jalam Allah.

Tentang sifat/asma ini ada dalam QS As-Syura, 42: 11 dan QS Al-Fatir, 32: 22

Hadist yang berkaitan dengan hal ini adalah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Rasulullah saw. berkata "Jika sesorang berkata, 'Allah mendengar do'a orang yang memuji-Nya,' maka katakanlahm 'Ya Tuhan kami, hanya milikmu-lah segala puji.'" (shahih Muslim)

Amalan do'a menggunakan asma As-Samii' ada dalam QS Al-Baqarah, 2: 127 dan QS Ali Imran, 3: 38 sementar itu, amalan do'a sesuai tuntunan Rasulullah saw. ada dalam hadist (Shahih At Tirmidzi 2769)

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA "YA SAMII'!"

"Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

"Ya Samii'!" Baca 500 kali selepas solat sunat Dhuha pada hari Khamis, insha Allah doanya akan dimakbulkan dan akan sembuh pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya menjadi semakin baik.

KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH PADA BADAN KITA

1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.

2. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling besar adalah ovum.

3. Gigi manusia tumbuh 6 bulan sebelum lahir. Walaupun begitu, tak semestinya kita boleh lihat bayi lahir-lahir dah ada gigi.

4. Pundi kencing ketika penuh, berukuran hampir sama dengan saiz softball.

5. Terdapat 2.5 trillion sel darah merah didalam badan anda sekarang.

6. Apabila kita menyentuh sesuatu, kita menghantar message ke otak kita pada kelajuan 124 batu per jam.

7. Kapilari darah adalah tersangat kecil sehinggakan 10 kapilari barulah bersamaan dengan sehelai rambut. Bayangkan…

8. Bayi sudah mula bermimpi ketika masih di dalam perut ibu lagi.

9. Bakteria di dalam mulut anda lebih banyak daripada populasi manusia di US dan Kanada jika digabungkan.

10. Jika manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi.

11. Jika mengelipkan mata, kita sedang menggerakkan 200 otot.

12. Panjang tapak kaki adalah sama dengan panjang dari pergelangan tangan ke pelipat siku.

13. Terdapat 137 juta sel peka cahaya pada retina mata.

14. Tulang paha adalah tulang terpanjang dalam badan kita dan ia adalah 1/4 daripada tinggi kita.

15. Otak kanan mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan…

16. Jantung kita berdenyut kira-kira 100 000 kali setiap hari.

Betapa hebatnya penciptaan manusia. Allahuakbar.

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)

halimislam.blogspot.com