Friday, November 29, 2013

Tazkirah Jumaat 29 Nov. 2013 (25 Muharram 1435H) : AL-FATTAH, YANG MEMBUKA SEGALA KEMENANGAN, FADHILAT AL-FATTAH, BAHAYA RIBA

Tazkirah Jumaat
29 Nov. 2013 (25 Muharram 1435H)

18. AL-FATTAH, YANG MEMBUKA SEGALA KEMENANGAN

"Sungguh Kami telah memberi kemenangan kepadamu dengan kemenangan yang nyata." (QS. Al-Fath: 1)

Adalah Allah swt yang memiliki sifat dan nama Al-Fattaah yang sebenar-benarnya, sebab Dialah yang membuka segala hal yang tertutup menyangkut perolehan yang diharapkan oleh setiap hambaNya. Hati manusia yang tertutup dibuka olehNya melalui pintu hidayah sehingga terisi kebenaran dan jalinan cinta. Fikiran manusia yang tertutup dibuka olehNya melalui ilmu pengetahuan sehingga semua kesulitan dapat ditemukan jawabannya, dan semua masalah dapat ditemukan penyelesaiannya. Pintu rezeki hamba yang tertutup dibuka olehNya melalui kegiatan ekonomi sehingga mereka menjadi kaya dan berkecukupan. Allah, Al-Fattah yang membuka segala kekurangan menjadi cukup, bahkan berlebih.

Al-Fattah telah memberi kemenangan yang nyata kepada Rasulullah dan kaum muslimin ketika berhasil merebut kembali kota Makkah, sebagaimana dijelaskan dalam al-Qur’an surat al-Fath (48) ayat 1. Kemenangan itu kemudian disempurnakan dengan berbondong-bondongnya manusia memasuki ajaran Islam, sebagaimana firmanNya: “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat menusia memasuki agama Allah secara berbondong-bondong.” (QS. An-Nashr: 1-2)

Allah tidak hanya memberi kemenangan kepada Rasululah dan para sahabatnya, juga kepada setiap hambaNya, termasuk kita. Bukankah kita sering diperhadapkan masalah yang awalnya musykil, kemudian tiba-tiba kita memperoleh secercah cahaya petunjukNya sehingga benang kusut yang kita hadapi terurai dengan sangat mudahnya?

Bukankah kita juga sering menghadapi kesulitan ekonomi, kemudian tiba-tiba langkah kita terbimbing untuk melakukan langkah-langkah bisnes yang kemudian memberikan keuntungan yang sebelumnya terasa musykil? Dialah Al-Fattah, yang telah membuka pintu rezeki kita. Dia, Al-Fattah terus bekerja memberi pertolongan kepada kita, membuka jalan agar kita sukses dan memperoleh kemenangan dalam menempuh kehidupan di dunia dan selamat hingga di akhirat dengan memperoleh surgaNya. Dialah, Al-Fattaah yang membuka pintu surgaNya lebar-lebar untuk kita yang menaatiNya.

Sekarang, bagaimana mempraktikkan Al-Fattaah dalam kehidupan sehari-hari? Bagaimana meneladani akhlaq Allah, Al-Fattah dalam kehidupan peribadi, keluarga, dan dalam kehidupan sosial?

Sebagai individu kita harus senantiasa membuka hati dan fikiran kita untuk menerima kebenaran. Kita tidak boleh sombong, sebab Ilmu Allah hanya tercurah kepada mereka yang tidak menyombongkan diri. Allah berfirman:

“Aku akan memalingkan dari ayat-ayatKu orang-orang yang takabbur di muka bumi tanpa alasan yang benar.” (QS. Al-A’raaf: 146)

Orang yang meneladani sifat Al-Fattah akan senantiasa terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Mereka tidak merasa benar sendiri dan tidak mau menang sendiri. Mereka yakin bahwa kebenaran yang hakiki hanya dari Allah, sedangkan kebenaran yang lain bersifat relatif. Karenanya mereka tidak memutlakkan pendapatnya sendiri.

Orang yang mempraktikkan Al-Fattaah dalam dirinya akan senantiasa termotivasi menghadapi hidup. Mereka tidak mudah patah arang atau frustrasi hanya karena suatu kegagalan. Yang mereka takutkan dalam kehidupan ini hanya satu, yaitu bila Allah menutup pintuNya, Dia tak lagi peduli kepadanya, dan membiarkannya terumbang-ambing dalam kesesatan.

http://esq-news.com/asmaul-husna/2010/12/16/al-fattah-yang-membuka-segala-kemenangan.html


FADHILAT AL-FATTAH:

Dizikir ‘Ya Fattah’ sebanyak 71 X selepas selesai solat Maghrib. Insya’Allah hati kita akan dibuka oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.

Apabila dibaca ‘Ya Fattah’ sebelum atau sesudah solat Subuh sebanyak 70 X dengan dua tangan diletakkan ke atas dada, Insya’Allah hati akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.

Sesiapa mewiridkan ‘Ya Fattah’ berulang kali secara istiqamah, Insya’Allah akan terbuka hatinya dan diberikan jalan untuk berjaya.

http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/02/


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

BAHAYA RIBA

1. Pengamal Riba Umpama Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri.

Rasulullah SAW bersabda: “Riba mempunyai 73 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.” (HR Ibnu Majah, 2/764; Al-Hakim: Sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim)

2. Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Rasulullah SAW bersabda: “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali.” (Musnad Ahmad , 2/225; Ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sahih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadis Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103)

3. Riba Adalah Salah Satu Dari Dosa Terbesar.

Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Jauhilah tujuh dosa besar: syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil).“ (HR Bukhari dan Muslim)

Pengajaran:

Awasilah dari terjerumus kepada bahaya riba. Kesannya amat bahaya. Hidup di dunia akan ditarik keberkatan dan rahmat. Di akhirat tiada tempat baginya di syurga. Maka bertaubatlah. Belajarlah bersungguh tentang riba.

Tazkirah Jumat 22 Nov 2013 (18 Muharram 1435H) : UCAPAN TAKZIAH, GANJARAN SOLAT SUBUH

Tazkirah Jumat
22 Nov 2013 (18 Muharram 1435H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

UCAPAN TAKZIAH

Maksudnya: “Sesungguhnya kepunyaaan Allah segala yang telah diambil dan kepunyaan-Nya segala yang telah diberi dan bagi setiap sesuatu di sisi-Nya mempunyai tempoh yang tertentu. Bersabarlah dan haraplah pahala daripada Allah”.

(Riwayat al Bukhari (2/80), Muslim (2/636) )

Elok juga diucapkan dengan kata:

Maksudnya: “Semoga Allah memperbanyakkan pahala kamu dan memperelokkan perkabungan kamu serta mengampunkan orang yang telah meninggal”.

(Al-Azkar An Nawawiyah (126) )

Keterangan:

Ucapan-ucapan di atas adalah merupakan ucapan yang menjadi sunnah dalam memberi ucapan takziah. Ianya diucapkan kepada suami, isteri, ahli keluarga, saudara-mara dan sebagainya yang ada kaitan dengan si mati.  Kadang-kadang kita baca pelbagai versi ucapan takziah secara lisan dan juga di dalam SMS, facebook, tweeter, whatsApp dan sebagainya. Marilah kita mengamalkan ucapan takziah yang sebenar mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad  .

(Sumber: PERISAI MUSLIM, Sheikh Dr. Said Bin Ali Wahf Al Qahtani, alih bahasa: Dr. Abdul Basit Bin Abdul Rahman)


GANJARAN SOLAT SUBUH

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:

“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata,

“Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Sumber: http://myibrah.com/ganjaran-solat-subuh

Friday, November 15, 2013

TJ 15 Nov. 2013 : APABILA KEBERKATAN DICABUT, AR-RAZZAQ, RIZKI-MU TAK HABIS DIBAGI, YA RAZZAQ

Tazkirah Jumaat
15 Nov. 2013 (11 Muharram 1435H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW  (15 NOVEMBER 2013)
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
APABILA KEBERKATAN DICABUT

Salah satu tanda-tanda kiamat kecil ialah waktu yang terasa semakin singkat. Rasulullah SAW  telah mengambarkan perkara ini dalam hadisnya:

Yang Bermaksud: “ Waktu akan semakin singkat, amal akan berkurangan, bakhil akan dijumpai, fitnah akan menyebar dan banyak terjadi pembunuhan.”

Hadis riwayat Bukhari, kitab Adab no.6037 dan Muslim, kitab al’Ilm no. 6792.

KETERANGAN:

Para ulama tidak mentafsirkan “singkatnya waktu” dengan bertambahnya kecepatan putaran bumi sehingga misalnya, jumlah masa dalam satu hari berkurang menjadi 23 jam. Pentafsiran seperti ini tentunya bertentangan dengan logic kerana jika kita memutarkan sebiji bola pada titik tertentu, tentulah laju putarannya semakin lama semakin berkurang bukannya semakin bertambah.

Oleh itu, para ulama hadis mengajukan beberapa pentafsiran tentang perkara ini. Sebahagian ulama seperti Qadi ‘Iyad, an-Nawawi dan Ibn Abi Jamrah mentafsirkan singkatnya waktu ini dengan hilangnya keberkatan. Mereka berkata, “Maksud singkat waktu ialah hilangnya keberkatan waktu tersebut sehingga pada satu hari misalnya, tidak dapat dimanfaatkan seluruhnya melainkan Cuma beberapa jam sahaja.

Pendapat ini dikuatkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al Bari, katanya , “Hadis ini  bermaksud bahawa Allah Subhanahuwataala mencabut semua keberkatan daripada segala sesuatu, termasuk keberkatan waktu dan ini merupakan salah satu tanda dekatnya Kiamat.”

(Sumber: Kompas umat akhir zaman, Ustaz Umar Muhammad Noor)


AR-RAZZAQ, RIZKI-MU TAK HABIS DIBAGI

Aku tidak menghendaki sedikitpun rizki dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rizki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh. (QS. Adz-Dzariyaat: 57-58)

Kata Ar-Razzaq hanya bisa kita temukan dalam al-Qur’an sekali saja, sebagaimana yang disebut di awal tulisan ini. Te­tapi yang menggunakan akar kata yang sama, ra-za-qa dapat kita jumpai di banyak surat dan ayat al-Qur’an.

Pada awalnya rezeki itu bermakna tunggal, yaitu pemberian untuk jangka waktu tertentu. Makna ini sekaligus mem­bedakan antara rezeki dengan hibah, atau antara makna Ar-Razzaq dengan Al-Wahhab. Dalam perkembangannya makna rezeki itu meluas dan melebar, kadang bermakna pemenuhan keperluan, gaji, juga hujan yang turun dari langit, bahkan anugerah kenabian pun disebut sebagai rezeki, sebagaimana perkataan Nabi Syuaib kepada kaumnya:

“Wahai kaumku, bagaimana pendapatmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan Dia menganugerahi aku dari-Nya rizki yang baik (yakni kenabian)?” (QS. Huud: 88)

Dengan demikian, maka rizki itu bisa meliputi segala pemberian yang dapat dimanfaatkan, baik bersifat material maupun spiritual. Rizki itu tidak hanya bersifat kebendaan, tapi juga bisa berupa kebahagiaan, sembuh dari sakit, kesempatan beribadah dengan baik, hidayah, dan banyak lagi lainnya. Sungguh tak terhingga rizki yang telah diberikan kepada kita.

Setiap makhluk hidup telah dijamin rizkinya oleh Allah, apalagi manusia. Tak seorangpun dibiarkan hidup tanpa jaminan rizki, sebagaimana firman-Nya:

“Dan tidak satu binatang melata yang bergerak di muka bumi, kecuali Allah telah menjamin rizkinya.” (QS. Huud: 6)

Karenanya, tidak ada alasan bagi manusia untuk mencari rizki yang haram, sebab rizki yang halal sudah disediakan buat mereka. Hanya saja mereka kurang bersabar atau mereka kurang puas (tidak qanaah). Andai saja mereka sedikit bersabar atau memiliki sifat qana’ah, tentulah mereka akan mendapatkan rizki yang baik dan halal.

Tentu saja rizki itu tidak datang begitu saja, melainkan harus diusahakan dengan sungguh-sungguh sesuai dengan “sunnatullah”. Bukankah semua manusia terikat oleh hukum-hukum yang mengatur makhluk dan kehidupannya? Sesungguhnya rasa lapar dan hausnya, hingga naluri untuk mempertahankan dirinya merupakan jaminan rizki dari Allah. Tanpa rasa lapar, tanpa insting mempertahankan diri, manusia tak terdorong untuk mencari makan (bekerja).

Bersamaan dengan itu, Allah SWT menghamparkan bumi yang di dalam dan di atasnya terdapat rizki yang berlimpah ruah. Segala yang dipelukan manusia terdapat di sini, berapapun besarnya jumlah penduduk bumi.

Jarak antara manusia dengan rizkinya lebih jauh dibandingkan dengan binatang, apalagi tumbuh-tumbuhan. Allah menyiapkan rizki pada tumbuhan di tempat tumbuhnya, sedang bagi binatang disediakan dalam jumlah yang banyak, hanya saja harus ada usaha untuk mendapatkannya. Bezanya dengan manusia, jika binatang cukup dengan bersandar kepada nalurinya, sedang manusia harus berusaha dengan menggunakan akal, ilmu, dan sedikit teknologi.

Allah telah menyiapkan sarana yang cukup, sedang manusia diperintahkan untuk mengolahnya. Pengelolaan itulah yang menjadi nilai tambah. Itulah rizki, sebab Allah mendatangkan rizkiNya melalui keterlibatan tangan-tangan makhluk-Nya. Itulah sebabnya, Al-Qur’an memilih kata “Nahnu” atau “Kami” ketika berbicara tentang pemberian rizki, sebagaimana firman-Nya:

“Kami memberi rizki kepadamu dan kepada mereka anak keturunanmu.” (QS. Al-An’Am: 151)

Jaminan rizki itu juga diberikan ke­pada “Daabat” yang berarti makhluk melata yang bergerak. Kata bergerak itu menjadi sangat penting, sebab jangan berharap mendapatkan rizki dari-Nya sementara kita tinggal diam, menunggu, pasif, malas bekerja, atau bekerja tanpa ilmu, tanpa akal, dan tanpa teknologi. Untuk mendapatkan zamzam, Siti Hajar harus lari-lari dari bukit Shafa dan Marwa. Itulah pelajaran sya’i yang kita dapatkan dari ibadah haji.

Bagaimana cara meneladani sifat Allah Ar-Razzaq? Sangat mudah, kita hanya dituntut untuk membagikan (sharing) dari sebagian rizki yang telah dianugerahkan oleh-Nya untuk para fakir miskin dan orang-orang yang lebih memerlukan.

“Dan nafkahkanlah sebagian dari apa yang Kami rizkikan kepadamu.” (QS. Al-Baqarah: 54)

Ketika perintah ini kita laksanakan, ketika kita membagikan sedikit rizki Allah kepada mereka yang berhak menerimanya, maka saat itu sesungguhnya kita sedang meneladani akhlak Allah, Ar-Razzaq. Mudah-mudahan kita bisa menjalankannya. (Hamim Thohari)

http://esq-news.com/asmaul-husna/2010/11/23/ar-razzaq-rizki-mu-tak-habis-dibagi.html


YA RAZZAQ

1. Baca 380 kali tiap-tiap hari, insha Allah ditunaikan hajatnya kepada raja atau pemerintah.

2. Baca 17 kali, insha Allah hajatnya akan dimakbulkan.

3. Baca 20 kali pada waktu pagi sebelum makan dan minum tiap-tiap pagi selama 20 hari, insha Allah akan mendapat fahaman yang dalam dan sempurna.

4. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

Salam Maal Hijrah 

Thursday, November 7, 2013

Tazkirah Jumaat 8 Nov. 2013 (4 Muharram 1435H) : KELEBIHAN HARI ASYURA - 10 MUHARRAM, PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA, KELEBIHAN PERTANIAN


Tazkirah Jumaat
8 Nov. 2013 (4 Muharram 1435H)

KELEBIHAN HARI ASYURA - 10 MUHARRAM

Insya Allah, 10 Muharram 1435H jatuh pada hari Khamis minggu hadapan, 14 November 2013 dimana kita disunatkan berpuasa.

Kita juga digalakkan berpuasa pada hari ke-9 Muharram (Rabu, 13 November 2013) yang dipanggil Puasa Tasu’a supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pengumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

http://www.utusankini.com/2012/11/kelebihan-hari-asyura-10-muharram.html


PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar Islam. Antaranya :

1. Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

2. Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakrawala.

3. Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.

4. Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.

5. Allah menjadikan Siti Hawa.

6. Allah menjadikan Syurga.

7. Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

8. Taubat Nabi Adam diterima Allah.

9. Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

10. Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.

11. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

12. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

13. Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

14. Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

15. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

16. Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.

17. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.

18. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.

19. Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

http://familiazam.com/hari_asyura.htm


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
KELEBIHAN PERTANIAN

Daripada Jabir bin Abdullah Radhiallahuanhu; beliau berkata telah bersabda Rasulullah SAW : “Tidak ada daripada seorang Muslim yang menanam satu tanaman, kecuali apa sahaja yang dimakan daripadanya itu menjadi sedekah. Apa yang dicuri orang daripadanya juga menjadi sedekah. Dan tidak diambil daripadanya oleh seseorang kecuali semuanya itu menjadi sedekah.” Dalam riwayat yang lain, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak menanam oleh seorang Muslim akan suatu tanaman, lalu tanaman itu dimakan oleh manusia atau binatang atau burung, kecuali semuanya itu menjadi sedekah baginya sehingga hari kiamat.” (Riwayat Muslim)

Keterangan:

Pertanian adalah salah satu di antara usaha yang mudah dilaksanakan oleh setiap orang. Berjasa kepada bumi ini memberikan banyak pulangan. Dengan sedikit modal sudah boleh aktiviti dijalankan. Keperluan manusia kepada hasil pertanian tidak pernah putus. Ertinya, hasil pertanian ini akan mudah menembusi pasaran.

Selain daripada itu, menanam suatu pohon itu sudah mendapat pahala walaupun hasilnya masih belum dapat dinikmati oleh pengusahanya. Walaupun hanya dimakan oleh binatang atau dicuri orang, maka itu adalah dikira sebagai satu sedekah yang akan diberikan pahalanya pada hari akhirat kelak. Jadi, orang yang bertanam ini tidak rugi sama sekali.

Oleh sebab itu, janganlah kita malas untuk bercucuk tanam kerana hasil pertanian itu bukan hanya sekadar memberikan pulangan di dunia ini, bahkan juga sebagai amal jariah yang kita akan perolehi pahala selama mana pohon yang kita tanam itu masih menghasilkan buahnya.

(Sumber: 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam)