Friday, May 31, 2013

PENGHAPUS DOSA (7) : DOA KAFARAH MAJLIS, SUNNAH HARI JUMAAT (1) : MEMBACA SURAH AS-SAJDAH DAN AL-INSAN DALAM SOLAT SUBUH, WANITA YANG MASUK NERAKA KERANA SEEKOR KUCING

Tazkirah Jumaat
31 Mei 2013 (21 Rejab 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
PENGHAPUS DOSA  (7) : DOA KAFARAH MAJLIS

“ Tiada sesiapa yang duduk dalam satu majlis yang riuh rendah kemudian dia menyebut bacaan di bawah sebelum dia meninggalkan majlis tersebut:
  
 “Maha suci Engkau, ya Allah, dan aku mengucapkan puji-pujian kepada Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku mohon ampun serta bertaubat pada Mu.” Melainkan diampunkan dosa-dosanya dalam majlis tadi.

Pengajaran : Amalkan bacaan ini selepas selesai sesuatu majlis seperti seminar, kursus,  mesyuarat dan sebagainya.


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
SUNNAH HARI JUMAAT (1) : MEMBACA SURAH AS-SAJDAH DAN AL-INSAN DALAM SOLAT SUBUH

Rasulullah Sallallahualaihiwasallam membaca dalam solat fajar (subuh) Jumaat dengan (Surah as-Sajdah) dan   (Surah al-Insan). 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran: Amalkan amalan ini setiap solat fardu Subuh pada hari jumaat.


WANITA YANG MASUK NERAKA KERANA SEEKOR KUCING

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Seorang wanita masuk Neraka karena seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.” Dalam riwayat Bukhari, “Seorang wanita disiksa karena seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka karenanya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu. Mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”

PENJELASAN HADITS

Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati karena kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kerasnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasih, niscaya dia melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang memelas meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu melemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Jika wanita ini ingin agar kucing ini tetap di rumahnya, dia mungkin saja memberinya makan dan minum yang bisa menjaga hidupnya. Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan yang menjaganya dari hidup, maka dia harus melepasnya dan membiarkannya bebas di bumi Alloh yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan yang bisa menjaga hidupnya. Lebih-lebih, Alloh telah menyediakan rizki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.

Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk Neraka. Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala Surga dan Neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.

PELAJARAN-PELAJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH HADITS

Besarnya dosa orang-orang yang menyiksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita ini masuk Neraka karena dia menjadi sebab kematian seekor kucing.

Boleh menahan binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mau, maka hendaknya melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Alloh yang luas untuk mencari rizkinya sendiri.

Di Akhirat, manusia diadzab sesuai dengan perbuatannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya.

(Sumber: Shohih al-Qoshosh karya DR. Umar Sulaiman Abdullah al-Asyqor [Dosen Fakultas Syari’ah Universitas Yordania])



TAZKIRAH

Kita sepatutnya beristighfar lebih banyak daripada Nabi saw.

Nabi saw. bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Friday, May 24, 2013

BERZIKIR SEMASA BEKERJA, PEKERJAAN YANG MULIA, KISAH TELADAN : NABI MUHAMMAD SAW DENGAN SEBIJI LIMAU, SABAR & SYUKUR

Tazkirah Jumaat
24 Mei 2013 (14 Rejab 1434H)


BERZIKIR SEMASA BEKERJA

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan, tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan.   Walaupun mudah tetapi ramai yang gagal melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian. Punca atau sebab selalu terlupa berzikir adalah kerana lalai dan kerana tidak dibiasakan amalan berzikir.

Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)

Demikianlah amalan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah diucapkan.

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/10/berzikir-semasa-bekerja.html


PEKERJAAN YANG MULIA

Pada zaman Rasulullah ada seorang wanita kulit hitam yang bernama Ummu Mahjan. Dia selalu melapangkan masa untuk kerja membersihkan masjid.

Ummu Mahjan kemudiannya meninggal dunia dan dikebumikan. Selang beberapa hari, apabila Rasulullah lalu di kuburnya, barulah dikhabarkan bahawa kubur tersebut ialah kubur Ummu Mahjan. Rasulullah menegur para sahabat yang tidak memaklumkan kepadanya tentang kematian Ummu Mahjan. Lalu Rasulullah berdiri dan solat jenazah di atas kuburnya. Sesudah itu Rasulullah menyeru Ummu Mahjan dari atas kuburnya. Sabdanya "Assalaamu'alaikum, ya Ummu Mahjan! Pekerjaan apakah yang paling bernilai dalam amalanmu?"

Rasulullah diam sejenak. Kemudian baginda bersabda, "Dia menjawab bahawa pekerjaan membersihkan masjid adalah pekerjaan yang paling bernilai di sisi Allah. Allah berkenan mendirikan rumah untuknya di syurga dan dia kini beristirehat di dalamnya."

Teladan: Sesungguhnya perkerjaan membersih, mengemas, mengurus dan mengimarah masjid adalah suatu pekerjaan mulia dan mempunyai jaminan ganjaran yang tinggi di sisi Allah. Janganlah biarkan jaminan Allah ini direbut oleh pegawai dan jawatankuasa masjid sahaja. Sepatutnya kelapangan masa yang ada patutlah diguna untuk kerja di atas sebagai bekalan untuk kita kembali kepada Allah. Daripada bersenam kerana nak mengelurkan peluh, nak sihat dan nak panjangkan umur, bukankah lebih baik datang membersihkan masjid, berpeluh pun boleh, sihat pun boleh, jaminan ganjaran di sisi Allah pun dapat.

http://kisahkehidupan.webs.com/kisahteladan.htm


KISAH TELADAN : NABI MUHAMMAD SAW DENGAN SEBIJI LIMAU

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

http://umidanishku.blogspot.com/2011/04/kisah-teladan-nabi-muhammad-saw-dengan.html


SABAR & SYUKUR

Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)."  (HR. Muslim)

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/06/sabar-syukur.html
SELAMAT BERCUTI

Thursday, May 16, 2013

PENGHAPUS DOSA (6) : MUSIBAH, 15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK


Tazkirah Jumaat
17 Mei 2013 (7 Rejab 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
PENGHAPUS DOSA  (6) : MUSIBAH

“Tiada sesuatu pun yang menimpa seorang Mukmin sama ada berupa keletihan, kelelahan, kesakitan, kesedihan hatta kebimbangan melainkan dengannya Allah hapuskan sebahagian dosa-dosanya.” (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Pengajaran: 
- Kesusahan merupakan kafarah buat kita.
- Janganlah mengeluh dengan kesusahan yang menimpa tetapi perbanyakkan tahmid dan istighfar ketika menghadapinya.


15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung.

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

https://www.facebook.com/TazkirahOnline

PENGHAPUS DOSA (5) : BERWUDUK, IN SHAA ALLAH, KELEBIHAN BULAN REJAB, KISAH KAPAL TITANIC TENGGELAM TERMAKTUB DI DALAM SURAH YASSIN

Tazkirah Jumaat
10 Mei 2013 (29 Jamadil Akhir 1434H)


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

PENGHAPUS DOSA  (5) : BERWUDUK 

“Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik mungkin, maka akan keluarlah dosa-dosa  daripada tubuhnya hatta terkeluar juga dari bawah jari-jarinya.” (Riwayat Muslim)

Pengajaran : Berwuduk dengan sempurna akan menghapuskan dosa.


TAZKIRAH : IN SHAA ALLAH.

Diriwayatkan pada satu hari beberapa penduduk Mekah datang berjumpa Nabi saw. untuk bertanyakan mengenai roh, kisah ashabul kahfi. Nabi saw. lalu menjawab, "Datanglah esok pagi untuk aku menjawabnya".

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi saw. dan gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan.

Maka turun wahyu ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi. "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada hari esok", kecuali (dengan menyebut) "In shaa Allah" . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (Al Kahfi 23-24)

Sebutan "in shaa Allah" bererti "jika Allah mengkehendaki" atau "dengan izin Allah".

Kita dikehendaki untuk menyertakan ungkapan "in shaa Allah" dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan. Allah hendak kita sedar bahawa kita tiada kuasa untuk memastikan kejayaan sesuatu yang ingin kita lakukan. Allah hendak kita sedar dan ingat kepada kekuasaanNya. In shaa Allah.


KELEBIHAN BULAN REJAB

1 Rejab bersamaan Sabtu 11 Mei 2013. Adalah malam 1 Rejab..

Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Jadi, perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. In shaa Allah.

KISAH KAPAL TITANIC TENGGELAM TERMAKTUB DI DALAM SURAH YASSIN

Ucaplah ''Subhanallah..''. Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.

Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44, AllahuAkhabar!!:

41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J. Smith.

''Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah sayapun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..''.Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan. ''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic. Subhanallah.

https://www.facebook.com/pages/TazkirahRenunganMotivasi-hari-ini/


SOLAT TAHAJJUD

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” - Surah Al-Israa'; ayat 79.

https://www.facebook.com/pages/TazkirahRenunganMotivasi-hari-ini/

PENGHAPUS DOSA (4) : BERSYUKUR , KISAH 3 LELAKI DALAM MAJLIS ILMU


Tazkirah Jumaat
3 Mei 2013 (22 Jamadil Akhir 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
PENGHAPUS DOSA  (4) : BERSYUKUR 

“Sesiapa yang makan satu juadah kemudian dia mengucapkan:


‘Alhamdulillah yang memberikan aku makan dengan ini, merezekikannya tanpa daya dan upaya daripadaku’, maka diampunkan semua dosa lampaunya.” (Riwayat Abu Daud)

Pengajaran: Bersyukurlah setiap kali lepas makan, kerana ia akan menghapuskan dosa.


KISAH 3 LELAKI DALAM MAJLIS ILMU

Tiada batas usia untuk perbaiki kelemahan diri

ADA kala berlabuh juga perasaan malu di hati kerana memaksa diri untuk mendalami ilmu agama pada usia senja. Sebenarnya dalam agama tidak ada istilah malu atau seumpamanya jika kita bertekad untuk mempelajarinya.

Sikap yakin mesti ditanam sepenuhnya dalam diri bahawa inilah masa terbaik untuk melaksanakan niat setelah sekian lama tertangguh. Faktor umur usah dijadikan alasan untuk mengelak diri daripada mempelajari ilmu agama.

Bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya. - Surah An-Nahl, Ayat 43

Ingatlah bahawa tempoh untuk kita tidak terhad dan terbatas. Islam menetapkan untuk kita bertanyakan sesuatu yang kita tidak tahu dalam hal agama kepada mereka yang lebih tahu.

Firman Allah yang bermaksud: “Bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya.” (Surah An-Nahl, ayat 43).

Apa yang lebih utama ialah perbetulkan niat untuk mempelajari ilmu agama seikhlasnya demi kerana Allah dan Rasul-Nya. Ingat tujuan sebenar kita menuntut ilmu untuk keluar daripada kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya.

Kisah tiga lelaki dalam majlis ilmu yang dikendalikan Rasulullah SAW boleh dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang berminat mendalami ilmu agama dan khabar dibawa Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dalam proses pencarian ilmu keagamaan.

Daripada Abi Waaqid Allaithy menceritakan, sewaktu Rasulullah SAW berada dalam majlis ilmu di masjid bersama sahabatnya, datang tiga lelaki, lalu dua orang terus menyertai majlis ilmu itu manakala seorang lagi berlalu begitu saja (tanpa menyertainya).

Sewaktu kedua-dua orang itu berada dekat halaqah, salah seorang daripada mereka terlihat ruang kosong lalu dia duduk di situ, manakala seorang lagi duduk jauh di belakang. Lelaki yang ketiga beredar.

Apabila Rasulullah SAW selesai mengendalikan pengajian lalu Baginda bersabda: “Mahukah kalian aku khabarkan mengenai hal orang bertiga itu? Yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itu dia berasa malu (tidak bersungguh-sungguh) maka Allah juga malu daripadanya (yakni tidak memberinya ilmu yang banyak) dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya (tidak mengendahkannya).”

Daripada Abi Musa, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan hidayah dan ilmu yang aku bawa daripada Allah adalah bagaikan hujan yang lebat menimpa bumi; maka ada bahagiannya yang subur dan mudah menyerap air, lalu tumbuhlah pokok dan rumput yang banyak, dan ada pula bahagiannya yang keras hanya menakung air tetapi tidak menyerap, lalu manusia dapat mengambil manfaat daripadanya seperti minum, menyirami dan mengairi tanaman, dan ada pula bahagian yang lain iaitu bahagian tanah yang sama sekali tidak menerima air dan tidak pula tumbuh tanaman (diatasnya).”

Itu adalah perumpamaan (untuk) orang yang memahami agama Allah, dia dapat mengambil manfaat daripada apa yang diberikan Allah kepadaku, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya (kepada orang lain); dan perumpamaan (untuk) orang yang tidak mengangkat kepala dengan itu; dan (perumpamaan untuk orang) yang tidak menerima hidayah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepadaku.” (Hadis sahih, Muttafaq ‘Alaihi).

Antara ilmu yang utama ialah ilmu yang diwahyukan kepada Rasul-Nya. Ilmu agama ini diturunkan Allah Taala dengan dua tujuan iaitu mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan Allah Taala.

Keduanya, dengan ilmu agama ini diajarkan adab dan peraturan yang mesti diamalkan seseorang dalam hubungannya dengan Allah demi mencapai keredaan-Nya. Matlamatnya jelas untuk kebahagiaan di dunia dan mendapat balasan sebaik-baiknya di akhirat kelak.

Letakkan niat yang baik supaya dapat memperbaiki diri dengan menambah pengetahuan dalam ilmu agama bagi memudahkan urusan amal ibadah.

Daripada Ka’ab bin Malik, katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) bertujuan untuk menyaingi ulama atau berbahas dengan orang jahil atau supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah).

https://www.facebook.com/harlina399

PENGHAPUS DOSA (3) : BUAT YANG TERBAIK PADA HARI JUMAAT, SEMBAHYANG MEMADAMKAN DOSA-DOSA KECIL, SURUHLAH KELUARGAMU SEMBAHYANG


Tazkirah
26 April 2013 (15 Jamadil Akhir 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
PENGHAPUS DOSA  (3) : BUAT YANG TERBAIK PADA HARI JUMAAT

“Tidak ada seorang yang mandi sempena hari Jumaat, membersihkan diri sebersih mampunya, memakai minyak rambut kemudian dia solat dan senyap semasa imam berkhutbah, melainkan Allah mengampunkan semua dosanya antara hari itu dengan hari jumaat yang akan datang.” (Riwayat al Bukhari)

Pengajaran : Pada hari jumaat amalan membersihkan diri dan berwangi-wangi akan    menghapuskan dosa kita dari jumaat ini ke jumaat yang akan datang.


SEMBAHYANG MEMADAMKAN DOSA-DOSA KECIL

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarah (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar. (Riwayat Muslim)

Dosa-dosa yang dihapuskan adalah dosa-dosa kecil kerana dosa-dosa besar memerlukan istigfar (mohon ampun) atau taubat. Selain itu dosa-dosa yang diampunkan hanyalah dosa dengan Allah SWT sahaja. Dosa sesama manusia perlu dimaafkan oleh manusia itu sendiri.

Dari Anas r.a. katanya “Seorang laki-laki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya, Rasulullah! Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diriku. (hukumlah aku)!” Kata Anas, “Ketika itu telah masuk waktu sembahyang, maka dia sembahyang berjemaah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Setelah selesai sembahyang, dia berkata lagi kepada Baginda, “Ya, Rasulullah!. Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diriku sesuai dengan Kitab Allah.”. Tanya Rasulullah s.a.w. “Apakah engkau tadi sembahyang berjemaah bersama-sama kami?. Jawabnya “Ya!”. Sabda Rasulullah s.a.w. “Nescaya Allah mengampuni engkau.”

Bahwa seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu orang datang menemui Nabi saw. untuk menceritakan hal itu kepada beliau. Maka turunlah ayat: Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapus dosa perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang mau ingat. Lelaki itu bertanya: Apakah ayat ini untukku, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. bersabda: Untuk siapa saja di antara umatku yang melakukan hal itu. (Shahih Muslim No.4963)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/04/21/sembahyang-memadamkan-dosa-dosa-kecil


SURUHLAH KELUARGAMU SEMBAHYANG

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya…..  (TaHa:132).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang.

Para bapa dan suami bertanggungjawab ke atas anak dan isteri mereka. Mereka juga menanggung dosa anak dan isteri sekiranya tidak diberi didikan dan nasihat.

At-Tahrim [6[ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka....

At-Taghabun [14] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.

An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Memukul anak itu pula bukanlah untuk menyeksa, ia cuma sekadar untuk menggerunkan.

Isteri pula mendapat separuh daripada pahala amalan yang dilakukan oleh suaminya. Misalnya sekiranya seorang suami keluar untuk pergi sembahyang berjemaah di masjid atau menuntut ilmu, maka isterinya yang berada di rumah mendapat separuh dari pahala suaminya (jika isteri itu tidak menentang atau membantahnya) ….dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

Al-Baqarah [45]….sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/04/21/suruhlah-keluargamu-sembahyang

PENGHAPUS DOSA (2) : QIAMULLAIL, UCAPKANLAH ALHAMDULILLAH, CUKUP ITU BERAPA.......?????


Tazkirah Jumaat
19 April 2013 (8 Jamadil Akhir 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
PENGHAPUS DOSA (2) : QIAMULLAIL

“ Setiap malam Allah turun ke langit dunia tatkala malam berbaki sepertiga lagi. Allah menyeru: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku sahutnya. Siapa yang meminta kepada ku pasti Aku berikannya. Sesiapa yang memohon keampunan pasti Aku ampuninya.” (Hadis riwayat al Bukhari)

Pengajaran :

Dianjurkan kita bangun seawal 3 pagi.

Walaupun sekadar 2 rakaat solat sunat.

Mohonlah keampunan kepada Allah pada waktu tersebut.


UCAPKANLAH ALHAMDULILLAH

Ajarlah anak-anak comel kita untuk sentiasa mengucapkan Alhamdulillah.

Ucapkan alhamdulillah, bila Anda berjaya menyiapkan kerja dan tugasan Anda hari ini.Bersyukurlah kerana Anda diberi ilham, ruang masa dan curahan tenaga oleh Allah s.w.t. untuk menyiapkan semuanya.

Alhamdulillah Penyebar Jiwa Positif!

Ucapkan alhamdulillah, bila Anda baru balik dari kerja, selamat sampai di rumah dan di sambut oleh hilai tawa keluarga Anda. Bersyukurlah kerana Anda masih ada peluang mendengar kegirangan mereka, melihat cerianya wajah mereka dan menyentuh lembut kepala mereka. Hilai tawa mereka, kebahagiaan buat Anda.

Ucap alhamdulillah dalam bila Anda bertemu suami/isteri Anda dan sempat menatap senyuman manis di bibirnya. Beruntung Anda kerana ada kekasih seperti dia! Alhamdulillah...

Ucapkan alhamdulillah di saat Anda mahu melelapkan mata, ucap tahniah pada diri Anda kerana berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari yang sebelumnya. Anda sempat beribadah, beramal dan menambah pahala.

Alhamdulillah, satu lagi kecemerlangan kecil tercipta!!

Ucapan Pujian Komunikasi yang Terulung

Ucapan " ALHAMDULILLAH " Ertinya : " Segala puja-puji hanyalah untuk Allah " ataupun " Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah ". Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala ni'mat yang Allah Ta'ala berikan kepada kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah, Ertinya : "Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan " Surah al-'Aaraf , ayat 43

Dan tentunya Surah yang kita baca setiap hari setiap kali solat: Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Surah Al-Fatihah: Ayat 2.

https://www.facebook.com/harlina399


CUKUP ITU BERAPA.......?????

Sahabatku.... Alkisah, seorang petani menemukan sebuah mata air ajaib. Mata air itu bisa mengeluarkan kepingan uang emas yang tak terhingga banyaknya. Mata air itu bisa membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun yang diinginkannya, sebab kucuran uang emas itu baru akan berhenti bila si petani mengucapkan kata "cukup".

Seketika si petani terperangah melihat kepingan uang emas berjatuhan di depan hidungnya. Diambilnya beberapa ember untuk menampung uang kaget itu. Setelah semuanya penuh, dibawanya ke gubug mungilnya untuk disimpan disana. Kucuran uang terus mengalir sementara si petani mengisi semua karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya. Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya. Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalir hingga akhirnya petani itu mati tertimbun bersama ketamakannya karena dia tak pernah bisa berkata cukup.

Sahabatku, Kata yang paling sulit diucapkan oleh manusia barangkali adalah kata "cukup". Kapankah kita bisa berkata cukup? Hampir semua pegawai merasa gajinya belum bisa dikatakan sepadan dengan kerja kerasnya. Pengusaha hampir selalu merasa pendapatan perusahaannya masih dibawah target. Istri mengeluh suaminya kurang perhatian. Suami berpendapat istrinya kurang pengertian. Anak-anak menganggap orang tuanya kurang murah hati. Semua merasa kurang dan kurang. Kapankah kita bisa berkata cukup...?

Cukup bukanlah soal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan hati. Cukup hanya bisa diucapkan oleh orang yang bisa mensyukuri. Tak perlu takut berkata cukup. Mengucapkan kata cukup bukan berarti kita berhenti berusaha dan berkarya. "Cukup" jangan diartikan sebagai kondisi stagnasi, mandeg dan berpuas diri.

Mengucapkan kata cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sulit berkata cukup. Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia.

Belajarlah untuk bersyukur dan berkata "Cukup"... (jangan tamak sbb kita x membawanya ke liang lahad)

https://www.facebook.com/harlina399

PENGHAPUS DOSA (1) : ZIKIR SEMASA MENDENGAR AZAN, JANGAN TINGGAL SOLAT, NIKMAT AHLI KUBUR

Tazkirah Jumaat
12 April 2013 (1 Jamadil Akhir 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
PENGHAPUS DOSA  (1) : ZIKIR SEMASA MENDENGAR AZAN


“Sesiapa yang menyebut ketika mendengar azan ;



maka diampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Muslim). Pengajaran:  Amalkannya setiap kali mendengar azan berkumandang disamping kita menjawab setiap lafaz muazzin.


JANGAN TINGGAL SOLAT

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.

Huraian Hadith:

1. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

2. Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.

3. Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

4. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.

https://www.facebook.com/harlina399


NIKMAT AHLI KUBUR
Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar ke kuburan, kemudian mengerjakan solat dua rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang. Selepas solat, tiba-tiba dia mengantuk dan melihat penghuni kubur keluar bercakap dengannya.

“Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan olehku. Padahal dua rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan seisinya ini.” kata salah seorang ahli kubur.

“Kuburan siapa saja yang ada di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim.” jawab ahli kubur.

“Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan itu.” jawab ahli kubur sambil menunjuk pada sebuah kuburan yang ada di situ.

Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.

Harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah. Tiba-tiba ahli kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam keadaan gembira.

“Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?” tanya Mutraf.

“Mereka mengatakan bahawa diriku demikian.” jawabnya.

“Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang paling mulia?”

Ahli kubur yang masih muda belia itu menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi telah banyak mengerjakan ibadah haji dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap kali aku ditimpa musibah. Aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah yang menyebabkan aku memperolehi kumuliaan tersebut.”

https://www.facebook.com/harlina399