Thursday, August 9, 2012

SELAWAT MEMBAWA BERKAT (HADIS), MALAM YANG SANGAT ISTIMEWA, WAKAF AL QURAN


Tazkirah Jumaat
10 Ogos 2012 (21 Ramadhan 1433H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW : SELAWAT MEMBAWA BERKAT
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

Daripada Abu Darda’ r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “

(Riwayat at Tabarani)

Masa sesuai untuk berselawat:

1. Sesudah laungan azan.
2. Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid.
3. Dalam solat jenazah.
4. Dalam takbir-takbir hari raya.
5. Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat.
6. Pada awal dan akhir bacaan doa.
7. Pada malam dan siang hari jumaat.
8. Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut.
9. Ketika orang menyebut nama Rasulullah S.A.W.
10. Setiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain-lain.

 (Sumber: Majalah Gen-Q Isu-12)


MALAM YANG SANGAT ISTIMEWA

Malam Lailatul Qadar adalah Malam Penetapan Kadar Takdir, Malam Diturunkan Al-Quran Secara Sekaligus Ke Langit Dunia, Malam Pengampunan, Malam Kenaikan Pangkat, Malam Yang Tenang dan Malam Ganjil 10 Akhir Ramadhan.

Malam Penetapan Kadar Takdir

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (Al-Qadr:4)

Malam Lailatul Qadr itu afdhal dari segala malam di dalam setahun. Malam Lailatul Qadr ialah malam penetapan kadar iaitu takdir seperti kadar rezeki seseorang manakala malam Nisfu Syaaban ialah malam diserahkan buku yang mengandungi perkara yang ditakdirkan itu kepada malaikat yang menjaganya. Inilah dua malam yang sangat istimewa dalam Islam.

Malam Diturunkan Al-Quran

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr:1)

Malam Lailatul Qadr juga ialah malam diturunkan AL-Quran secara sekaligus dari Loh Mahfuz ke langit Baitul Izzah. Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yang dihadapinya,

Dukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

Malam Kenaikan Pangkat

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (Al-Qadr:2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr:3)

Lailatul Qadar adalah merupakan satu hadiah Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. Lailatul Qadar adalah makhluk Allah. Malam ini diturunkan atau dijadikan Allah untuk meningkatkan kedudukan atau pangkat manusia kerana siapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat atau memikirkan kebesaran Allah, dia mendapat pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 84 tahun.

Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Malam Pengampunan

Berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar. Allah akan beri hadiah yang besar kepada mereka yang mencarinya dan ia juga adalah satu hadiah. Allah akan pertemukan mereka yang mencarinya, hargailah malam ini. Sekirnya bertemu dengannya, berdoalah seperti yang diajar oleh Rasulullah kepada Aisyah r.a. Siti Aisyah r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatul Qadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang terawih.

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Namun siapa yang tidak bertemu dengannya, dia tetap mendapat pengampunan daripada Allah asalkan dia berusaha untuk mendapatkannya. Tidak ada ruginya sesiapa yang mencari Lailatul Qadar samada dia mendapatnya atau tidak, dia tetap beruntung.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Malam Yang Tenang

Lailatul Qadar adalah satu suasana, iaitu suasana yang sepi. Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))

Malam-Malam Ganjil 10 AKhir Ramadhan

Majoriti ulama berpendapat ia berlaku pada bulan Ramadahan, walaupun ada sahabat yang bertemu dengannya di luar Ramadhan. Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir. Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah mendapat tahu dari Malaikat Jibril tentang bilakah malam Lailatul Qadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih (bertengkar) sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/08/09/malam-yang-sangat-istimewa/


WAKAF AL QURAN

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di halkum. Dalam keadaan tersebut barulah engkau berkata: Berikannya kepada Si Polan ini dan Si Polan itu. Sememangnya itu adalah hak Si Polan. (Hadis Dalam Sahih Muslim).

Rasulullah SAW telah bersabda lagi ; Maksudnya: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan.” (Hadith Tirmidzi dari Anas).

Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]

ALANGKAH NIKMATNYA BERSAHUR (HADIS), PUASA YANG BERKUALITI, WAKAF AL QURAN

Tazkirah Jumaat
3 Ogos 2012 (14 Ramadhan 1433H)

MOTIVASI HADIS NABI SAW : ALANGKAH NIKMATNYA BERSAHUR
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

Diriwayatkan daripada Abu Saud al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

“Makan sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya, walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air. Sesungguhnya, Allah Azzawajalla dan para Malaikat-Nya berselawat (rahmat daripada Allah S.W.T dan doa memohon pengampunan daripada Malaikat) atas mereka yang bersahur.” (Riwayat Ahmad)

Tip-tip bersahur 

1. Minum air masak atau air mineral secukupnya.

2. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi (1-2 hidangan)

3. Elakkan pengambilan gula yang tinggi.

4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berempah.

5. Kurangkan minuman berkafein (seperti kopi, teh, minuman kola)

6. Berus gigi selepas makan terutama selepas bersahur.

7. Amalkan senaman ringan (seperti: regangan, berjalan)

8. Tidur atau rehat yang cukup.

(Sumber: Majalah Gen-Q isu 12 (Petikan buku AYUH BERSAHUR hasil tulisan Amly Asenar terbitan Telaga Biru Sdn BHD) )


PUASA YANG BERKUALITI

Puasa yang berkualiti ialah puasa yang dijaga pantang-larang dan disiplinnya. Terdapat dua kategori disiplin (pantang larang) dalam ibadat puasa iaitu disiplin fizikal dan disiplin spiritual.

1) Disiplin Fizikal – menahan diri dari makan, minum dan melakukan seks disiang hari.

2) Disiplin Spiritual (Rohani) – menahan diri dari perbuatan keji seperti:-

a) Menjaga mulut dari bercakap benda yang dilarang, mengumpat,
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

b) Menjaga mata dari melihat benda yang dilarang

c) Menjaga telinga dari mendengar benda yang dilarang seperti umpatan, muzik.

d) Menjaga anggota lain dari sebarang perkara mungkar, kaki dari menuju ke tempat maksiat.

e) Sah puasa jika kita hanya menjaga disiplin “fizikal” sahaja, cuma tidak berpahala. Lagipun Nabi menyuruh kita agar menjaga kedua-dua disiplin fizikal dan spiritual puasa.

Puasa yang Rugi (Tidak Berkualiti)

Ramai orang yang berpuasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/08/02/puasa-yang-berkualiti/


WAKAF AL QURAN

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di halkum. Dalam keadaan tersebut barulah engkau berkata: Berikannya kepada Si Polan ini dan Si Polan itu. Sememangnya itu adalah hak Si Polan. (Hadis Dalam Sahih Muslim).

Rasulullah SAW telah bersabda lagi ; Maksudnya: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan.” (Hadith Tirmidzi dari Anas).

Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]