Thursday, February 23, 2012

MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (9), BANYAKKAN BERSELAWAT, MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG LAPAR, RASULULLAH MENJAWAB SALAM DAN SELAWAT KITA

Tazkirah Jumaat
27 Jan 2012 (1 Rabiul Awal 1433H)

MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W
(Oleh: Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur)

APAKAH SEBENARNYA HUKUM MEROKOK? DULU DENGARNYA MAKRUH, SEKARANG HARAM PULA, KENAPA?

Hadis riwayat Abu Daud di dalam sunannya, katanya: “Harun bin Abdullah menceritakan kepada kami, katanya, Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, katanya, Yunus bin Ishak menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Abu Hurairah r.a katanya : “Rasulullah SAW melarang mengambil ubat-ubatan yang keji.” (Hadis Sahih)

Merujuk kepada buku Isu-isu Fiqh Perubatan Semasa oleh al Syeikh Walid bin Rasyid al Su’aidan terjemahan oleh Dr. Basri bin Ibrahim al Hasani al Azhari, terbitan al Hidayah. Isu diatas dapat dikupas berdasarkan hadis tadi dan ayat al Quran Surah al Baqarah ayat 195 “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan…”, Surah al A’raf ayat 157 “Dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk” dan surah al Isra’ ayat 26-27 “Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”

Berdasarkan dalil-dalil tadi dapatlah:

1. Berdasarkan kesepakatan doktor yang bijaksana lagi dipercayai, merokok termasuk dalam punca-punca yang menyebabkan kebinasaan tanpa keraguan.

2. Merokok adalah satu pembaziran yang memusnahkan keluarga dan ekonomi.

3. Ubat yang keji pun syarak melarangnya apatah lagi mengambil ibu segala kekejian iaitu rokok.

Akhirnya kembali kepada persoalan diatas, jawapan bagi HUKUM MEROKOK adalah HARAM tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Kajian ini belum didapati oleh ulama terdahulu ketika menghukumnya MAKRUH.

Pesanan: Buat penjual rokok, ketahuilah bahawa salah satu punca rezeki dan perniagaan anda tidak berkat ialah kerana menjual rokok. Untuk apa keuntungan seringgit dua jika ia boleh menghancurkan anak bangsa. Buat perokok, berusahalah sehabis daya untuk berhenti merokok. Merokok itu kehinaan.

(Sumber: Info Fiqh Medik dalam Novel Denyut Kasih Medik oleh Dr. Farhan Hadi.)

BANYAKKAN BERSELAWAT

Buatlah jadual harian untuk berselawat ke atas Nabi, samada di waktu pagi atau petang atau bila-bila masa sahaja.

Orang yang paling diutamakan di Alam Mahsyar nanti ialah orang yang paling banyak berselawat. Di dunia dia mungkin seorang hamba, tetapi di syurga dia menjadi tetamu Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Hadis Riwayat Ibn Mas’ud r.a)

Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya syafaatku untuk ummatku yang melakukan dosa-dosa besar (kecuali mereka yang mati dalam keadaan syirik dan tidak bertaubat darinya).

Rasulullah s.a.w. akan hadir dan berada dekat semasa timbangan amal dilakukan ke atas umatnya. Jika timbangan dosa mereka lebih berat dari amalan, maka Baginda akan meletakkan sesuatu sebesar jarinya untuk memberatkan timbangan amalan. Jika ianya masih tidak mencukupi maka Baginda akan memberikan syafaat (recommendation).

Lafaz selawat yang paling afdhal adalah seperti yang diucapkan semasa tahiyyat dalam sembahyang kerana itulah lafaz yang diajarkan oleh Baginda.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/02/04/jadikan-selawat-sebagai-amalan-harian/

MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG LAPAR

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya pahala yang diperolehi oleh orang yang memberi makan serta bersyukur sama pahalanya dengan pahala yang diperolehi oleh orang yang berpuasa serta bersabar” (Riwayat Hakim melalui Abu Hurairah r.a)

Orang yang berpuasa dan bersabar semasa lapar dan tidak merintih kelaparan besar pahalanya. Manakala mereka yang memberi makan kepada orang yang lapar akan diberikan pahala sama seperti orang yang sabar semasa berpuasa.

Memberi makan kepada orang yang lapar sangat istimewa balasannya daripada Allah SWT.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.” (at-Tirmidzi)

Oleh itu sekiranya ada orang miskin yang lapar, ajaklah mereka makan dan belanjalah mereka. Sebaiknya bawa mereka ke tempat makan atau belikan apa yang mereka suka makan. Ini lebih baik daripada memberi wang kerana jika kita beri wang, mungkin mereka tidak menggunakan kesemuanya untuk makan dan kita tidak akan mendapat kelebihan memberi makan kepada orang yang lapar.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/02/02/memberi-makan-kepada-orang-yang-lapar/

RASULULLAH MENJAWAB SALAM DAN SELAWAT KITA

Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda “Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga aku dapat menjawab salam orang itu” (Riwayat Abu Daud). Rasulullah s.a.w. menjawab sendiri salam dan selawat orang yang menziarah maqam Baginda di Masjid Nabawi, Madinah. Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat Nabi-Nabi hidup di Alam Barzakh, walaupun jasadnya mati tapi jisim halusnya (roh) masih hidup dan menjelma di alam nyata. Rasulullah tidak mati, cuma Baginda diwafatkan iaitu ditamatkan tugasnya. Seperti disebut dalam hadith “Al-auliyaa la yamut”, wali-wali itu tidak mati. Jika para wali tidak mati, apatah lagi para nabi. Roh Rasulullah s.a.w. dikembalikan kepada jasad Baginda untuk menjawab salam kita. Bahkan jasad para nabi tidak hancur.

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekelian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dalam hadith yang lain pula disebut: “Sesiapa yang berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan dia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)

Orang yang berselawat dari jauh pula disampaikan salam itu oleh Malaikat “Sayyahun”, malaikat yang tugasnya adalah melancong dan menghadiri majlis ilmu dan zikir. Salam juga adalah salah satu daripada pintu syurga. Selepas sembahyang Rasulullah s.a.w. mengajar kita berwirid “Allahumma antas-Salam…

Dari Tsauban,dia berkata” “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”

Abu Hurairah r.a meriwayatkan katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/02/20/rasulullah-menjawab-salam-dan-selawat-kita/

Thursday, February 16, 2012

MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (8) : KEMAAFAN MENAMBAH KEMULIAAN, JADIKAN SELAWAT SEBAGAI AMALAN HARIAN

Tazkirah Jumaat
17 Feb 2012 (24 Rabiul Awal 1433H)

MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (8)
(Oleh: Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur)

KEMAAFAN MENAMBAH KEMULIAAN

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak akan berkurangan harta dengan bersedekah, tidak akan bertambah ke atas seseorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no. 2588)

Di antara faedah sifat pemaaf ialah:

1. Menunjukkan satu ciri akhlak yang mulia.

2. Dalil kepada kesempurnaan iman dan Islam yang baik.

3. Tanda kepada orang yang berlapang dada dan berbaik sangka.

4. Hasil daripada cintakan sesama manusia.

5. Selamat dari fitnah dan terpelihara daripada tergelincir.

6. Menunjukkan kepada kesempurnaan dan kemuliaan jiwa.

7. Sebagai satu persediaan sebuah masyarakat kepada suasana yang baik dan kehidupan yang lebih afdhal.

8. Sebagai satu jalan cahaya dan hidayah kepada orang bukan Islam.

9. Mendapat kebaikan dunia dan akhirat kerana manusia suka kepada orang yang tenang dan suka memberi kemaafan.

(Dipetik dari artikal: Dr. Abdul Basit Abd Rahman, Mimbar Utama, Majalah I, Februari 2012)

http://mohamadrazi.blogspot.com/2012/02/motivasi-dari-hadis-nabi-muhammad-saw.html

JADIKAN SELAWAT SEBAGAI AMALAN HARIAN

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzab: 56)

Allah SWT berselawat adalah bermaksud Allah mencucuri rahmat ke atas Rasulullah s.a.w. Malaikat dan orang yang beriman pula, apabila berselawat, ia bermaksud mendoakan dan memohon agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Nabi kita Muhammad s.a.w. Maksud rahmat ialah kasihan belas Allah SWT.

Dalam ayat tersebut, kita (orang beriman) diperintahkan oleh Allah SWT supaya berselawat kepada Nabi, sehinggakan apabila khatib berkhutbah menyebut “Sollu”, dalam khutbah Jumaat, maka kita berselawatlah ke atas Baginda secara perlahan.

Kewajiban berselawat ialah sekali seumur hidup, sepertimana melafazkan dua kalimah syahadah. Jika seseorang berselawat dengan satu (1) kali selawat ke atas Baginda Mulia, seseorang itu akan mendapat ganjaran pahala sebanyak 10 kali.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (Riwayat Al Baihaqi)

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan. (Hadis Riwayat Ahmad).

Sesiapa yang berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan dia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)

Tawaduknya Rasulullah s.a.w.

Hakikatnya Baginda tidak perlu kepada selawat kita dan cukuplah selawat daripada Allah SWT, tetapi beginilah tawadduk dan mulianya akhlak nabi kita ini.

Al-Qalam [4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah meminta Sayyidina Umar berdoa untuknya semasa beliau mengerjakan ibadat umrah, begitulah tawadduknya Baginda Mulia.

Dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa Umar bin al-Khattab berkata: Ertinya: “Aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahualaihi wasallam untuk melakukan umrah. Nabi mengizinkan dan bersabda: Wahai Saudaraku, sertakan kami dalam doamu (ketika menunaikan umrah), janganlah engkau lupakan kami.”(Riwayat At-Tirmizi)

Baginda Mulia juga meminta kita mendoakannya selepas mendengar azan:

Sesiapa yang mendengar azan dan membaca doa (yang bermaksud….“Wahai Allah, dengan berkat seruan yang sempurna ini dan dengan berkat sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud“, dia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. (Riwayat dari Jabir Bin Abullah.)

Baginda tetap meminta kita berdoa untuknya walaupun Baginda telah diampunkan:

Al-Fath [2] Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

Berselawat dan membaca quran dalam keadaan lalai sekalipun, tetap diberikan pahala.

“Sesiapa yang membaca Al-Quran dan melafazkan selawat secara lalai, Allah masih memberi gandaan pahala setinggi bukit dan malaikat masih mendoakan kebaikan bagi si pembaca”.

Sebaliknya doa yang dilakukan secara lalai tidak diterima oleh Allah SWT.

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”. (Hadith riwayat al-Tirmidzi)

Apatah lagi jika selawat dan baca quran itu dilakukan dengan secara khusyuk atau “hadir hati” (ingat pada Allah), maka sudah tentu lebih besar pahalanya. Oleh itu bersihkan hati dan berselawatlah dengan ikhlas.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/02/04/jadikan-selawat-sebagai-amalan-harian/

Thursday, February 9, 2012

MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (7), JANGAN LALAI, INGAT ALLAH AGAR TIDAK RUGI

Tazkirah Jumaat
10 Feb 2012 (17 Rabiul Awal 1433H)

MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (7)
(Oleh: Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur)

UJIAN BAGI UMAT NABI MUHAMMAD SAW

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” (Riwayat at-Tirmizi)

Penerangan:

Kekayaan, kemewahan dan pangkat dapat mengubah pendirian seseorang. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat.

Pemberian serta nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah bentuk ujian daripada Allah SWT untuk menilai sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah.

Setiap individu perlu berwaspada supaya tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah, sebaliknya menjadikan nikmat itu sebagai faktor kekuatan serta pendorong melakukan lebih amal soleh dan kebajikan.

Golongan seperti itu pastinya akan beruntung di dunia dan mendapat ganjaran besar di akhirat kelak.

JANGAN LALAI, INGAT ALLAH AGAR TIDAK RUGI

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Munafikun:9)

Dalam ayat ini Allah s.w.t. mengingatkan kita supaya tidak lalai daripada mengingatiNya kerana urusan harta dan keluarga.

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan kepada para sahabatnya tentang pengaruh harta dalam urusan ibadat mereka:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw. melihat kepadanya, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada
di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. (Riwayat Tirmizi)

Ada manusia yang memberi alasan dia sibuk kerana ada urusan kerja atau perniagaannya, tetapi tidak pula memberikan alasan dia sibuk kerana ingin bersembahyang jemaah di masjid dan menghadiri kelas agama atau mengingati Allah. Mereka memberikan alasan untuk tidak ke masjid kerana sibuk dengan urusan keduniaan dan ini adalah satu ketidakadilan.

Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat kembali ingatkan Allah.

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Cubalah sedaya upaya untuk ingat kepada Allah ketika sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat kepada perkara lain), cepat-cepatlah ingat semula kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (“control” supaya lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain).

Buatlah jadual untuk mengingati Allah seperti amalan atau wirid harian yang tetap walaupun sedikit, misalnya 10 minit setiap hari untuk berzikir atau istigfar kepada Allah, atau zikir “Laila ha illallah” 100 kali setiap sehari. Isilah masa dengan jadual atau program zikir supaya masa tidak terbuang begitu saja walaupun sedikit. Sesungguhnya Allah suka dengan amalan yang berterusan walaupun sedikit.

Seseorang yang menyayangi sesuatu, dia akan sentiasa mengingatinya (melalui hati).Sesiapa yang menyayangi Allah, Allah menyayanginya. Sesiapa yang disayangi Allah diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga kerana syurga adalah tempat Allah SWT melahirkan perasaan kasih sayang kepada hambaNya yang mentaati perintahNya.

Majlis ilmu dan pengajian agama juga adalah majlis mengingati Allah. Adalah tidak wajar jika dipenuhi dengan lawak jenaka dan nyanyian. Ketika para sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka mendengar dan menumpukan sepenuh perhatian hinggakan daun yang gugur pun dapat didengari.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/01/20/jangan-lalai-ingat-allah-agar-tidak-rugi/

Friday, February 3, 2012

ISTIQAMAH, SEBAIK AMALAN DAN SENTIASA BERWUDUK, HATI YANG DISUKAI ALLAH SWT

Tazkirah Jumaat
3 Feb 2012 (10 Rabiul Awal 1433H)

ISTIQAMAH, SEBAIK AMALAN DAN SENTIASA BERWUDUK

Rasulullah s.a.w. bersabda “Beristiqamahlah, namun kamu tidak akan dapat menghitung nilai istiqamah. Ketahuilah, bahawa amalan kamu yang terbaik adalah solah (sembahyang). Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Beristiqamah

Istiqamah bermakna tetap pendirian di atas kebenaran agama Islam.

Fussilat [30] Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Selain dari itu, beristiqamah juga bermakna berterusan, tetap (sentiasa) beramal di atas sesuatu amalan yang baik mengikut pandangan Islam. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah SWT. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

Sembahyang Adalah Sebaik-baik Amalan.

Sembahyang adalah sebaik-baik amalan, kerana ia adalah amalan hubungan terus (direct) diantara seorang hamba dengan Allah s.w.t. Amalan lain misalnya berbuat baik kepada ibubapa merupakan amalan yang tidak dilakukan secara terus kepada Allah s.w.t

Ibadat yang skopnya merupakan hubungan terus menerus diantara hamba dengan Allah s.w.t. seperti ibadat sembahyang adalah lebih baik daripada yang tidak sebegitu. Manakala ibadah-ibadah lain pula tidak merupakan hubungan terus tetapi mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Misalnya ibadah puasa adalah untuk mengawal nafsu jahat dari menguasai hati, perasaan manusia. Ibadah haji pula bertujuan melahirkan kasih sayang kepada Allah s.w.t. Ibadah zakat pula bertujuan membaiki keadaan masyarakat Islam yang kurang bernasib baik.

Memelihara Wuduk

Hanya mukmin (orang Islam yang berkedudukan tinggi dan patuh kepada Allah s.w.t) dapat istiqamah dalam memelihara wudhu’nya. Mereka ini akan mengulangi wudhu’ sekiranya terbatal dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Mengekalkan keadaan sentiasa berwuduk bukanlah satu perkara yang senang, ianya amat sukar dan memerlukan mujahadah (pengorbanan) yang berat, dan hanya orang Islam yang bertaraf mukmin sahaja yang dapat melakukannya.

Dalam sebuah riwayat oleh Abdullah Bin Mubarak, seorang ulama hadith, Imam Abu Hanifah tidak pernah tidur malam selama 40 tahun kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam dan beliau mengekalkan wuduk solat Isyaknya hingga solat Subuh selama 45 tahun.

Orang yang sentiasa berwuduk bererti beliau berada di dalam keadaan bersih dan suci. Tanpa wuduk sesorang itu dianggap berhadas kecil (secara rohani) atau “hadas hukmi”, iaitu tidak suci dari pandangan hukum, walaupun tiada najis pada badannya tetapi dia tidak dapat melakukan ibadah tertentu selagi tidak berwuduk.

HATI YANG DISUKAI ALLAH SWT

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah Taala mempunyai bekas yang berada pada penduduk bumi dan bekas tuhan kamu adalah hati hamba-hambanya yang soleh, dan diantara mereka yang paling disukainya adalah yang paling lemah-lembut hatinya” (Riwayat Thabrani)Amalan dinilai mengikut niat dan keihlasan hati. Bentuklah hati dan latihlah hati supaya sentiasa mengingati Allah. Allah menyukai mereka yang lemah-lembut hatinya.

Sifat lemah-lembut adalah sifat Allah dan juga para nabi. Dalam sebuah hadith disebut “hampir semua orang yang lemah-lembut menjadi nabi”. Setiap nabi bakal ditentang oleh umatnya dalam menyampaikan dakwah mereka. Para nabi akan dituduh dengan pelbagai tuduhan seperti gila, ahli sihir, dirasuk jin, penyair, pawang dan sebagainya. Orang yang tidak mempunyai sifat lemah-lembut tidak akan mampu bersabar dengan tuduhan-tuduhan seperti ini.

Ali-Imran [159] : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah Subhanahuwata’ala (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu…

Mereka yang lemah-lembut hatinya juga mempunyai kasihan belas dan bersikap prihatin, walaupun terhadap binatang. Sesiapa yang mengamalkan dan mempraktikkan sifat prihatin ini, ia akan dikasihani Allah dan sesiapa yang tidak mengamalkannya, ia tidak akan mendapat kasihan belas daripada Allah. Oleh itu tingkatkanlah sifat keperihatinan kerana ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi.