Thursday, December 29, 2011

MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (3), EMPAT PERKARA MEMPUNYAI KELEBIHAN BESAR (Sedekah, Silaturrahim, Amalan kebaikan, “Laa Ilaaha Illallaah”

Tazkirah Jumaat
30 Dis 2011 (4 Safar 1433H)


MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (3)
(Oleh: Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur)

UJIAN PENGHAPUS DOSA

Daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran dari hadis ini ialah ditimpa kesakitan atau penyakit itu adalah ujian keimanan dan penghapus dosa.

Sumber: Zahazan Mohamed & Nik Wafdi Jaafar (2011) 101 Rekreaksi Hati, Telaga Biru sdn bhd, Kuala Lumpur.


EMPAT PERKARA MEMPUNYAI KELEBIHAN BESAR

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sedekah secara tersembunyi dapat memadamkan murka Tuhan, dan sesungguhnya silaturrahim dapat menambahkan umur. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang ma’ruf (baik) dapat menghindarkan keburukan-keburukan yang membinasakan, dan sesungguhnya ucapan “Laa Ilaaha Illallaah” dapat menghindarkan orang yang mengucapkannya dari sembilan puluh sembilan (99) musibah, dan musibah yang paling rendah adalah dukacita (Riwayat Ibnu Asakir melalui Ibnu Abbas r.a.)

1. Sedekah.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam sedekahnya (Riwayat Thabrani melalui Uqbah Ibnu Amir r.a.).

Malaikat turut mendoakan agar Allah swt menggantikan harta kepada orang yang bersedekah.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Tiada hari di mana hamba berada di dalamnya kecuali ada dua malaikat yang turun, salah satu dari keduanya berkata, ‘Ya Allah berikanlah ganti kepada orang yang bersedekah’, sedangkan satunya lagi berkata, ‘Ya Allah berikanlah kehancuran (bala) kepada orang yang tidak mau bersedekah’.”

2. Silaturrahim memanjangkan umur.

Islam mementingkan silaturrahim. Dalam hadis yang lain disebut, seribu (1,000) kawan masih dikira sedikit, seorang musuh sudah dikira ramai. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Riwayat Bukhari)

3. Amalan kebaikan.

Apa saja amalan kebaikan yang dilakukan dapat mengindarkan pelakunya dari sebarang kemalangan atau musibah yang teruk. Sebagai contoh, jika seseorang berlaku kemalangan kereta, hanya kereta sahaja yang kemek sedikit tetapi orang itu tidak mati atau tidak mengalami cedera parah.

Apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, umurnya ditambah dan apabila seseorang itu melakukan sesuatu kejahatan, umurnya berkurangan. Timbul persoalan, ada juga orang jahat yang umurnya panjang meninggal dunia ketika berumur 90 tahun. Maka jawabnya, “mungkin umur asalnya 95 tahun, tetapi dipendekkan disebabkan kejahatannya”. Ada juga orang baik yang meninggal dunia pada umur muda misalnya 30 tahun. Maka jawabnya, “mungkin umur asalnya 25 tahun, tetapi ditambah disebabkan kebaikannya.

4. Ucapan “Laa Ilaaha Illallaah”

Zikir ini dapat menolak 99 jenis musibah dan setidak-tidaknya ia memberikan ketenangan. Justeru itu jadikanlah zikir ini sebagai wirid harian samada pada waktu pagi atau petang.

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Nabi Musa telah berdialog dengan Allah swt. Dalam dialog itu Nabi Musa berkata: Ya Allah, ajarlah kami satu kalimah yang dapat kami gunakan untuk berzikir dan berdoa kepadaMu.

Jawab Allah swt : ucapkanlah “Lailaha illallah...” Wahai Musa.

Maka kata Nabi Musa : Semua umatmu sudah mengucapkan kalimah itu wahai tuhan

Jawab Allah : Wahai Musa, andaikan langit yang tujuh beserta seluruh penghuninya, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan kalimah “Lailaha illallah, nescaya masih berat “Lailaha illallah“

Zikir yang terbaik ialah Kalimatul Hak iaitu “La ila ha illallah” sepertimana maksud hadith:

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya (kekuasaannya), jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Kalimatul Hak itu menunjukkan keesaan Allah swt. Kalau ada tuhan selain Allah swt, maka kita juga terpaksa memenuhi perintah tuhan yang lain. Jikalau ada 2 atau 3 tuhan (selain Allah), musnahlah kita bila tuhan-tuhan itu berperang antara satu sama lain.

Al-Anbiyaa [22] : Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.


Friday, December 23, 2011

MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (2), KAIFIAT BACAAN SURAH YAASIN UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG HILANG

Tazkirah Jumaat
23 Dis 2011 (27 Muharram 1433H)


MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (2)
(Oleh: Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli)

Diriwayatkan oleh Abi Abdullah Jabir bin Abdullah al Ansari r.a, bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W katanya:

Yang bermaksud “Bagaimana pendapatmu jika saya melakukan solat fardhu, berpuasa pada bulan ramadhan, menghalalkan yang halal dan mngharamkan yang haram serta tidak menambahkan selain itu sedikit pun, adakah saya masuk syurga?” Nabi menjawab: “Ya”!

(Riwayat Ahmad dan Muslim no.15)

Huraian dan inti sari hadis:

Makna “mengharamkan yang haram” adalah “menjauhinya”. Makna “ menghalalkan yang halal” adalah melaksanakannya dengan penuh keyakinan akan kehalalannya.”

Sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW ini bernama Nukman bin Qauqal. Pengarang kitab al-Mufhim mengatakan secara umum bahawa Nabi SAW tidak mengatakan dalam hadis ini sesuatu yang bersifat tathawwu’(Sunnah). Hal ini menunjukkan bahawa secara umum boleh meninggalkan yang sunnah.

Orang Islam hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran asas agama Islam seperti Solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Melakukan yang sunat akan menambah kesempurnaan Islam dan menghampiri diri dengan Allah.

Tiga Kategori Orang Yang meninggalkan Sunah

1. Orang yang meninggalkan yang sunnah dan tidak mahu melakukannya sedikit pun.Maka dia tidak memperoleh keuntungan yang besar dan pahala yang banyak.

2. Orang yang terus-menerus meninggalkan hal-hal yang sunah. Maka dia telah berkurang agamanya dan berkurang pula nilai kesungguhannya dalam beragama.

3. Orang yang meninggalkan yang sunah kerana sikap meremehkannya. Maka dia merupakan orang yang fasiq dan patut dicela.

Sumber: Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria(2011) Hadis 40 Iman Nawawi, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur.


KAIFIAT BACAAN SURAH YAASIN UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG HILANG (Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din)

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

4. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

5. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50

Friday, December 16, 2011

MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (1), AKIBAT MENINGGALKAN SEMBAHYANG, AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT

Tazkirah Jumaat
16 Dis 2011 (20 Muharram 1433H)


MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W (1)
(Oleh Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli)

Dari Jabir R.A, dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Jika ada seseorang memasuki rumahnya lalu dia menyebut nama Allah SWT pada saat memasukinya dan pada saat makan, maka syaitan akan berkata kepada rakan-rakannya : ‘tidak ada tempat menginap bagi kamu semua dan tidak ada juga makan malam untuk kamu semua’. Dan jika dia tidak menyebut Allah SWT pada saat memasukinya, maka syaitan akan berkata : ‘kamu semua boleh menginap di sini, ‘ dan jika tidak menyebut nama Allah SWT pada saat akan makan maka syaitan akan berkata : ‘kamu semua boleh menginap dan juga dapat makan malam.’”

(Riwayat Muslim)


AKIBAT MENINGGALKAN SEMBAHYANG

SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

1. Allah mengurangkan keberkatan umurnya.
2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT

1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina.
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan.

SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR

1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
2. Kuburnya akan digelapkan.
3. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT

1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat.
2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

1. Sembahyang Subuh - Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia).
2. Sembahyang Zuhur - Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
3. Sembahyang Asar - Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
4. Sembahyang Maghrib - Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan).
5. Sembahyang Isyak - Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar ia mencari bumi lain.

http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=903


AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT...

Peristiwa di bawah ini adalah kisah benar yang terjadi di Pemakaman Umum Baqi di Madinah Al-Munawarah pada bulan Safar 1420H dan disaksikan oleh ramai orang.

Selama beberapa hari di bulan Safar yang lalu, penduduk Arab Saudi khususnya di Madinah dan Makkah dikejutkan dengan berita yang sangat menakutkan. Peristiwa ini terjadi saat petugas pemakaman memasukkan jenazah ke liang kubur. Begitu jasad si mayat ditaruh di tanah serta merta datang seekor ular yang sangat besar dan langsung melilit-lilit tubuh si mayat dengan mulut terbuka lebar dan lidahnya yang bercabang menjulur serta kedua taringnya yang tajam siap melalap kepala si mayat.

Menyaksikan pemandangan seperti itu spontan para pelayat yang ada di sekitar tempat kejadian ada ketakutan dan ada yang bergumam: "Dosa apa yang telah dilakukan orang ini (si mayat) selama hidupnya?" Dan ada seorang lagi yang menalifon seorang sheikh di Makkah (Sheikh Muhamad Maqboul Al-Subhy) untuk melaporkan kejadian diatas. Dan menurut Sheikh Muhamad Maqboul Al Subhy, peristiwa di atas adalah gambaran balasan bagi orang yang meninggalkan solat 5 waktu.

Beliau juga menambah: "Sesungguhnya manusia (kita semua) baru merasakan takut dan ingin bertaubat saat Allah menampakkan sedikit contoh nyata dari siksanya. Kejadian tersebut di atas juga merupakan suatu bukti kebenaran sabda Rasulullah SAW. Beliau bersabda yang intinya: "Allah telah menyediakan ular (namanya Syuja'akra') khusus untuk menelan orang yang meninggalkan solat 5 waktu di kala hidupnya. Ular tersebut akan menelannya sejak mayat orang tersebut ditaruh dalam kubur sampai datangnya hari kiamat dan lagi orang itu akan kekal di neraka Jahanam.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW juga bersabda: "Perjanjian antara kita dengan Allah adalah solat, barang siapa yang meninggalkannya berarti ia telah betul-betul kafir". Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Barang siapa sengaja meninggalkan solat lima waktu maka tiada baginya cahaya pelita di dalam kuburnya."

(Judul Asli - 'ukubat Tarok Al-Sholat Nara; Sumber - Sheikh Ali Al Umry di Makkah Al-Mukaramah; Penerjemah - Sdr Saifudin Maksum)

http://tigosotigo.blogspot.com/2009/01/akibat-meninggalkan-solat.html

Friday, December 2, 2011

KELEBIHAN PUASA 9 & 10 MUHARRAM, PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA

Tazkirah Jumaat
2 Disember 2011 (6 Muharram 1433H)


KELEBIHAN PUASA 9 & 10 MUHARRAM

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.

(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".

(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kelebihan-puasa-9-a-10-muharram.html

PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar Islam. Antaranya :
  1. Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  2. Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakrawala.
  3. Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  4. Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  5. Allah menjadikan Siti Hawa.
  6. Allah menjadikan Syurga.
  7. Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  8. Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  9. Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  10. Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  11. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  12. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  13. Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  14. Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  15. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  16. Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  17. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  18. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  19. Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
http://familiazam.com/hari_asyura.htm

KELEBIHAN ZIKRULLAH (MENGINGATI ALLAH S.W.T), HARGAI DAN HORMATI REZEKI YANG DIKURNIAKAN ALLAH, MUTIARA KATA

Tazkirah Jumaat
25 Nov. 2011 (28 Zulhijjah 1432H)


KELEBIHAN ZIKRULLAH (MENGINGATI ALLAH S.W.T)

Sebagimana diketahui dengan berzikir, hati yang gelisah menjadi tenteram dan hati yang keras tidak mahu mendengar seruan ma’ruf (kebaikan) menjadi hati yang sentiasa ingatkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan jauh dari gangguan syaitan yang direjam. Itulah kesan orang yang sentiasa membasahi lidahnya dan melazimkan dirinya dengan zikrullah. Itu diantara kesan orang yang menjiwai zikrullah. Seterusnya mari kita merenung kelebihan zikrullah (mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala) menurut Al-Quran Al-Karim, Hadis Nabi Sallahu Alaihi Wasallam dan Kata Ulama Salafussoleh.

Antaranya:

1) Disediakan Allah Subhanahu Wa Ta’ala keampunan dan pahala yang besar.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu’min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta’atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab, ayat 35).”

2) Orang yang sentiasa berzikir Allah ingat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 152).

3) Dengan berzikir hati menjadi tenang.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:

“Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.”

(Surah Ar Ra’d, ayat 29).

4) Berzikir memantapkan iman.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman (orang yang sempurna imannya) itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah (menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakannya). Gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Surah Al-Anf aal, ayat 4).

5) Orang yang melazimkan diri dengan zikrullah termasuk Golongan muttaqin(orang-orang yang bertakwa).

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa .”

“(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?. Dan mereka tidak meneruskan [perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”

“Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”

(Surah Ali Imran, ayat 133 hingga 136).

6) Mendapat balasan berada di barisan depan pada hari kiamat.

Diriwayatkan di dalam kitab Sahih muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu:

Sesungguhnya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

“Orang-orang yang mufarrid itu berada di barisan terdepan.” Para sahabat bertanya: “ Wahai Rasulullah, siapa orang yang mufarrid itu?”. Nabi Sallahu Alaihi Wasallam menjawab: “ mereka ialah orang-orang zikir (mengingat Allah) baik laki-laki ataupun perempuan.”

7) Termasuk salah satu golongan mendapat lindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada hari kiamat.

Abu Hurairah Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

“Ada tujuh orang yang akan dilindungi Allah di bawah rahmat-Nya pada hari yang tiada perlindungan selain dari perlindungan Allah, iaitu Imam(pemerintah) yang adil, pemuda yang menggunakan masa remajanya untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T, lelaki yang hatinya saban waktu di masjid, dua lelaki yang berkasih-sayang satu sama lain kerana Allah S.W.T. mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah S.W.T. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan lagi jelita. Lalu berkata: Aku ini takut kepada Allah. Lelaki yang memberi sedekah dengan disembunyikan sehingga tidak tahu tangan kirinya apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah S.W.T, bersunyi diri sehingga berlinangan air matanya.” ( Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) .

8) Dengan berzikir secara jamaah dikerumuni oleh malaikat.

Abu Hurairah Radhiallahu Anhu dan Abu Said Radhiallahu Anhu menceritakan bahawa mereka menyaksikan dan mendengar Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

“Tidak ada jamaah yang duduk sambil berzikrullah melainkan dikerumuni mereka oleh malaikat, diliputinya mereka dengan rahmat, diturunkan ke atas mereka ketenangan dan disebutkan mereka di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dihadapan mereka yang berada di sisi-Nya.”

9) Berzikrullah dengan berlinangan air mata tidak akan diazab pada hari kiamat.

Disebutkan dalam kitab Fadhail Amal:

Diriwayatkan di dalam sebuah hadis:

“Barangsiapa menangis kerana takut kepada Allah sehingga berlinangan airmatanya itu membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”

Di dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa api neraka Jahannam telah pun diharamkan ke atas dua jenis mata:

mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umatnya dari serangan bangsa-bangsa kafir.

Di dalam hadis lain pula disebutkan bahawa api neraka jahannam telah pun diharamkan ke atas mata yang pernah menangis kerana takut kepada Allah, ke atas mata yang berjaga di malam hari pada jalan Allah, ke atas mata yang tidak memandang ke atas sesuatu yang haram (seperti orang yang bukan muhrim dan sebagainya) dan ke atas mata orang yang gugur pada jalan Allah.

10) Syaitan rebah dan terpukul apabila menghampiri ahli zikir.

Kata Syeikh Abdul Qadir: Apabila zikrullah tetap di dalam hati seseorang dan apabila syaitan menghampirinya nescaya syaitan itu rebah sepertimana manusia rebah apabila dihampiri syaitan.

Menurut riwayat:

Sesungguhnya syaitan itu membelit hati manusia, jika ia berzikir kepada Allah syaitan terpukul. Jika ia alpa, syaitan mewas-waskannya lagi.

Kesimpulan, dengan berzikir orang yang bermasalah menjadi tenang dan tidak mustahil orang yang sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah doanya di dengar dan mudah diperkenankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

http://tanyalahustaz.blogspot.com/2009/06/kelebihan-zikrullah-mengingati-allah.html


HARGAI DAN HORMATI REZEKI YANG DIKURNIAKAN ALLAH

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah swt menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (Mulk:21)

Hanya Allah swt yang memberi rezeki kepada manusia. Jika dia menahannya, tiada siapa yang dapat memberikan rezeki kepada manusia.

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar. (Fussilat: 51)

Rezeki juga mempunyai maruah dan perlu dihormati. Rasulullah saw sendiri apabila makan, Baginda akan makan sehingga licin pinggannya. Selain itu Rasulullah saw menyuruh kita mengutip makanan yang terjatuh:

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah saw, “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim).

Allah swt juga berkuasa menghilangkan air dari muka bumi ini dan tiada siapa yang dapat memberikan air kepada manusia selain Allah swt. Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. (Mulk:30)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/


MUTIARA KATA

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil. (Al-Ma'arij: 19-21)

Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff: 3)

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan. (Al-Baqarah: 263)

Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah. (Hadis riwayat Muslim)

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian (Hadis riwayat Muslim). [ ]