Thursday, October 21, 2010

DZUL JALAALI WAL IKRAAMI, AL-MUQSITH, SEGALA PERKATAAN NABI ADALAH BENAR, KALIMAH ZIKIR YANG RINGKAS TETAPI PADAT, RENUNGAN : BERISTIQAMAHLAH

Tazkirah Jumaat
22 Okt. 2010 (14 Zulkaedah 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

85. DZUL JALAALI WAL IKRAAMI Ertinya Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.

“Ya Dzul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. AL-MUQSITH Ertinya Maha Mengadili

“Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.


SEGALA PERKATAAN NABI ADALAH BENAR

Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w. dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata: “Patutkah engkau menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah s.a.w. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka? ” Setelah itu aku pun berhenti dan menulis, kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda: “Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidak keluar dari mulutku ini melainkan yang benar. ” (Abu Daud)

Pada permulaan Islam Rasulullah s.a.w. melarang percakapannya ditulis kerana bimbang sahabat keliru di antara hadith dan ayat quran. Namun akhirnya setelah Islam semakin mantap, baginda mengizinkan sahabat menulisnya.

Nabi Muhammad s.a.w. bersifat Siddik iaitu Baginda hanya mengatakan apa yang benar dan tidak memperkatakan sesuatu mengikut hawa nafsunya, melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah.

An-Najm [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.[4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya

Hadith tidak bercanggah dengan quran, cuma kadangkala terdapat kesalahan dalam memahaminya. Selain itu terdapat perubahan dalam hadith setelah hukum-hakam Islam dimantapkan. Misalnya dipermulaan Islam dibenarkan bercakap-cakap dalam sembahyang namun akhirnya ia dibatalkan. Dipermulaan Islam, dibenarkan orang yang belum sembahyang boleh bertanya bilangan rakaat kepada orang yang sedang sembahyang dan dibenarkan mereka menjawab pertanyaan itu. Selain itu ada juga hadith yang tidak dibatalkan tetapi ditinggalkan (tidak diamalkan) oleh Rasululllah s.a.w. misalnya bacaan qunut dalam sembahyang Subuh. Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya dibaca qunut kerana hadith tentang qunut tidaklah dibatalkan oleh hadith yang lain.

Hadith menerangkan dan menjelaskan ayat-ayat quran. Misalnya hadith menerangkan cara sembahyang secara terperinci misalnya tentang bacaan tahiyyat, bacaan fatihah dalam sembahyang, sedangkan quran cuma menyebut tentang sujud, rukuk dan membaca apa-apa ayat quran sebagai bacaan dalam sembahyang.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/10/19/segala-perkataan-nabi-adalah-benar/


KALIMAH ZIKIR YANG RINGKAS TETAPI PADAT

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Nabi Musa telah berdialog dengan Allah. Dalam dialog itu Nabi Musa berkata: Ya Allah, ajarlah kami satu kalimah yang dapat kami gunakan untuk berzikir dan berdoa kepadaMu.

Jawab Allah: ucapkanlah “Lailaha illallah...” Wahai Musa. Maka kata Nabi Musa : Semua umatmu sudah mengucapkan kalimah itu wahai tuhan

Jawab Allah : Wahai Musa, andaikan langit yang tujuh beserta seluruh penghuninya, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan kalimah “Lailaha illallah, nescaya masih berat “Lailaha illallah“

Zikir yang terbaik ialah Kalimatul Hak iaitu “La ila ha illallah sepertimana maksud hadith: Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya (kekuasaannya), jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Kalimatul hak itu menunjukkan keesaan Allah. Kalau ada tuhan selain Allah, maka kita juga terpaksa memenuhi perintah tuhan yang lain. Jikalau ada 2 atau 3 tuhan (selain Allah), matilah kita bila tuhan-tuhan itu berperang antara satu sama lain.

Al-Anbiyaa [22] Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/05/10/kalimah-zikir-yang-ringkas-tetapi-padat/

RENUNGAN : BERISTIQAMAHLAH DALAM BERAMAL

Hanya mukmin yang berkedudukan tinggi dapat istiqamah dalam memelihara wudhu’nya. Mereka ini akan mengulangi wudhu’ sekiranya terbatal dan sentiasa dalam keadaan berwuduk. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya: ”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari) [ ]

Thursday, October 14, 2010

AR-RA'UF, MALIK AL-MULK, TIPS MURAH REZEKI, HARI KIAMAT TELAH HAMPIR, DUA WAKTU TAUBAT

Tazkirah Jumaat
15 Okt. 2010 (7 Zulkaedah 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

83. Ar-Ra’uf : Yang Maha Mengasihi

"Ya Ra’uf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. Malik Al-Mulk : Zat yang mempunyai kekuasaan

"Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.


TIPS MURAH REZEKI

Rasulullah s.a.w. bersabda “Siapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”. (Riwayat Bukhari).

Dalam hadith yang lain disebut disebut “Siapa yang rezekinya lambat, banyakkan istigfar. Dosa menyekat rezekinya dari sampai. Istigfarlah supaya diampunkan. Rasulullah s.a.w bersabda,

“Siapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar(kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar(kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka (Riwayat Ahmad)

Dalam hadith yang lain disebut disebut “…..banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah,”

Kerja juga adalah satu amanah, sempurnakanlah kerja agar murah rezeki.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/10/14/tips-murah-rezeki


HARI KIAMAT TELAH HAMPIR

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hari kiamat telah hampir dan manusia masih lagi bertambah tamak kepada dunia dan bertambah jauh daripada Allah.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. (Al-Anbiya:1)

Kiamat telah hampir kerana Nabi akhir zaman sudah pun diutuskan. Di akhir zaman penguasaan agama ke atas hati manusia semakin lemah. Dalam sebuah hadith disebut:

‘Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mengabaikan solah?’

‘Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia dari umatmu yang mengabaikan solah, mengakhirkan solah (hingga keluar dari waktunya), dan memperturutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solah.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/10/14/hari-kiamat-telah-hampir/


DUA WAKTU TAUBAT

Abu Musa meriwayatkan, Nabi SAW bersada: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla membentangkan tangan-Nya pada waktu malam agar orang yang melakukan kesalahan pada siang hari bisa bertaubat dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar orang yang melakukan kesalahan pada malam hari bisa bertaubat hingga matahari terbit dari barat” (H.R. Muslim).

Hadits ini menerangkan karunia Allah SWT kepada hamba-hambanya agar selalu bertaubat dan memperbaharui taubatnya. Allah SWT menerima taubat hamba-Nya siang dan malam. Dia menerima taubat hamba-Nya sebelum matahari terbit dari barat, yaitu sebelum kiamat datang. Dia menerima taubat hamba-Nya selagi nyawa belum sampai ke kerongkongan, sebelum ajal datang menjemputnya.

Allah SWT menciptakan jin dan manusia agar mereka menyembah-Nya. Dia menciptakan kematian dan kehidupan agar Dia menguji siapa di antara hamba-Nya yang paling baik amalnya. Jadi, siapa pun dia yang hidup di dunia ini pasti akan selalu menghadapi ujian dan cobaan. Apakah dia akan lulus menghadapi ujian dan cobaan tersebut, tergantung pada dirinya. Kalau dia mampu menghadapi ujian dan cobaan ini, berarti dia telah sukses dan akan dijauhkan dari siksaan Allah SWT di akhirat nanti. Kesuksesan hakiki adalah dapat dijauhi dan diselamatkan dari adzab api neraka dan kita dimasukkan ke dalam surga-Nya.

“Barangsiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke surga, maka dia telah mendapatkan kesuksesan”. (Q.S. Ali Imran/3 : 185 )

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak cucu Adam pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah dia yang selalu mau bertaubat”. (H.R. Tirmidzi)

Salah satu ciri manusia adalah selalu melakukan perbuatan dosa, baik dosa besar maupun dosa kecil. Namun, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Pengampun, Penyayang, dan Penerima taubat. Dia memberikan banyak peluang bagi hambanya untuk selalu melakukan taubat.

Sebesar dan sebanyak apa pun dosa seorang hamba, apakah dia seorang pembunuh, pemabuk, pencuri, perampok, pezina (pelacur), koruptor, rentenir, pemakan riba, dukun, dan sebagainya, apabila kembali kepada Allah SWT, bertaubat kepada-Nya dengan penuh harap akan rahmat dan ampunan-Nya, maka ampunan Allah SWT lebih luas dari dosa dan kesalahan manusia. [ ]

http://www.taufik-hamim.com/

Saturday, October 9, 2010

AL MUNTAQIM, Al-‘AFUWW, ZIKIR (SAIRUS SALIKIN), DOA YANG AFDAL

Tazkirah Jumaat
8 Okt. 2010 (29 Syawal 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

81. AL MUNTAQIM : Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.

"Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. Al-‘Afuww : Yang Maha Pemaaf

"Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.


ZIKIR (SAIRUS SALIKIN)

Malaikat mencari-cari mana-mana majlis zikir yang ada di muka bumi ini. Malaikat melihat tempat-tempat yang diadakan majlis zikir akan terang bercahaya. Majlis zikir dianggap sebagai satu kebun dari kebun-kebun syurga. Tempat orang-orang yang berzikir di atas muka bumi ini adalah sama seperti kebun-kebun di dalam syurga. Asal dapat hadir sahaja dalam majlis zikir maka seseorang itu sudah memperolehi kelebihan menghadiri majlis apatah lagi jika ia turut sama berzikir.

Berzikir secara beramai-ramai mempunyai kelebihan. Orang yang berzikir secara beramai-ramai akan diliputi oleh para malaikat dan dicucuri rahmat Allah. Hati menjadi tenang dan tetap dengan zikrullah. Masa kita tidak akan kosong apabila berzikir secara berjemaah. Misalnya jika kita berhenti berzikir seketika, kita masih boleh mendengar suara orang lain berzikir. Mendengar orang lain berzikir memberi kesan kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ada orang yang tidak bersetuju berzikir beramai-ramai apatah lagi mengangkat suara. Padahal apabila mengerjakan haji di Makkah, seseorang itu tetap akan mengerjakan zikir secara beramai-ramai dengan mengangkat suara seperti mengucapkan talbiah.

Ketahuilah bahawa Allah membanggakan orang yang berzikir di hadapan para malaikat-Nya. Jangan terburu-buru keluar dari masjid setelah selesai solat Jumaat kerana pada masa itu, rahmat Allah sedang diagih-agihkan kepada umat Islam atas zikirnya, istighfarnya dan sebagainya. Kata syeikh, masyaikhnya iaitu Syeikh Zaini pada saat ia mengajar, tidak pernah sekalipun ia mempedulikan kebesaran sang penuntut ilmu (maksudnya jika berjawatan tinggi atau bergelar) kerana kebesaran itu hanyalah untuk Allah Ta’ala.

Nabi saw juga duduk bersama-sama kelompok para sahabat yang berzikir dengan ikhlas. Pernah satu hari Abu Jahal mengenakan syarat iaitu andainya Nabi saw dapat menyediakan satu majlis zikir khusus untuk orang-orang bangsawan Quraisy sepertinya maka ia akan masuk Islam. Allah Ta’ala kemudiannya memerintahkan Nabi saw agar tidak mempedulikan permintaan orang-orang yang mengenakan syarat untuk masuk Islam.

Ketahuilah bahawa sesuatu yang sangat berguna di dunia dan di akhirat ialah berzikir kepada Allah samada secara beramai-ramai atau bersendirian. Orang yang berzikir secara bersendirian sehingga mengalirkan air mata kerana takutkan Allah Ta’ala termasuk dalam golongan yang dinaungi Arasy. Orang yang berzikir maka syurgalah untungnya. Terlalu banyak kelebihan orang yang duduk berzikir. Antaranya ialah seperti mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna bagi orang yang duduk berzikir setelah selesai solat subuh berjemaah hingga terbit matahari lalu ia mengerjakan solat sunat isyraqi.

Berzikir melemahkan semangat cinta kepada dunia di dalam hati. Orang yang memperbanyakkan zikir akan merasa ringan terhadap dunia. Mereka tidak akan terpengaruh dengan harta dunia kerana merasakan bahawa harta dunia ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan ganjaran akhirat. Ketahuilah bahawa zikir yang banyak akan membuahkan harta yang sangat banyak di akhirat kelak.

Orang yang sentiasa berzikir tidak akan didekati syaitan dan dunia. Tatkala umat Islam lupa atau lalai seketika untuk berzikir maka di saat itulah syaitan dan dunia akan menyelinap masuk. Oleh itu perbanyakkanlah zikir dan lazimilah diri untuk menghadiri majlis zikir.

Zikir yang paling afdhal ialah kalimah La Ilaha Illallah. Ini adalah kerana zikir ini disebut-sebut oleh Nabi saw dan juga nabi-nabi lain. Ada orang suka berselisih pendapat tentang amalan mana yang lebih afdhal sedangkan mereka sendiri belum pun beramal dengan mana-mana amalan pun. Dalam hal ini, Syeikh membawa satu kisah. Kisahnya tentang Amar dan Zaid. Salah seorang diantara mereka bercadang untuk membuat kebun manakala yang seorang lagi berminat hendak mengembala kambing. Lalu berkatalah si pemilik kebun, andaikata kambingmu masuk di dalam kebunku siapakah yang akan dipersalahkan? Lalu si pengembala kambing menyalahkan pemilik kebun kerana tidak memagar kebunnya manakala si pemilik kebun menyalahkan si pengembala kambing kerana tidak menjaga kambingnya dengan baik. Akhirnya mereka berdua bergaduh dan perkara ini sampai kepada kadi. Kadi lalu bertanya, “ Di mana kambing dan kebun yang diperkatakan?” Rupanya mereka baru merancang sahaja, belum lagi memulakannya.

http://ikantongkol09-mengaji.blogspot.com/2010/08/bab-pada-menyatakan-segala-zikir-sairus.html


DOA YANG AFDAL

Rasulullah SAW bersabda ” Doa yang paling afdal ialah kamu meminta kepada tuhanmu keampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Kerana bila keduanya diberikan kepadamu di dunia, lalu keduanya diberikan kepadamu diakhirat, maka kamu benar-benar berjaya (Riwayat Ibnu Majah melalui Anas r.a.)

Friday, October 1, 2010

AL-BARR, AT-TAWWAB, KASIH SAYANG ALLAH, BALASLAH KEBAIKAN ORANG, KISAH NABI MUSA DAN SEORANG FAKIR

Tazkirah Jumaat
1 Okt 2010 (22 Syawal 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

79. Al-Barr - Ertinya Yang Maha Berbuat Baik (Sumber Segala Kelebihan)

“Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. At-Tawwab – Ertinya Yang Maha Penerima Taubat

“Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.


KASIH SAYANG ALLAH

Betapa besar cinta dan sayang seorang ibu, demi seorang anak, dia sanggup berjaga malam, tidurnya hanya tidur-tidur ayam.

Mimpilah apa sahaja; baik mimpi yang menakutkan, mimpi hiba yang mengalirkan air mata, atau mimpi indah bulan jatuh ke riba, tangisan seorang anak di tengah malam pasti membangunkan seorang ibu dari terus diulit lena. Lalu dia bersegera mendapatkan anaknya, menenangkannya agar si anak kembali melelapkan mata.

Namun, diri ini menginsafi tatkala membaca bait-bait bermakna ini :

Maksudnya : Dari Umar bin al Khattab RA berkata:“Bahwa beliau datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu ketika ia mendapatkan seorang anak di antara tawanan tersebut, dia langsung mengambil anak itu lalu memeluknya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi ALLAH, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihi hamba-NYA daripada wanita ini terhadap anaknya.” ( Hadis Sahih riwayat Muslim no.4947 )


BALASLAH KEBAIKAN ORANG

Siapa yang datang kepada kamu dan berbuat baik kepada kamu, maka hendaklah kamu membalas kebaikannya. Apabila kamu tidak dapat membalas, maka berdoalah untuknya. (Riwayat Thabrani melalui Al-Hakim Ibnu Umair)

Seperti amalan orang membalas makanan dalam bekas yang diberi oleh jirannya. Diisikan makanan dalam bekas jirannya dan tidak dipulangkan bekas kosong tanpa makanan. Ringkasnya ”Budi dibalas budi”.

Jika tiada apa yang hendak dibalas, maka berdoalah supaya orang itu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekinya.

Ucaplah terima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Dalam hadis yang lain orang yang tidak berterimakasih seperti tidak bersyukur kepada Allah kerana Allah yang buka hatinya untuk tolong kita.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda ” Berilah kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu. Soal orang itu tidak membalas pemberian kita itu soal lain.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/04/23/balaslah-kebaikan-orang/


KISAH NABI MUSA DAN SEORANG FAKIR

Di zaman Nabi Musa ada seorang kaya yang sentiasa menolong orang termasuk nabi Musa sendiri. Lalu Nabi Musa bertanya kepadanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu mengatakan bahawa dia sudah memiliki apa yang diingini, cuma yang belum dimiliki ialah seorang anak lelaki bagi mewarisi kekayaannya.

Lalu Nabi Musa bermunajat (berdoa kepada Allah) di Bukit Thur bagi memohon hajat orang kaya tersebut. Lalu Allah s.w.t. memberi jawaban, “Ia belum tertulis di Loh Mahfuz”. Setelah mendengar jawaban itu, nabi Musa kembali memberitahu orang kaya tersebut, dan dia redha dan akur dengannya.

Selepas itu, datang seorang fakir meminta sedekah dari orang kaya itu. Setelah diberi bantuan, fakir itu bertanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu menyatakan hajat yang sama, iaitu seorang anak lelaki. Lalu fakir itu berdoa sambil menyapu sampah dijalanan denagan tongkatnya supaya Allah memperkenankan permintaan orang kaya itu.

Fakir dalam istilah feqah ialah miskin. Fakir dari sudut tariqat ialah wali. Fakir itu sebenarnya seorang wali.

9 bulan selepas itu makbullah permintaan fakir tadi, orang kaya itu mendapat seorang anak lelaki. Nabi Musa merasa hairan, lalu bertanya kepada Allah bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan ianya belum tertulis di Loh Mahfuz. Sebelum menjawab soalan itu, Allah menyuruh Nabi Musa pergi mencari daging manusia (orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri dan memberinya kepada Allah).

Lalu Nabi Musa pergi berjalan mencari orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri untuk Allah. Semuanya tidak sanggup dengan memberi alasan masing-masing. Akhirnya bertemulah Nabi Musa dengan fakir tadi. “Duduklah wahai Nabi Allah” kata fakir itu, lalu diletakkan beg galas Nabi Musa. Setelah dinyatakan hajatnya kepada fakir itu, dia berkata “Kalau tuhan mahu, takkan kita tak boleh bagi, ambillah dagingku”. Diambil pisau dari beg Nabi Musa, lalu dipotong daging dari paha kanan dan paha kirinya.

Setelah mendapat daging itu Nabi Musa kembali menghadap Allah s.w.t dan menceritakan perkara tersebut. Maka jawab Allah, kalau orang itu sanggup memberi kerana Aku, bagaimana Aku hendak menolak permintaannya (doanya agar orang kaya itu diberikan anak lelaki). Doa fakir itu telah dimakbulkan dan Allah telah mengubah apa yang tertulis di Loh Mahfuz, seperti mana firman Allah, “yam hullah huma yasa’:

Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya…

Fakir itu telah menjadikan dirinya “hak Allah“. Dalam satu hadith, nabi s.a.w bersabda “Siapa jadi hak Allah, Allah jadi haknya” seperti dalam kisah Rabiah dari Basrah.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/04/29/kisah-nabi-musa-dan-seorang-fakir/


“……Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” ( سورة الحجرات , Al-Hujraat,13)