Wednesday, March 24, 2010

AL MU'IZZ, AL MUDZIL, HIKMAT & KISAH AYAT SERIBU DINAR

Tazkirah Jumaat
26 Mac 2010 (10 Rabiul Akhir 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

25. Al Mu`izz المعز Yang Memiliki Mutlak sifat Yang Memuliakan (makhluknya) The Giver of Honor

KHASIATNYA: “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. Al Mudzil المذل Yang Memiliki Mutlak sifat Yang Menghinakan (makhluknya) The Giver of Dishonor

KHASIATNYA: “Ya Mudzil!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, Insya Allah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insya Allah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.


HIKMAT AYAT SERIBU DINAR



Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

http://alivewire.wordpress.com/2007/06/13/hikmat-ayat-seribu-dinar/


JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT MUKIM KUNDASANG 1431H/2010M

Tuan/puan serta keluarga dijemput ke majlis sambutan ini pada besok hari 27 Mac 2010 (Sabtu).

7.00 pagi : Berkumpul di perkarangan SMK Kundasang dan kemudian berarak ke Pekan Kundasang. Acara kemuncak diadakan di perkarangan Kedai SECO Pekan Kundasang.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.B. DATUK HAJI MASIDI MANJUN, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah. Salam Maulidurasul.


KISAH AYAT SERIBU DINAR

Ayat Seribu Dinar sering dikaitkan dengan kemurahan rezeki dan perlindungan diri. Bagaimanakah ayat ini boleh dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar? Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir a.s. Dalam mimpi tersebut, Nabi Khaidhir a.s. memerintahkan pedagang tersebut untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama, pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi tersebut adalah mimpi yang benar. Atas keyakinan tersebut, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khaidhir a.s. sekali lagi. Kali ini, Nabi Khaidhir mengajarkan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Sejak itu, pedagang tersebut sentiasa mengamalkan ayat berkenaan.

Setelah beberapa lama, pedagang tersebut berlayar merentasi laut untuk pergi berdagang di tempat yang jauh. Dalam pelayaran tersebut, kapal pedagang tersebut dilanda taufan yang sangat dahsyat. Pedagang tersebut hanya mampu bertawakkal kepada Allah s.w.t. sambil membaca ayat yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir a.s. dengan tidak berhenti-henti. Taufan itu sama sekali memusnahkan kapal tersebut menyebabkan kesemua penumpangnya mati kecuali pedagang tersebut. Apabila taufan itu telah reda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang sama sekali tidak rosak. Pedagang itu mengucapkan syukur ke hadhrat Allah dan menginsafi fadhilat ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Pedagang tersebut meneruskan aktiviti perdagangannya dengan penduduk negeri tersebut sambil terus mengamalkan membaca ayat 2-3 Surah At-Talaq tersebut, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya yang menyebabkan ayat yang diajar oleh Nabi Khaidhir a.s. itu digelar ayat 1000 dinar.

http://rekreasimindakita.blogspot.com/2009/04/kisah-ayat-seribu-dinar.html

Friday, March 19, 2010

Al-Khaafidh, Ar-Raafi', Kiamat, Hakikat Manusia Dengan Ujian

Tazkirah Jumaat
19 Mac 2010 (3 Rabiul Akhir 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

23. Al-Khaafidh : Yang Merendahkan (makhluknya)

“Ya Khaafidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. Ar-Raafi’ : Yang Meninggikan (makhluknya)

“Ya Raafi’!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


BILA LAUT PANAS DAN PECAH, BILA BUMI DIGEGARKAN

At-Takwir[6] Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. At-Takwir [14] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Lautan itu meluap-luap kerana panas dan di dasarnya adalah api iaitu api neraka.

Daripada Abdullah bin Amr, beliau berkata: Rasulullah telah bersabda: ‘Janganlah seseorang berlayar di lautan, kecuali menunaikan Haji atau melakukan Umrah atau berperang di Jalan Allah, kerana di bawah lautan itu ada api dan di bawah api tersebut ada laut.

Dalam ayat yang lain pula disebut lautan itu akan pecah bila tiba masanya..

Infitar[3] Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Infitar [5]tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya..

Takutlah Allah yang akan membalikkan bumi ini…

Mulk[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu….

Bila tiba masanya , bumi juga akan memuntahkan isinya:

Zalzalah [1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: “

Di akhir zaman, banyak berlaku gempa-bumi dan pembunuhan:

Rasulullah S.A.W. bersabda “Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan (Sahih Bukhari)

Abu Hurairah RA telah meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW :“Demi di mana diriku di bawah kekuasaan-Nya, maka akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seorang pembunuh tidak tahu sebab mengapa ia menjadi seorang pembunuh dan manakala orang yang dibunuh pula tidak tahu sebab mengapa ia dibunuh.”(Hadith Riwayat Muslim)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/03/11/bila-laut-panas-dan-pecah-bila-bumi-digegarkan/


MENERIMA HAKIKAT MANUSIA AKAN DI SULAMI DENGAN UJIAN

Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia.

Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul.

Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya.

Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut.

http://www.ustazamin.com/search/label/Motivasi

Friday, March 12, 2010

AL QAABIDHU, AL BAASITHU, KELEBIHAN ZIARAH SAKIT, BANTU SUSAH, 4 DOA TAK DITOLAK

Tazkirah Jumaat
12 Mac 2010 (26 Rabiul Awal 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

21. AL QAABIDHU Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.

KHASIATNYA : 21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. AL BAASITHU Ertinya Maha Melapangkan.

KHASIATNYA : “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah. Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.


KELEBIHAN ZIARAH SAUDARA ISLAM YANG SAKIT

Diriwayatkan oleh Muslim, diambil dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman pada hari Kiamat: Wahai manusia, aku sakit tapi kamu tidak menziarahiku. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak menziarahiMu, sedangkan engkau Tuhan Sekelian Alam? Allah berfirman: “Adakah tidak kamu ketahui bahawa hambaku si pulan itu sakit, tapi kamu tidak menziarahinya? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu menziarahinya maka kamu akan mendapati Aku di sisinya?

Wahai manusia, aku meminta makanan dari kamu, tapi kamu tidak memberi aku makan. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak memberi Engkau makan, sedangkan engkau Tuhan Sekelian Alam? Allah berfirman: “Adakah tidak kamu ketahui bahawa hambaku si pulan itu meminta makanan, tapi kamu tidak memberinya makanan? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu memberinya makanan maka kamu akan mendapati makanan itu di sisiKU?

Wahai manusia, aku meminta minuman dari kamu, tapi kamu tidak memberi aku minum. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak memberi Engkau minum, sedangkan engkau Tuhan Sekelian Alam? Allah berfirman: “Adakah tidak kamu ketahui bahawa hambaku si pulan itu meminta minuman, tapi kamu tidak memberinya minuman? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu memberinya minuman maka kamu akan mendapati minuman itu di sisiku?

Allah memberi perhatian yang tinggi dan kasih sayangnya kepada hambanya yang sakit dan hambanya yang kelaparan. Kerana itu disebut “Aku berada disisinya. Seorang muslim yang menziarahi saudara Islamnya juga didoakan oleh 70 ribu malaikat agar diampuni dosanya. Dalam sebuah hadith disebut “Tidaklah seorang Islam itu menziarahi seorang Islam yang lain pada waktu pagi, melainkan berselawat (berdoa) ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke petang, dan tidak dia menziarahinya pada waktu malam, melainkan berselawat ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke pagi, dan baginya buah-buahan yang dipetik di Syurga.”

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/03/07/kelebihan-ziarah-saudara-islam-yang-sakit/


BANTULAH MEREKA YANG KESUSAHAN

Dalam sebuah hadith disebut: “Ziarahlah orang yang sakit, berilah makan orang yang lapar dan bebaskanlah orang yang susah!” Bela dan bantulah mereka yang kurang bernasib baik kerana kemiskinan itu boleh menyebabkan seseorang menukar agamanya. Dari Anas bin Malik r.a. menyebut, Sabda Rasulullah S.A.W “Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran“ (Hadis Riwayat At-Tabarani. )

Kalau orang kaya menunjukkan kemewahan dan tidak mengeluarkan zakat, orang miskin berkecil hati dengan mereka, maka orang kaya itu akan menjadi miskin dan papalah orang kaya itu. Keluhan orang miskin sangat berkesan di sisi Allah kerana Allah yang menjadikan mereka miskin.

Dalam sebuah kisah diceritakan terdapat sepasang suami-isteri yang kaya, isterinya pula suka memberi makan kepada peminta sedekah yang datang ke rumah mereka. Si suami yang kaya pula tidak suka dengan kedatangan peminta sedekah. Suatu hari ketika isterinya memberi makan kepada peminta sedekah itu, suaminya mengambil makanan dan membalingnya kepada peminta sedekah tersebut. Peminta sedekah itu merasa sangat sedih dengan tindakan suami perempuan itu. Akhirnya Allah menukarkan lelaki yang kaya itu menjadi miskin dan peminta sedekah itu menjadi seorang yang kaya dan dia pula mengahwini perempuan yang dulu memberi makan kepadanya (setelah dia menjadi janda).

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadiah Allah ke atas mukmin ialah peminta sedekah di depan pintu rumahnya” (Riwayat Khatib). Peminta sedekah yang datang ke rumah mukmin (orang-orang Islam yang baik) ialah pemberian dari Allah kerana kita tidak perlu bersusah payah keluar mencari untuk memberi sedekah. Maka janganlah lepaskan peluang ini untuk mendapatkan rahmat Allah. Berilah mengikut ikhlas hati kita. Tanyallah hati banyak mana yang kita ikhlas untuk kita bersedekah.

Baqarah [263] (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/03/08/bantulah-mereka-yang-kesusahan/


4 DOA YANG TIDAK DITOLAK

Rasulullah s.a.w bersabda “Empat doa yang tidak akan ditolak ialah doa orang yang melakukan haji sehingga dia kembali, doa orang yang berperang (berjihad) sehingga dia kembali dari medan peperangan, doa orang yang sakit sehingga dia sembuh, doa seorang Islam terhadap saudaranya tanpa pengetahuannya. Doa yang paling cepat diterima diantara doa-doa tersebut ialah doa seseorang terhadap saudaranya tanpa pengetahuannya” (Riwayat Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.).

Mintalah orang yang baru pulang dari melakukan ibadat haji berdoa sebelum dia sampai ke kampung halamannya kerana doa mereka adalah makbul. Orang yang berjihad untuk menegakkan hukum Allah, negeri Islam juga makbul doanya. Syahid yang besar ialah mereka yang terbunuh di medan peperangan.

Di dalam mazhab Syafie, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah gugur segala dosa mereka. Di dalam mazhab Hanbali, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandi, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah mereka sebenarnya masih hidup dan tidak mati berdasarkan firman Allah, Baqarah [154] Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. [ ]

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/03/03/4-doa-yang-tidak-ditolak/

Thursday, March 4, 2010

AL FATTAHU, AL 'ALIIMU, KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT, MENYELAMATKAN DARI NERAKA, SEBUTLAH KEBAIKAN ORANG MATI, DENGKI IRIHATI

Tazkirah Jumaat
5 Mac 2010 (19 Rabiul Awal 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

19. AL FATTAHU Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat

KHASIATNYA: “Ya Fattah!” Apabila dizikir tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.

20. AL 'ALIIMU Ertinya Mengetahui

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir “Ya ‘Aliim!” tiap-tiap setelah selesai solat lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.


4 PERKARA YANG MEMBERI KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT

Rasulullah s.a.w bersabda “Ada empat perkara, sesiapa yang diberi keempat perkara itu bererti dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat iaitu lisan yang selalu berzikir (kepada Allah), hati yang selalu bersyukur, badan yang sabar dalam menghadapi ujian dan seorang isteri yang tidak khianat dalam urusan diri dan hartanya. (Riwayat Thabrani melalui Ibnu Abbas r.a.)

Zikir : Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im).

Syukur : Bersyukurlah dengan apapun yang diberikan samada banyak atau sedikit.

Sabar : Bersabarlah dalam menghadapi musibah dan janganlah merungut kerana setiap musibah itu ada pampasannya.Dalam hadith disebut seseorang itu tidak akan mengecap kemanisan iman sehingga dia merasakan musibah itu satu rahmat ke atasnya.

Isteri : Pilihlah isteri yang beragama seperti disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/03/03/4-perkara-yang-memberi-kebaikan-dunia-akhirat/


4 SIFAT YANG MENYELAMATKAN DARI NERAKA

Rasulullah s.a.w bersabda “Ada empat perkara, sesiapa yang dalam dirinya mempunyai keempat perkara tersebut, Allah mengharamkan neraka baginya dan memelihara dirinya daripada syaitan iaitu seseorang yang dapat mengawal dirinya ketika sangat berkeinginan, ketika merasa sangat takut, ketika nafsunya memuncak, ketika dia marah. Dan ada empat perkara yang sesiapa dalam dirinya mempunyai keempatnya, Allah swt akan mencucuri rahmat ke atasnya dan memasukkannya ke dalam syurga iaitu sesorang yang memberi tempat tinggal kepada orang miskin, mengasihani orang yang lemah, lemah-lembut terhadap hamba sahaya dan membelanjakan wangnya untuk kedua orang tuanya. (Riwayat Hakim).

Salah satu daripada 4 sifat yang boleh menyelamatkan kita dari neraka dan godaan syaitan ialah mengawal diri semasa kita sangat berkehendakkan sesuatu. Ini kerana jika kita terlalu inginkan sesuatu kita akan mendapatkannya walaupun dengan cara yang salah. Orang yang terlalu takut juga akan melakukan sesuatu yang salah. Semasa nafsu memuncak, kita juga akan melakukan sesuatu yang salah sekiranya tidak dapat dikawal dan disalurkan pada tempat yang halal. Syaitan cuma mengambil peluang di atas nafsu buruk yang tercetus.

Begitu juga semasa marah, sekiranya tidak dikawal, kita akan bertindak secara membabi-buta dan syaitan akan menunggang di atas kemarahan kita.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu bahawasanya ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :Berpesanlah kepadaku, lalu baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:Jangan marah.Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah.(Riwayat Al-Imam Bukhari)

Dari Abi Ad-Darda ia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/03/03/4-sifat-yang-menyelamatkan-dari-neraka/


SEBUTLAH KEBAIKAN ORANG YANG TELAH MATI

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi).

Dari Anas r.a katanya:”Satu jenazah diusung melalui satu tempat. Lalu orang ramai memuji bahawa itu adalah jenazah orang yang baik. “Ya, wajib (pasti).” Berkata rasulullah s.a.w. menyetujuinya. Kemudian berlalu pula usungan jenazah yang lain. Orang ramai berkata pula:”Mayat yang jahat.” Berkata Rasulullah saw.:”Ya, wajib (pasti)!” Maka bertanya Umar bin al-Khattab:”Apakah yang wajib (pasti) ya Rasulullah?” jawab baginda:”Kamu katakan mayat itu baik, maka ia pasti masuk syurga. Kamu katakan pula mayat si anu itu jahat, pasti pula ia masuk ke neraka. Kamu semua adalah para saksi Allah di bumi.”(Riwayat Muslim)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/02/25/sebutlah-kebaikan-orang-yang-telah-mati/


DENGKI DAN IRIHATI BIARLAH PADA TEMPATNYA

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari

1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:

i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.

ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

http://dakwah2u.blogspot.com/2009/05/hadis-dengki-dan-irihati-biarlah-pada.html


Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau 2010/1431H

27 Feb 2010 (Sabtu) bersamaan 13 Rabiul Awal 1431H telah diadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau 2010/1431H yang dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Negeri Sabah.



Untuk melihat gambar-gambar (345 photo) sila klik link berikut:-

http://www.facebook.com/album.php?aid=2030153&id=1410641858&l=9a2c0b6195

http://www.facebook.com/album.php?aid=2030156&id=1410641858&l=4506a01002