Thursday, January 28, 2010

ASMAUL HUSNA, AMALAN BAIK YANG KEKAL MENEMANI MAYAT, PANJANG UMUR, MUTIARA KATA

Tazkirah Jumaat
29 Jan 2010 (13 Safar 1431H)


ASMAUL HUSNA

9. AL'AZIIZ Ertinya Yang Mengalahkan/Menundukkan

KHASIATNYA: “Ya ‘Aziiz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan. Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.

10. AL- JABBAARU Ertinya Yang Sangat Gagah.

KHASIATNYA: ”Ya Jabbaar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.


AMALAN BAIK YANG KEKAL MENEMANI MAYAT

Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya, “ Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”. Riwayat al-Bukhari dan muslim.

Huraian:

1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara itu dengan sebaiknya

2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah amalannya.walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal dan digunakan untuk keredaan Allah, juga akan bermanfaat kepada si mati.

http://dakwah2u.blogspot.com/2010/01/hadis-amalan-baik-yang-kekal-menemani.html


FADHILAT SURAH AS-SAJDAH

SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.
  • Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.
  • Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
  • Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.
  • Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
  • Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.
Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

http://www.mymasjid.net.my/forum/display/329427/fadhilat-surah-sajdah/


PANJANG UMUR

Dalam sebuah hadith disebut “Sesungguhnya kebaikan menambahkan umur dan kejahatan mengurangkan umur“. Di dalam hadith yang lai pula “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Riwayat Bukhari)

Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Anak Adam membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya. (Bukhari).

Dalam satu hadis yang lain pula, manusia akan ditanya tentang umurnya:

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan.

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im). Allah ambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal, dalam hadith disebut “innamal a’malu bil khowatim”… Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisan (umur)nya (Hadis Riwayat Bukhari).

Allah sengaja panjangkan umur orang kafir seperti pemancing ikan yang beri umpan kepada ikan. Dibiarkan ikan itu makan umpan sehingga penat ikan itu, barulah ditarik ikan itu ke atas. Sengaja Allah beri kesihatan dan kemewahan kepada mereka kerana azab menanti mereka.

Ali-Imran 178] Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).

Nabi dan sahabat iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar hidup 63 tahun sahaja tapi umurnya diguna sepenuhnya untuk Islam. Berbeza dengan kafir yang dilanjutkan usia untuk menentang Allah. Kata orang kampung lebih baik mati dari hidup menambahkan dosa (dalam kekafiran).

Allah tidak tua, dan kerana itu dia juga menjadikan ahli syurga tidak tua, tidak hilang terunanya dan sentiasa sebaya umurnya. An-Nabaa [33] Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya. Abu said r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dari orang-orang yang akan masuk syurga, baik muda atau tua, akan dikembalikan sebagai orang yang berusia tiga puluh tiga tahun tidak lebih daripadanya.”

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/01/19/panjang-umur/


MUTIARA KATA

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia. [ ]

http://blog.mixterr.com/koleksi-mutiara-kata/

Thursday, January 21, 2010

Kelebihan Surah Al Mulk & Yasin, Asmaul Husna

Tazkirah Jumaat
22 Jan 2010 (6 Safar 1431H)


ASMAUL HUSNA

7. AL MU'MINU Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya

KHASIATNYA “Ya Mu’min!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan. Apabila dizikirkan 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.

8. AL MUHAIMINU Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.

KHASIATNYA: “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang, bersih dan kuat khafazhnya. Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah solat sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), InsyaAllah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya.


KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/kelebihan-surah-al-mulk.html


KELEBIHAN SURAH YAASIN

1. Hadrat Ata Ibn Abi Ribah berkata , Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Siapa yang membaca surah Yaasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan di penuhi.”

2. Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al Quran ialah surah Yaasin. Barang siapa yang membaca surah Yaasin, Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al Quran sebanyak 10 kali.

3. Allah s.w.t. membaca surah Yaasin dan surah Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi. Para malaikat berkata “Ummat dimana Al Quran di turunkan akan dirahmati hatihati

4. yang memikulnya, yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga di rahmati.”

5. “ Sesiapa yang membaca surah Yaasin semata-mata kerana Allah s.w.t. segala dosa-dosanya akan yang dahulu akan diampunkan. Jadikan sebagai amalan untuk dibaca keatas orang-orang mati.”

6. Surah Yaasin di namakan Mun’mah (pemberi berita baik) di dalam Torah kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya, di dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat.

7. Ia menghindarkan penderitaan di dunia dan juga di akhirat dan menjauhkan kedasyatan di kehidupan akhirat.

8. Ia juga di kenali sebagai Rafi’ah Khafidah iaitu mengangkat darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda , “ Hatiku menghendaki supaya surah Yaasin berada di setiap hati umatku.”

9. Jika surah Yaasin di baca pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.

10. Diriwayatkan dalam hadis lain, “ Barang siapa yang membaca surah Yaasin akan diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan di hilangkan kelaparannya itu, barangsiapa yang membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalan semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, bila seseorang itu membacanya kerana bimbang kekurangan makanannya,makanan itu akan mencukupi, jika ia dibaca kepada orang yang membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya dan jika dibaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan bagi bayinya.

11. Maqri Rahmatullah Alaihi berkata, “ Jika surah Yaasin di baca oleh seseorang yang takutkan pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan dari ketakutan itu.”

(Dipetik daripada Tafsir Surah Al-Yaasin oleh Shiekh Hamimy Zadah)

http://www2.pkink.gov.my/center/arkib/Tazkirah/Pengurusan/Microsoft%20Word%20-%20Hj.%20Razali.pdf

Sunday, January 17, 2010

Sambutan Ma'al Hijrah 1431H/2010M Peringkat Daerah Ranau

Pekan Kundasang, 17 Januari 2010 : Majlis Sambutan Ma'al Hijrah 1431H/2010M Peringkat Daerah Ranau telah diadakan bertempat di Mini Dewan Kundasang. Acara bermula di sebelah pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan Kebudayaan & Alam Sekitar Negeri Sabah. Pengisian acara adalah seperti Ceramah, persembahan nasyid dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H/2010M Peringkat Daerah Ranau. Tokoh Maal Hijrah 1431H/2010M Peringkat Daerah Ranau dianugerahkan kepada YBhg. Datuk Mynoor Ginggor.

AUDIO & VIDEO

1. Ucapan Datuk Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan Kebudayaan & Alam Sekitar Negeri Sabah.

Klik link berikut untuk download ucapan beliau:
http://www.mediafire.com/?2g4zzmt2g13

2. Ceramah Pensyarah UMS

Klik link berikut untuk download
http://www.mediafire.com/?czqtnmxutgt

4 Bacaan Doa Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau 2010.flv


9 Kumpulan Jehan Persembahan 1 Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau 2010.flv


10 Kumpulan Jehan Persembahan 2 Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau 2010.flv


12 Penyampaian Cenderahati Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau 2010


14 Ummi Marhaban Persembahan 2 Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau 2010.flv



15 Ummi Marhaban Persembahan 3 Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau 2010.flv


Akan diupdate (Nombor di atas tidak tersusun kerana mengikut susunan majlis)

Friday, January 15, 2010

Maal Hijrah Ranau, Tanda2 Gangguan Makhluk Halus, Asmaul Husna

Tazkirah Jumaat
15 Jan 2010 (29 Muharram 1431H)


PERHIMPUNAN MAAL HIJRAH
PERINGKAT DAERAH RANAU 1431H/2010M

Tarikh : 17 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perkarangan Pentas Budaya, Kundasang, Ranau

Muslimin & muslimat dijemput hadir
“Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah”


TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:-

1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.

2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.

3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.

4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

5. Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.

6. Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.

7. Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.

8. Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi

9. Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil

10. Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan

11. Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.

12. Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal

13. Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.

14. Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama

15. Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk

16. Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.

17. Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.

18. Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.

19. Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.

20. Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.

21. Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.

22. Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.

23. Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Rawatan dengan ayat-ayat al-Quran keatas pesakit ini biasanya akan menimbulkan riaksi berikut:-

1. Kepala atau tangan pesakit akan menggeletar dan menggigil.

2. Mata pesakit mula melilau

3. Pesakit menjerit dan meronta sedangkan perawat hanya memegang dan membacakan ayat al-Quran.

4. Pesakit meracau dan dialog mula berlaku.

5. Pesakit pengsan.

Kesimpulannya, manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis dan syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid (mengesakan) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w serta beramal dengan syariat Islam.

"Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah"

http://darussyifaperak.blogspot.com/2009/05/tanda-tanda-gangguan-makhluk-halus.html


ASMA UL HUSNA

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.

5. AL QUDDUUSU Ertinya Yang Maha Suci

KHASIATNYA : “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll. Barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.

6. AS SALAAMU Ertinya Sejahtera daripada kekurangan

KHASIATNYA: “Ya Salam!” apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 x atau 136 x dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat kedua belah tangan, InsyaAllah akan disembuhkan dengan kalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitnya. Apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.


HUBUNGKAN SILATURRAHIM UTK LUASKAN REZEKI

Sabda Nabi, “Siapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” Riwayat Bukhari.

Kalau kita berbuat baik dengan orang, mudahlah dan murahlah rezeki kita. Buat baik dengan keluarga, jiran, binatang, walaupun dengan orang kafir. Rasulullah s.a.w bila masak masakan berkuah, diletak air lebih untuk beri kepada jiran, walaupun jirannya orang kafir. [ ]

Thursday, January 7, 2010

KEPENTINGAN SEMBAHYANG SUNAT, ASMAUL HUSNA, HADIS PILIHAN

Tazkirah Jumaat
8 Jan 2010 (22 Muharram 1431H)



KEPENTINGAN SEMBAHYANG SUNAT

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari qiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hamba-Ku, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hamba-Ku ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hamba-Ku itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.

2 rakaat sunat sebelum Subuh

Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:“Dua rakaat sembahyang sunat Fajar (Subuh) itu lebih baik daripada dunia serta segala isinya.”. (Hadits riwayat Imam Muslim dan at-Tirmidzi)

4 rakaat sebelum Zohor dan 4 rakaat selepas Zohor

Ummu Habibah Radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesiapa yang memelihara (mengamalkan) sembahyang sunat empat rakaat sebelum sembahyang fardhu Zuhur dan empat rakaat selepasnya nescaya Allah akan mengharamkan untuknya api neraka.” (Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi)

4 rakaat sebelum Asar

Mudah-mudahan Allah akan merahmati orang yang mengerjakan sembahyang sunat sebelum sembahyang fardhu Asar sebanyak empat rakaat.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

Rasulullah s.a.w bersabda :“Sesiapa yang sembahyang sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (Tabrani) – tidak terbakar oleh api neraka.

2 Rakaat selepas Solat Maghrib

Daripada Huzaifah r.a., rasulullah s.a.w. bersabda “Segeralah mengerjakan solah sunat sesudah Maghrib itu supaya dapat terangkat bersama amal solah Maghrib (Riwayat Al-Baihaqi)

4 rakaat selepas Isyak

Kata Anas r.a (Rasulullah saw bersabda) solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya, seakan telah disamakan dengan malam Lailatul Qadar, demikian juga dari Siti Aisyah r.a yang dikeluarkan oleh Al Baihaqi (Khazinatul Asrar 1/27)

Sunat Rawatib yang digalakkan (12 rakaat)

Imam Muslim meriwayatkan daripada An-Nu‘man bin Salim Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda “Sesiapa yang bersembahyang dua belas rakaat dalam sehari secara tathawwu‘ (sembahyang sunat Rawatib), dibuatkan untuknya sebuah rumah dalam syurga.”(Hadits riwayat Imam Muslim)

Sunat Dhuha

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Sesiapa yang mengerjakan (mengekalkan) sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Sunat Tahajjud

Sabda Rasullah SAW: “Semua manusia akan dikumpulkan di hari Kiamat di satu tempat. Mereka akan mendengar satu seruan yang berbunyi: `Di manakah mereka yang meninggalkan tempat tidurnya dan menghabiskan malamnya dengan beribadah. Akan ada satu golongan yang bangkit dan masuk Syurga tanpa hisab.

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; “hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan Tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” (Riwayat At-Tarmizi)

Kerjakanlah sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhu walaupun hanya sedikit rakaatnya tetapi secara berterusan. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/12/24/kepentingan-sembahyang-sunat/


ASMA UL HUSNA

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.

3. AR RAHIIMU Ertinya Maha Penyayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir

KHASIATNYA: “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. AL MALIKU Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan

KHASIATNYA: “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

http://nuriman.wordpress.com


HADIS PILIHAN

1. Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran." (riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

2. Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)

3. Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

4. Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad) [ ].

http://darulmujahidin.blogspot.com/

Friday, January 1, 2010

Ubat Hati (Kesedihan), Asmaul Husna, Siapa Berakal

Tazkirah Jumaat
1 Jan 2010 (15 Muharram 1431H)



MOTIVASI IMAN - UBAT HATI (KESEDIHAN)
Oleh Ustaz Amin

Hari ini kita akan membicarakan mengenai ubat kesedihan. Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih. Ketika dia sedih, dia menyalahkan taqdir, ketika dia sedih dia menungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu, aku tak akan pergi dengan dia"

Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati.

Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?

Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".

Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.

Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?. Saya ingin berkongsikan pengalaman yang saya lalui.

Kisah satu : Pada kejadian tsunami di Acheh pada Disember 2004, dengan izin Allah saya telah ke sana pada hari kelapan di dalam operasi kemanusiaan. Mereka yang masih hidup menghadapi tekanan yang luar biasa. Anak kecil mereka hilang, suami hilang, dan sebagainya. Sebenarnya, jika mereka berjumpa dengan mayat anak mereka, mereka lebih tenang kerana telah pasti mereka meninggal. Tetapi, status hilang membuatkan mereka menaruh harapan mudahan ia ditemui. Unit trauma dari berbagai negara datang untuk menenangkan penduduk Acheh yang kesedihan tetapi saya melihat penduduk Acheh lebih tenang dengan membaca al-Quran. Di khemah-khemah, mereka membaca al-Quran. Dengan al-Quran mereka menjadi tenang

Kisah dua : Ketika kejadian gempa bumi di Pakistan pada Oktober 2005. Saya telah sampai ke sana pada minggu kedua. Status di Pakistan pun sama. Anak-anak mereka tertimbus di dalam bangunan. Masih ramai yang belum dapat dikeluarkan kerana kekurangan bantuan tenaga. Saya melihat mereka menenangkan diri mereka dengan membaca al-Quran.

Kisah tiga : Saya pernah melihat orang yang sangat kesedihan disebabkan kematian ayahnya. Dia tidak boleh berhenti menangis. Ketika diberikan surah Yasin kepadanya, dia cuba membaca dengan suara yang tersekat-sekat kerana masih menangis. Ketika sampai ke ayat lima belas dia sudah mula berhenti menangis dan apabila sampai ke akhir surah Yasin, dia sudah boleh bercakap dan berbual dengan baik dan tenang. Al-Quran telah memberi ubat yang luar biasa pada kesedihan hatinya.

Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Allah berfirman, “Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia” Surah ar-Ra’du ayat 28. Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.

http://www.ustazamin.com/2009/04/motivasi-iman-8-sepuluh-sebab-hati.html


ASMA UL HUSNA

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat…”

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.

1. Allah : “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. Ar-Rahman – Maha Pemurah : “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

http://nuriman.wordpress.com/2009/07/02/asma-ul-husna/


SIAPAKAH ORANG-ORANG YANG BERAKAL ?

Pernahkah kita bertanya kepada diri kita akan siapakah orang yang benar-benar berfikiran waras dan siapakah pula yang tidak ? Jika tidak pernah maka mungkin patut sudah sampai masanya untuk kita bertanya secara serius di dalam hidup kita ini apakah ciri-ciri seseorang yang waras dan berakal dan apakah pula ciri-ciri orang yang tidak waras dan tidak berakal.

Al-Quran menjelaskan kepada kita tentang ciri-ciri orang yang berakal. Allah SWT befirman : “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)

Ayat ini menjelaskan bahawa di antara ciri-ciri awal orang yang berakal itu ialah mereka memerhatikan kejadian langit dan bumi, melihat pertukaran siang dan malam serta mengakui kebesaran Allah SWT.

Ciri-ciri mereka itu diperjelaskan dalam ayat yang seterusnya : Allah SWT befirman lagi “ (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali-Imran : 190-191)

Orang yang berakal itu ialah orang yang beriman. Ciri-ciri seterusnya orang yang berakal itu ialah mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan mereka baik secara duduk, berdiri dan mahupun berbaring.

Berakal itu bermaksud menggunakan akal untuk mengingati Allah SWT dan mengunakan akal di jalan Allah SWT kerana akal itu adalah anugerah Allah SWT sebagai alat untuk membolehkan manusia berfikir dan membezakan perkara yang baik dan buruk, memahami ayat Allah SWT dan supaya manusia itu mengerti dan menghargai apa yang diberikan kepada mereka di dalam dunia ini hanyalah sementara dan pinjaman yang tidak kekal.

Rasulullah pernah ditanya tentang siapakah orang beriman yang paling bijak ? Lalu dijawab oleh baginda dengan bersabda : “Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik persediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah orang yang paling bijak.” (hadis riwayat Ibn Majah).

Rasulullah bersabda dalam Hadis lain : “Orang yang bijak itu adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal (bekerja) untuk bekalan selepas matinya. (Manakala) orang yang lemah itu adalah sesiapa yang mengikut hawa nafsunya dan kemudian mengharap (pertolongan) Allah.” (hadis riwayat Tirmidzi).

http://ustaz.blogspot.com/2009/12/siapakah-orang-orang-yang-berakal.html

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010