Saturday, June 27, 2009

Dakwah & Ilmu

Tazkirah Edisi Khas
Mega Konvoi Dakwah Bermotor 2009
5 Rejab 1430H / 28 Jun 2009

DAKWAH: MENYERU KEPADA KEBAIKAN

An-Nahl [125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik ; Berdakwahlah dan nasihatlah dengan cara yang hikmah, baik dan lemah lembut. Semasa berdakwah lihatlah keadaan dan ‘mood’ orang yang hendak didakwah itu. Dakwahlah semasa dia berada dalam keadaan tenang dan bukannya semasa dia sedang kelam-kabut atau bermasaalah.

Berilah nasihat yang baik (Mauizah Hasanah) dan secara lemah lembut. Nabi Musa dan Nabi Harun disuruh berlemah lembut semasa menghadapi raja Firaun (yang mempunyai kuasa politik). Begitu juga para pendakwah dalam menarik manusia kepada Islam.

Taha [43] Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya.[44] Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.

Berdakwah adalah satu jihad (pengorbanan), hukumnya fardhu kifayah (dalam keadaan biasa) dan hendaklah ada satu golongan yang berdakwah dan melakukan kerja agama:-

Ali Imran [104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Tetapi jikalau umat sudah rosak teruk, hukum dakwah berubah menjadi fardhu ain. Setiap orang yang mempunyai ilmu ugama wajib berdakwah. Selain itu hendaklah ada sekumpulan yang keluar untuk belajar ilmu agama dan balik ke kampung halamannya untuk berdakwah dan mengajar ilmu agama:

At-Taubah [122] Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Sayyidina Abu Bakar adalah orang yang pertama menjalankan kerja dakwah dan tabligh (menyampaikan Islam). Setelah memeluk Islam, beliau bertanya kepada Rasulullah saw “apakah yang boleh saya lakukan?”. Maka Rasulullah menyuruhnya berdakwah dan mengajak manusia kepada Islam. Dihari pertamanya berdakwah, beliau berjaya mengajak 4 atau 5 orang kepada Islam.

Selain itu kita hendaklah tolong-menolong dalam 2 perkara dan jangan tolong-menolong dalam 2 perkara:

Al-Maidah [2]……dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/06/15/dakwah-menyeru-kepada-kebaikan/


ILMU


Ilmu adalah kunci kejayaan dunia dan akhirat. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW bersabda “Siapa yang berkehendakkan kejayaan dunia, hendaklah mereka mencari ilmunya. Siapa yang berkehendakkan kejayaan akhirat, hendaklah mereka mencari ilmunya, tetapi siapa yang berkehendakkan kejayaan di dunia dan akhirat, hendaklah mereka mencari ilmu dunia dan akhirat”.

Az-Zumar [9]…adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?

Al-Mujadilah [11]….Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat….

Orang yang alim yang mempraktikkan ilmunya diangkat darjat (kedudukannya). Dalam syurga juga ada ulama dan Allah kekalkan status ulama disana. .Tujuannya supaya manusia dapat bertanya tentang apakah yang perlu diminta dari Allah. Setiap hari Jumaat diadakan satu majlis bersama Allah. Ketua ulama disana ialah Muaz Bin Jabal. Di dalam satu hadis:-

Sesungguhnya ahli syurga benar-benar memerlukan ulama di dalam syurga. Demikian itu kerana setiap Jumaat mereka mengunjungi Allah SWT, lalu Allah SWT menawarkan kepada mereka “Mintalah kepadaku apa yang kamu kehendaki.” Lalu mereka berpaling kepada para ulama lalu berkata “Apakah gerangan yang kami minta?” Maka para ulama berkata kepada mereka: Mintalah kepadaNya demikian, demikian.” Mereka masih tetap memerlukan para ulama sekalipun di dalam syurga, sebagaimana mereka memerlukan sewaktu di dunia. (Riwayat Ibnu Asaki melalui Jabir r.a)

Namun ada juga orang yang menjual ilmu agamanya untuk kepentingan dunia. Dalam satu hadith, Rasulullah SAW berpesan “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?”"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.”Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasullullah?” Rasullullah SAW menjawab, “Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia““

Dalam hadith yang lain disebut, Akan datang suatu masa, Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuknya sahaja, al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut nama-nama Allah. Orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga dan semua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/06/17/ilmu/


HADIS : YANG LEBIH BAIK DARIPADA PEMBANTU / KHADAM

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :"Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur." (HR Muslim)

Huraian :

Menurut ajaran Islam, seorang wanita tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga. Tujuannya supaya isteri itu dapat sepenuhnya mencurahkan perhatian kepada urusan rumahtangga, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka. Ini bersesuaian dengan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Rasulullah bersabda," Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya." (Bukhari & Muslim) Namun begitu dewasa ini tuntutan semasa memerlukan golongan isteri juga keluar rumah berganding bahu mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga.

Oleh yang demikian komitmen selaku seorang isteri, ibu dan juga seorang pekerja kepada majikan tidak dinafikan mengundang rasa penat yang tidak tertanggung secara sendirian. Oleh itu ramai antara para isteri yang bekerja menginginkan adanya seorang pembantu rumah untuk menolong mereka menguruskan rumahtangga.

Namun begitu masalah ini sebenarnya tidak hanya boleh diselesaikan dengan adanya pembantu rumah semata-mata kerana seorang suami yang memahami keadaan isterinya sudah tentu tidak akan berat tulang memberikan kerjasama, menolong serta bertolak-ansur dalam meringankan tugas isteri di rumah. Ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah rumahtangga daripada berlaku pergaduhan dan sebagainya, malah dapat menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara suami isteri kerana masing-masing dapat menerima dan mengorbankan kepentingan diri.

Di samping itu si isteri juga dianjurkan mengamalkan petua yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w seperti dalam hadith di atas kerana dengan menyebut nama Allah dengan berzikir kepadanya jiwa akan terasa tenang, hilang keserabutan dan keletihan.

http://dakwah2u.blogspot.com/2008/11/hadis-yang-lebih-baik-daripada-pembantu.html

Selamat Berkonvoi

Thursday, June 25, 2009

Taubat, Berdoa Dgn Yakin, Amal Soleh, Hubungan, Zikir & Sedekah

Tazkirah Jumaat
3 Rejab 1430H / 26 Jun 2009



TAUBAT

Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan manusia yang hanya lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:

1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.

2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.

4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.

Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:

1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.

2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.

3) Bersegera melakukan taubat nasuha.

4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.

5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).

6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.

Adakah Allah Menerima Taubatku???

“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Aku telah melakukan maksiat ini sejak aku masih kecil sehinggalah sekarang. Aku mencuri. Aku berbohong. Aku meninggalkan solat. Aku tidak membayar zakat. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran. Adakah Allah akan mengampunkan aku dan menerima taubatku???”

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

Marilah sama-sama kita renungi dan hayati maksud Firman Allah di atas yang secara langsung menjadi jawapan bagi persoalan hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu untuk bertaubat.
Seorang hamba yang merasakan bahawa dosanya terlalu banyak dan merasakan ianya tidak mungin mendapat keampunan daripada Allah swt akan menjerumuskan dia kepada perkara-perkara berikut :

Pertama: Tidak yakin pada luasnya rahmat dan magfirah Allah swt.

Firman Allah swt: “Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu (Al-A’raf: 156).

Kedua: Berkurangnya keimanan dan keyakinan terhadap qudrah Allah swt mengampunkan dosa hamba-hambanya.

Firman Allah swt dalam sebuah hadis qudsi: “Barangsiapa yang mengetahui dan meyakini bahawa hanya Aku yang mampu mengampunkan segala dosa maka akan aku ampunkan dosa-dosanya selama mana dia tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu”.

Ketiga: Lemahnya salah satu perasaan yang patut ada pada diri seorang hamba iaitu Ar-raja’ (berharap).

Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia”.

Keempat: Tidak berusaha untuk bertaubat dan memohon keampunan bagi menghapuskan dosa-dosanya.

Rasulullah saw bersabda: “Orang yang bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya seumpama tidak ada dosa bagi dirinya.”

Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha) dan ikhlas kerana Allah swt. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Janganlah melambat-lambatkan taubat kerana ajal kita tidak memandang usia dan tempat. Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun” (Al-A’raf: 34). “Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu” (Hud: 3).

http://firdauznoh.blogspot.com/2007/03/taubat.html


BERDOALAH DENGAN YAKIN

Sabda Rasulullah s.a.w.:“Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan (diterima). Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.” (Riwayat al-Tirmizi)

Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

Jangan bosan dalam berdoa. Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari)

Cepat atau lambat sesuatu doa itu dimakbulkan (diterima) bergantung kepada Allah dan banyak atau sedikit dosa yang dilakukan oleh seseorang itu. Ada orang yang bertaubat selama 30 tahun baru Allah terima taubatnya itu. Nabi Musa juga berdoa selama 30 tahun kemudian barulah Firaun dimusnahkan.

Ada juga doa yang tidak diterima semasa di dunia ini tetapi diberi pahala di akhirat nanti. Ketika itu orang yang doanya diterima berkata “alangkah baiknya jika doa aku tidak diterima dulu”

Jagalah makan minum dan adab berdoa, agar doa kita diterima.

Doa diterima bila “yang ada jadi tiada” (contohnya penyakit disembuhkan) atau “yang tiada jadi ada” (contohnya diberikan rezeki). Semuanya berlaku dengan izinnya dan bukan secara kebetulan. Orang kafir berjaya bukan kerana doa mereka diterima tapi sebab Allah telah menentukan bahagiannya (kecuali kafir yang teraniaya).

Ar-Ra’d [14]…dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.

Dalam sebuah hadis disebutkan: Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Sesiapa tidak memohon (berdoa) kepada Allah, maka Allah akan murka kepadanya.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/06/25/berdoalah-dengan-yakin/


TAUBAT, AMAL SOLEH, HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, ZIKIR DAN SEDEKAH

Dari Jabir r.a. katanya: “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati:“

Sabda Nabi s.a.w. lagi,”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” (Riwayat At-Tirmizi)Kalau kita melakukan dosa, istigfarlah.

Ada 3 cara untuk bertaubat iaitu istigfar, menjaga sisa umur dari melakukan dosa, menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya.

Istigfar boleh memadamkan amalan tidak baik yang ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin . Malaikat dilupakan kejahatan yang kita buat. Dan diganti dengan pahala.

“Sesiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

Dalam satu hadith disebut “jagalah sisa umur kamu dari dosa-dosa sebelumnya, Allah ampuni dosa kamu yang lepas”.

Penyesalan itu adalah taubat.”(Hadis riwayat Ibnu Majah). Dalam hadith ini, penyesalan itu sendiri adalah taubat, tanpa perlu melafazkan istigfar.

Segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain),

Lakukanlah amal soleh sementara kita masih mempunyai masa dan kelapangan. Sekurang-kurangnya lakukan amal soleh seperti sembahyang, zikir dan puasa. Amal soleh berperanan menebalkan iman kita.

Dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (zikir)

Jagalah hubungan sesama manusia terutamanya hak kejiranan. Kes sosial yang pertama disebut atau dibicarakan di mahkamah Allah pada hari Kiamat ialah berkenaan kejiranan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku mengenai jiran tetangga sehingga aku mengira bahawa beliau iaitu jiran tersebut yang akan mewarisinya (pusaka).

Berzikir dan mengingati Allah ialah tanda kita menyayangi Allah. Seseorang yang menyayangi seseorang banyak menyebut namanya atau mengingatinya. Dalam sebuah hadith, apabila kita menyebut tentang Allah dihadapan orang ramai, Allah akan menyebut kita di hadapan para malaikat.

“Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepda-Ku. Dan Aku bersamanya apabila ia berzikir (mengingat) Aku. Kalau ia berzikir kepada-Ku secara tersembunyi (dalam hatinya saja), Aku pun ingat pula kepadanya seperti itu, kalau ia berzikir (mengingat) Aku dalam majlis, maka Aku pun ingat pula kepadanya dalam majlis yang lebih baik dari itu (iaitu majlis malaikat).” (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)

Dalam sebuah hadith qudsi:“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya pada zat-Ku.”(Bukhari)

dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.”

Sedekah yang wajib iaitu zakat afdhal dilakukan secara terang-terangan. Sedekah yang sunat pula afdhal dilakukan secara senyap-senyap(sembunyi).Salah satu diantara 7 manusia yang dilindungi panas di hari Kiamat ialah “Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya” Sedekah juga menyejukkan Alam Barzah yang panas.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/06/22/taubat-amal-soleh-hubungan-sesama-manusia-zikir-dan-sedekah/

Thursday, June 18, 2009

Bulan Rejab, Judi Menurut Islam, Hadis Lima Kunci Rahsia

Tazkirah Jumaat
25 Jamadil Akhir 1430H / 19 Jun 2009


BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


Pengenalan

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -

(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.


Bulan Rejab Menurut Al-Quran

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”
(Al-Baqarah: 194)

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram ¹ …”
(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)

(2) Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.


Bulan Rejab Menurut As-Sunnah

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.


Perselisihan Pendapat Mengenai Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Bulan Rejab


Memang terdapat banyak hadis yang menyebut secara khusus mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Rejab. Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang adalah seperti berikut: -

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.

(Hadis ini dikatakan mun’kar bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)

“Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.

(Hadis ini juga dhai’f)

“Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”. (Hadis ini dha’if)

Perbahasan: Penentuan sesuatu hadis sama ada ianya sahih, hasan, dha’if dan sebagainya disebabkan oleh perawi (pembawa)nya. Ini memerlukan satu perbincangan yang panjang. Kita bersetuju bahawa apabila sesuatu hadis yang hendak disampaikan oleh seseorang penceramah, beliau hendaklah menyebut kedudukan hadis tersebut dan siapa yang meriwayatnya. Perlu dijelaskan di sini bahawa adalah tidak patut hanya disebabkan hadis itu dha’if, maka ia perlu diketepikan dan ditolak mentah-mentah. Hadis dha’if adalah tetap hadis dan ia bukannya maudhu’. Penilaian ulama terhadap perawi sesuatu hadis adalah berbeza-beza. Seseorang ulama hadis mungkin menilai hadis itu dha’if atau maudhu’ pada kajiannya sahaja akan tetapi kepada ulama hadis yang lain ia tidak begitu. Sekiranya seorang atau dua ulama yang menilai sesuatu hadis itu dha’if tidaklah sampai menjejaskan hadis tersebut. Mungkin di antara perkara ganjil yang terdapat di dalam hadis yang dianggap dha’if ialah besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan apabila kita melakukan sesuatu amalan yang dianggap sedikit. Perkara ini janganlah dijadikan persoalan kerana ganjaran yang besar itu hanya pada anggapan akal fikiran kita sahaja tetapi ianya adalah kecil di sisi Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Pemurah untuk hamba-hambaNya yang sentiasa mencari dan mengharapkan rahmat serta keredhaanNya.

Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah.

Wallah hu’alam bissawab.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/08/01/bulan-rejab-menurut-perspektif-al-quran-dan-as-sunnah/


JUDI MENURUT ISLAM

Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara. Dalil pengharaman judi adalah;

i. Surah al-Baqarah : 219

“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.

ii. Surah al-Maidah : 90-91

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”

iii. Hadis ;

“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala” Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/8eb4e4f0a2224d4f002572a6000bbe71?OpenDocument


HADIS : LIMA KUNCI RAHSIA

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian : Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud:" "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

http://dakwah2u.blogspot.com/2009/02/hadis-lima-kunci-rahsia.html

Thursday, June 11, 2009

TJ : Kesalahan Minum Arak, Hadis : Dengki dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya

Tazkirah Jumaat
18 Jamadil Akhir 1430 / 12 Jun 2009


KESALAHAN MINUM ARAK

PENGHARAMAN ARAK SECARA BERANSUR-ANSUR

Islam mengharamkan minum arak secara putus kerana ia dianggap sebagai punca kejahatan. Selain khamar itu merosakkan akal fikiran, ia juga merosakkan kesihatan, menghabiskan wang ringgit malahan boleh menyebabkan pertumpahan darah. Tetapi oleh kerana pada zaman permulaan Islam, khamar telah menjadi kegemaran kebanyakan orang Arab maka syariat Islam mengharamkan khamar itu tidak dengan sekaligus bahkan dengan cara berperingkat-peringkat.

Pertama Allah menurunkan ayat yang menerangkan bahawa khamar yang diambil daripada buah kurma dan anggur adalah bukan daripada rezeki yang baik sebagaimana firmanNya :

Maksudnya : Dan daripada buah-buahan kurma dan anggur kamu jadikan daripada minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik.

Yang kedua Allah menurunkan ayat yang menjelaskan bahawa keburukan yang ada khamar lebih banyak daripada kebaikannya sebagimana firmanNya :

Maksudnya : Mereka bertanya kamu (Muhammad) mengenai khamar dan judi, katakanlah bahawa pada kedua-duanya dosa yang besar dan bermunafaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya itu lebih besar daripada munafaat.

Kemudian turun ayat seterusnya yang melarang orang yang dalam keadaan mabuk menunaikan solat sebagaimana firmanNya : Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu hampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetagui apa-apa yang kamu cakapkan.

Akhir sekali turunlah ayat al-Quran yang memberi kataputus tentang pengharaman khamar sebagaimana firmanNya :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman seseungguhnya arak, judi, mengundi nasib, berhala-berhala adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, maka jauhilah daripadanya mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.

Begitulah Islam melarang orang daripada minum khamar kerana bertujuan untuk memberikan personaliti kuat sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental, sebab khamar boleh merosakkan akal fikiran dan apabila akal sudah rosak maka ia akan menjadi punca berlakunya kejahatan sama ada pada dirinya sendiri atau kepada orang lain.


HIKMAT PENGHARAMAN KHAMAR

Syariat Islam telah mengharamkan arak dan menetapkan hukuman berat ke atas peminum-peminum arak kerana ia boleh membahayakan bukan sahaja kepada peminum-peminum arak itu sendiri bahkan juga kepada masyarakatnya. Di antara kemudaratan yang timbul daripada minum arak.

1. Merosakkan kesihatan. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam Hadithnya yang bermaksud : Bahawasanya arak itu bukan ubat tetapi adalah sebagai pembawa penyakit. Mengikut kajian ilmiah bahawa arak menjadi sebab datangnya bermacam-macam penyakit seperti sakit perut, hilang selera makan, perjalanan darah tidak betul, sakit paru-paru, lemah nafsu, sesak nafas, kecacatan pada kandungan, mandul dan sebagainya.

2. Arak adalah punca segala kejahatan seperti maksud Hadith Rasulullah s.a.w : Maksudnya : “Khamar adalah punca kejahatan”.

Kerana apabila seorang itu mabuk maka dia akan melakukan kejahatan sama ada dari segi percakapan dan perbuatannya, tanpa menyedari akibatnya.

3. Menyebabkan perpecahan dan permusuhan dalam masyarakat. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya :

Maksudnya : Sesungguhnya syaitan mengkehendaki supaya berlaku permusuhan dan kebencian disebabkan oleh arak dan judi.

Apabila seorang itu mabuk maka akalnya tidak dapat menghalang dirinya daripada mengeluarkan kata-kata atau perbuatan yang menyakiti orang lain. Sehingga boleh berlaku pergaduhan dan pembunuhan.

4. Orang yang mabuk arak tidak mengindahkan tuntutan-tuntuan agamanya dan tidak mempedulikan larangan-larangan syarak. Hal ini diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran :

Maksudnya : Dan arak itu menghalang kalian daripada menginati Allah dan daripada menunaikan solat maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)

5. Menghabiskan harta. Jika seorang itu asyik minum arak yang menjadi punca kejahatan maka sudah tentu dia melakukan kejahatan-kejahatan yang lain seperti berjudi, berpoya-poya, pergi ke tempat-tempat maksiat dengan menghabiskan masa tenaga dan wang ringgit.

Jadi oleh kerana begitu hebatnya bahaya daripada minuman arak itu maka memang munasabah sekali Islam mengharamkan arak serta menetapkan hukuman yang berat ke atas peminum-peminum arak itu.

http://unitagamakmb.com/arak1.htm


HADIS : DENGKI DAN IRIHATI BIARLAH PADA TEMPATNYA

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari

Huraian :

1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:

i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.

ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

http://dakwah2u.blogspot.com/2009/05/hadis-dengki-dan-irihati-biarlah-pada.html

Friday, June 5, 2009

TJ : Pergaulan Dalam Islam, Penghulu Istighfar

Tazkirah Jumaat
11 Jamadil Akhir 1430 / 5 Jun 2009

PERGAULAN DALAM ISLAM

Firman Allah taala dalam surah Al Isra’ ayat 32 yang maksudnya, “Janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan cara yang tidak baik.” Seandainya diteliti kepada keseluruhan agama samawi, maka kita akan dapati bahawa semuanya mengharamkan penzinaan, tanpa mengira sama ada Yahudi, ataupun Kristian. Kalau ditinjau dari segi logiknya penzinaan itu dapat menjurus kepada pengaburan masalah keturunan, menghancurkan rumah tangga, meretakkan perhubungan, berleluasanya penyakit dan bermacam-macam lagi. Islam, sebagai suatu agama yang syumul, apabila mengharamkan suatu perkara, maka ditutupnya jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu, serta mengharamkan cara apa sahaja perkara yang menjadi mukaddimah kepada suatu pekerjaan yang haram itu.


PERGAULAN BEBAS ADALAH HARAM

Diantara perkara yang diharamkan oleh Islam adalah bersendirian dengan seorang perempuan lain (bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwini untuk selama-lamanya, seperti ibu, adik-beradik, ibu saudara dan sebagainya). Ini bukanlah bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satu daripadanya tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan yang tidak baik yang lazimnya lahir apabila dua insan yang berlawanan itu bertemu, tanpa ada orang yang ketiga.

Sepertimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad,” Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiga adalah syaitan. ”Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang maksudnya, ”Hindarilah keluar masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang lelaki ansar bertanya: Ya Rasulullah. Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab nabi, Bersendirian dengan ipar itu, bersamaan dengan menjumpai mati.”

Ketahuilah bahawa semua larangan nabi ini adalah demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Mungkin kita akan berasa seronok apabila melakukan sesuatu kejahatan terhadap orang lain tetapi pernahkah kita berfikir seandainya sesuatu kejahatan itu dilakukan terhadap kita, adakah kita akan berdiam diri? Seperti mana dalam suatu kisah di zaman nabi Muhammad s.a.w. Seorang pemuda yang baru memeluk Islam datang kepada nabi lalu meminta keizinan untuk berzina. Lalu nabi bertanya kepadanya, mahukah kamu seandainya seeorang itu berzina dengan ibumu atau saudara perempuanmu? Selepas daripada peristiwa tersebut, perkara yang paling dibencinya adalah zina.


MELIHAT JENIS LAIN DENGAN BERSYAHWAT

Diantara suatu perkara yang diharamkan oleh Islam ialah gharizah iaitu pandangan seorang lelaki terhadap perempuan dan begitu juga sebaliknya. Mata adalah kunci hatinya dan pandangan adalah jalan yang membawa fitnah dan sampai kepada perbuatan zina. Bak kata seorang penyair arab,” Semua peristiwa asalnya kerana pandangan, Kebanyakan orang masuk neraka adalah kerana dosa kecil. Permulaannya pandangan, kemudian senyum, lantas memberi salam, kemudian berbicara, lalu berjanji. Dan sesudah itu ia bertemu.”

Lantaran itu, Allah memerintahkan kepada hamba-hambanya di dalam surah An Nur, ayat 31-32 agar menjaga pandangannya diiringi dengan perintah untuk memelihara kehormatan dirinya. Sesungguhnya pandangan yang terpelihara ialah apabila memandang kepada jenis lain, tidak mengamat-amati kecantikannya dan tidak lama menolah kepadanya serta tidak melekat pandangannya kepada yang dilihatnya itu. Oleh itulah, nabi berpsan kepada Saidina Ali yang bermaksud,”Hai Ali, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, adapun pandangan yang berikutnya adalah tidak boleh.” (HR Ahmad)

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menganggap pandangan liar dan menjurus kepada lain jenis sebagai suatu perbuatan “zina mata”. Sabda baginda lagi yang maksudnya, ”Dua mata itu bisa berzina dan zinanya adalah melihat.(HR Bukhari) Ia dinamakan berzina kerana memandang itu adalah slah satu bentuk bersenang-senang dan memuaskan nafsu syahwat dengan jalan yang tidak dibenarkan oleh syara’. Larangan Allah ini bukanlah sesuatu yang tidak bermanfaat dan sia-sia kerana pandangan yang terdorong oleh nafsu ini bukan sahaja membahayakan kemurnian budi bahkan akan merosakkan kestabilan berfikir dan ketenteraman hati. Maka berkatalah seorang penyair:”Apabila engkau melepaskan pandanganmu untuk mencari kepuasan hati. Pada satu saat pandangan-pandangan itu akan menyusahkanmu jua. Engkau tidak mampu melihat semua yang kau lihat. Tetapi untuk sebagainya maka engkau tidak bisa tahan.”


HARAM MELIHAT AURAT

Di antara yang harus ditundukkan pandangan, ialah kepada aurat. Kerana Rasulullah saw telah melarang walaupun antara sesama lelaki dan antara sesama perempuan untuk mendedahkan aurat masing-masing, sama ada dengan syahwat ataupun tidak. Sabda nabi saw yang mafhumnya, “Seseorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain ...” (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi). Aurat lelaki yang tidak boleh dilihat oleh lelaki atau aurat perempuan yang tidak boleh dilihat oleh perempuan ialah antara pusat hingga ke lutut. Manakala aurat perempuan dalam perhubungannya dengan lelaki ialah seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.

http://members.tripod.com/~SinarOnline/Edisi8/Fokus3.htm


HADITS SAYYIDUL (PENGHULU) ISTIGHFAR


Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah tentang sabda Nabi, Sayidul Istighfar yaitu seorang hamba mengatakan “Allahumma anta rabbi laailaahailla anta” hadits ini mencakup pengetahuan yang berharga yang karenanya dikatakan sebagai sayidul istigfar. Karena inti hadits ini adalah pengenalan hamba tentang Rububiyyah Allah, kemudian mengagungkan-Nya dengan tauhid Uluiyyah (Laa ilaaha illa anta) kemudian pengakuan bahwa Dialah Allah yang menciptakannya dan mengadakannya yang sebelumnya tidak ada , maka Dia yang lebih layak untuk berbuat ihsan kepada-Nya atas ampunan dosanya sebagaimana perbuatan ihsan atasnya karena penciptaan dirinya

Kemudian perkataan “Wa ana abduka“ yaitu keyakinannya akan perkara ubudiyah, bahwa sesungguhnya Allah telah menciptakan Ibnu Adam untuk diri-Nya dan beribadah kepda-Nya sebagaimana disebutkan dalam sebagian atsar Allah Ta’ala berfirman : "Wahai Ibnu Adam Aku ciptakan engkau untuk-Ku dan Aku ciptakan segala sesuatu karenamu, maka karena hak-Ku atasmu maka jangan kau sibukan dengan apa yang telah Aku citpakan untukmu dari yang Aku ciptakan kamu untuknya (ibadah)."

Di dalam atsar yang lain disebutkan : “Wahai Ibnu Adam Aku ciptakan engkau untuk beribadah kepada-Ku maka jangan bermain-main, dan Aku telah menjaminmu dengan rizkimu maka jangan merasa lelah (dari berusaha), Wahai Ibnu Adam mintalah kepada-Ku niscaya engkau akan dapati Aku, jika engkau mendapatkan Aku maka engkau akan mendapatkan segala sesuatu, jika engkau luput dari Aku maka engkau akan luput pula dari segala sesuatu, dan Aku mencintai kamu dari segala sesuatu.”

Maka seorang hamba apabila keluar dari apa yang Allah ciptakan untuknya berupa ketaatan dan ma’rifat kepada-Nya, mencintai-Nya, inabah (kembali) kepada-Nya dan tawakal atas-Nya, maka dia telah lari dari tuannya. Apabila taubat dan kembali kepada-Nya maka dia telah kembali kepada apa yang Allah cintai, maka Allah akan senang dengan sikap kembali ini. Oleh karena itu Nabi Shallahllahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang berita dari Allah : “Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubatnya hamba dari pada gembiranya seseorang yang mendapatkan kembali tungganganya yang hilang di suatu tempat dengan membawa makanan dan minumannya, Dialah yang memberikan taufiq kepadanya dan Dia pula yang mengembalikan barangnya kepadanya.”

Maka ini adalah ihsan dan karunia Allah atas hamba-Nya. Maka hakikat dari ini adalah agar tidak ada sesuatu yang lebih dicintai hamba kecuali Allah.

Kemudian sabdanya : “Wa ana ala ahdika wawa’dika mastathotu", maka Allah menjanjikan kepada hamba-hamba-Nya dengan suatu perjanjian yang Allah perintahkan dan larang padanya, kemudian Allah menjanjikan bagi yang menunaikannya dengan suatu janji pula yaitu memberikan pahala bagi mereka dengan setinggi-tingginya pahala. Maka seorang hamba berjalan diantara pelaksanaan atas perjanjian Allah kepadanya dengan pembenaran akan janji-Nya, artinya saya melaksanakan perjanjian-Mu dan membernarkan akan janji-Mu.

Makna ini sebagaimana disebutkan dalam sabda Nabi : “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka diampuni baginya dosa-dosa yang telah lalu.” Perbuatan iman yaitu perjanjian yang Allah tawarkan kepada hamba-hanba-Nya sedang ihtisab yaitu pengharapan pahala Allah atas keimanan. Maka ini tidaklah pantas kecuali harus bersamaan dengan sikap pembenaran atas janji-Nya. Dan sabdanya “Imanan wah tisaaban” ini adalah manshub atas maf’ul lahu yang sesungguhnya terkandung padanya pengertian bahwa Allah mensyariatkan, mewajibkan, meridhoinya dan memerintahkan dengannya. Sedang mengharap pahala dari Allah yaitu dengan mengerjakan amalan dengan ikhlas disertai mengharap pahala-Nya.

Sabdanya “mastatho’tu” yaitu bahwa tidaklah aku melaksanakan semua itu kecuali sebatas kemampuanku bukan atas apa yang semestinya dan wajib bagiku. Ini menunjukan dalil atas kekuaran dan kemampuan hamba, dan bahwasanya hamba tersebut tidaklah dipaksa atasnya, bahkan baginya ada kemampuan yaitu berupa beban perintah, larangan, pahala dan siksa. Pada hadis tersebut terdapat bantahan atas Qodariyah yang mengatakan bahwa sesungguhnya bagi hamba tidak memiliki kekuasaan, kemampuan atas perbuatanya sama sekali, akan tetapi hanya siksa Allah atas perbuatan-Nya bukan atas perbuatan hamba-Nya. Pada hadits ini juga terdapat bantahan terhadap kelompok Majusiyah dan selain mereka

Kemudian perkataan : “Audzubika min syarri ma shana’tu”

Berlindung kepada Allah kemudian menggantungkan diri kepada-Nya, membentengi diri dengan-Nya, lari kepada-Nya dari apa yang dia takutkan, sebagaimana seorang yang lari dari musuh dengan berlindung di balik prisai yang menyelamatkan dia darinya. Pada hadits ini ada penetapan tentang perbuatan dan usaha dari hamba. Dan bahwa kejelekan disandarkan kepada yang berbuat bukan kepada pencipta dari kejelekan itu, maka perkataan “Audzubika min syari ma shana’tu." Bahwa kejelekan itu hanya dari hamba, adapun Rabb maka baginya nama-nama yang baik dan segala sifat yang sempurna. Maka setiap perbutan-perbuatan-Nya penuh hikmah dan maslahat, hal ini dikuatkan dengan sabdanya : “... dan kejelekan itu bukan kepada-Mu." (HR Muslim dalam Doa istiftah)

Kemudain perkataan “Abuu bini’matika alayya“ artinya aku mengetahui akan perkara ini, yaitu aku mengenalmu akan pemberian nikmat-Mu atasku. Dan sesungguhnya aku adalah orang yang berdosa, dari-Mu perbuatan ihsan dan dariku perbutan dosa, dan aku memuji-Mu atas nikmat-Mu dan Engkaulah yang lebih berhak atas pujian dan aku meminta ampun atas dosa-dosaku.

Oleh karena itu berkata sebagian orang-orang arif : semestinya bagi seorang hamba agar jiwanya mempunyai dua hal yaitu jiwa yang senatiasa memuji rabbnya dan jiwa yang senatiasa meminta ampun atas dosanya. Dari sini ada sebuah kisah Al Hasan bersama seorang pemuda yang duduk di masjid seorang diri dan tidak bermajlis kepadanya, maka ketika suatu hari lewat kepadanya beliau berkata : “Apa sebabnya engkau tidak bermajelis dengan kami, maka pemuda itu menjawab ' pada waktu itu aku berada diantara nikmat Allah dan dosaku yang mengharuskan aku memuji-Nya atas nikmat tersebut dan istighfar atas dosaku, dan aku ketika itu sibuk memujinya dan beristighafar kepada-Nya dari bermajelis kepadamu', maka berkata Al Hasan : Engkau lebih fakih menurutku dari Al Hasan."

Dan kapan seorang hamba bersaksi dengan dua perkara ini maka akan istiqomahlah peribadatannya kepada-Nya dan akan naik kepada derajat ma’rifat dan iman sehingga akan terus merasa kecil dihadapan Allah maka akan semakin tawadhu kepada Rabbnya, dengan demikian ini adalah kesempurnaan peribadatan Kepada-Nya dan berlepas diri dari sikap ujub, sombong dan tipuan amal. Dan Allah-lah yang memberi petunjuk serta taufiq, segala puji hanya bagi Allah shalawat dan salam atas penghulu kita Muhammad , keluarga dan shahabatnya dan mudah-mudahan ridha Allah atas shahabat Rasulullah semuanya dan cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-baiknya pelindung.

Dari tulisan : Muhammad bin Ishaq at Tamimi Ad Daari Al Hanafy
Dinukil dari Jamiul Masail Karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah
Tahqiq : Muhammad Uzair Syamsu ; Isyraf : Bakr Abu Zaid

http://www.geocities.com/dmgto/hadits201/sayyidul.htm