Saturday, March 14, 2009

TJ : Fadhilat Yaasin, Keberkatan Yaasin:

Tazkirah Jumaat
16 Rabiul Awal 1430H/13 Mac 2009


FADHILAT SURAH YAASIN

BACALAH YASIN (Tapi wajib bertajwid dan mengikut adabnya). RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

http://jpnperak.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=24


KERBERKATAN YAASIN (DR FATMA ELZAHRAA)

a) Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ayat 1-9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13-35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22-23 : Untuk menjaga aQidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 : Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 : Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah/aniaya kita.Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 : Untuk keinsafan, Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dan lain-lain.

Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.Tanaman akan subur.

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan hati-aQidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan kedua - Hancur
Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 : Jika hati rasa sedih,sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada,bacalah ayat tersebut.

Ayat 78-79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari. Caranya : Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut,Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahu A'lam. Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal a'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

http://lyzabahari.multiply.com/reviews/item/4

Friday, March 6, 2009

6 Mac 2009 : Mesyuarat pertama Maulidurasul 2009

1. Mesyuarat telah diadakan di masjid Kundasang kerana Dewan Mini Kundasang digunakan untuk pameran perabot dan barangan elektrik.

2. Pengerusi Sambutan Maulidurasul 2009 ialah En. Suatin Mayor. Beliau merupakan pengerusi sejak beberapa tahun.

3. Cadangan tarikh Sambutan Maulidurasul 1430H Peringkat Mukim Kundasang ialah pada 4 April 2009.





Fadhilat Solat, Keputeraan Rasulullah s.a.w.

Tazkirah Jumaat
9 Rabiul Awal 1430H / 6 Mac. 2009


FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT)


HADITH 1

Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Islam dibina di atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH TAALA dan Muhammad adalah hambaNYA dan RasulNYA, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

HADITH 2

Hazrat Abu Zar RA berkata, “Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

HADITH 3

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu ‘Uthman RA katanya, “Saya bersama Hazrat Salman RA di bawah sepohon pokok. Beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut, lalu menggoncang-goncangkan dahan tersebut sehingga daun-daun pada dahan dahan itu gugur.

Kemudian beliau berkata kepada saya, ” Wahai Abu ‘Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?” Saya bertanya, “Beritahulah mengapa kamu berbuat begitu?” Beliau menjawab, “Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di hadapan saya semasa saya bersama-sama Baginda SAW di bawah sepohon pokok.

Baginda SAW telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur. Kemudian Baginda SAW bertanya kepada saya, “Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya buat begini?” Sahutku, “Beritahulah mengapa tuan berbuat begini?”

Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solah lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini.” Kemudian Baginda SAW membaca ayat yang berikut:

“Dan dirikanlah solah pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu (terutamanya solah) akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah ALLAH TAALA yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.” (Hud : 114) (Hadith riwayat Imam Ahmad, Nasai dan Tabarani.)

HADITH 4A

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah RA katanya, saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?”

Para sahabat R.Anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.” Rasulullah SAW bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah ALLAH TAALA akan mengampunkan dosa.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

HADITH 4B
Diriwayatkan dari Hazrat Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

http://sekolahatapaje.blogmas.com/


KEAJAIBAN DUNIA SEMPENA KEPUTERAAN RASULULLAH S.A.W.

Kita akan menyambut hari keputeraan Rasulullah s.a.w. pada 12 Rabiulawal 1430H bersamaan hari Isnin, 10 Mac 2009.

Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah al-Mukarramah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571M) sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"

http://awe85.multiply.com/journal/